|
Konsep Rekabentuk : Tropika Moden
Perancangan Ruang : Rekabentuk dan susunatur ruang Pelan Banglo LD25 menerapkan konsep pengasingan ruang utama dan bilik-bilik yang lebih privasi. Lobi disediakan sebelum memasuki ruang tamu. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh dinding berdekoratif. Dapur kering dan basah dibina berasingan dan berhampiran dengan ruang makan. Kaunter terbuka disediakan di antara ruang makan dan dapur kering. Bilik 5 boleh dijadikan bilik tetamu dan bilik air 4 untuk kegunaan tetamu. Untuk ke ruang keluarga dan bilik-bilik mesti melalui ruang galeri yang diasingkan dengan ruang tamu dan makan bagi memberikan privasi maksimum kepada ahli keluarga. Bilik 2 dan bilik 3 berkongsi bilik air 2. Ruang keluarga menghadap teres 3 dan mini kolam renang serta pintu sorong (sliding) disediakan untuk keluar ke teres 3. Teres 3 berbumbung pergola memberikan keunikan dan gaya tropika. Bilik utama yang luas menghadap teres 2 dan mini kolam, memberikan pemilik berehat dan santai. Teres 1 disediakan untuk aktiviti keluarga atau bersama tetamu. Rekabentuk fasad berkonsepkan tropika sesuai untuk iklim tropika. Penggunaan gabungan 3 warna iaitu hijau tua, hijau muda dan putih menjadikan Pelan Banglo LD25 lebih menarik didirikan di kawasan kampung atau desa.
Keistimewaan Rekabentuk : Rumah banglo yang memiliki 5 bilik dan 4 bilik air berserta 2 teres berbumbung dibina mengahadap mini kolam renang. Rekabentuk fasad dan bumbung yang ringkas mudah untuk pembinaan. Aras lantai rumah dalam ditinggikan 1’ (300mm) dari aras tanah luar untuk elakkan kemasukan air. Ruang tamu yang luas berukuran 20’ x 15’ dan bilik utama berukuran 15’ x 20’ termasuk bilik air 1. Pengasingan ruang tamu dan makan dengan dinding dekoratif. Dapur basah dan kering berasingan dipisahkan dengan pintu sliding. Kaunter top terbuka disediakan di antara ruang makan dan dapur kering. Ruang keluarga, tamu dan bilik utama menghadap mini kolam renang berukuran 8’ x 14’.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-25
Saiz lot minima (Tengah) | 76’ L x 74’ P (25.6m x 22.6m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 86’ L x 74’ P (28.6m x 22.6m) |
Saiz rumah banglo | 56’ L x 44’ P (17.1m x 13.4m) |
Banglo setingkat | 5 bilik + 4 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 1 petak |
Keluasan lantai |
1,865kp (172.8 mp) + 348kp (32.3mp -TLK + teres terbuka) = 2,213kp (205.1mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu berasingan ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, galeri,teres terbuka , teres kolam. |
Bilik | 1 bilik utama, 4 bilik |
Bilik air | 4 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 34 Mukasurat (19 Perspektif)
Pakej C : 34 Mukasurat (19 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif
PELAN BANGLO LD-25 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 |
|
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |
|