Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo LD35 direkabentuk dengan menerapkan konsep elemen resort dan laman ‘Courtyard” yang memberikan keunikan pada rekabentuk dan susunatur setiap ruang. Lantai dalaman rumah dinaikkan 1.5’kaki (450mm) dari aras tanah. Disediakan 3 anak tangga naik ke ruang lobi (foyer) dengan pintu utama bersaiz 4’ lebar x 8’ tinggi menyambut tetamu. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh ruang galeri yang boleh digunakan untuk meletakkan koleksi-koleksi gambar istimewa anda sekeluarga. Ruang makan lebih luas dengan konsep terbuka, dapur basah dan kaunter sarapan berdekatan runag keluarga. Anda boleh bersantai bersarapan bersama keluarga di luar (teres terbuka) sambil menikmati pemandangan kolam ikan dengan bunyi percikan air pancut. Ruang keluarga boleh diasingkan dengan ruang makan menyediakan bingkai tingkap kayu terbuka membolehkan penghuninya melihat aktiviti di ruang makan. Bilik–bilik disusunatur supaya mendapat pravasi yang maksima. Bilik utama mengadap kolam ikan dan jalan utama supaya dapat memantau aktiviti dari jalan dan kehadiran tetamu. Rekabentuk fasad ala resort dan bumbung mengambikira faktor iklim tropikal dengan gabungan elemen menegak dan melintang pada dinding dan tingkap.
Keistimewaan Rekabentuk : Pelan rumah banglo LD35 berkonsep fasad resort dengan elemen air (kolam ikan-fish pond) mengadap ruang utama. Ia juga boleh ditukarkan kepada kolam renang mini atau taman (Courtyard). Ruang tamu dengan ketinggian 15’kaki (4.5m) bersaiz 16’x 16’ menjadikan rumah lebih luas, menarik dan mewah. Ruang tamu disediakan teres berbumbung untuk bersantai bersama keluarga atau tetamu. Bilik bacaan disediakan di sebelah ruang galeri. Ruang makan berasingan dengan ruang tamu. Tempat letak kereta 3 petak disediakan untuk pemilik rumah banglo ini.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-35
Saiz lot minima (Tengah) | 60’ L x 90’ P (18.3m x 27.4m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 70’ L x 90’ P (21.3m x 27.4m) |
Saiz rumah banglo | 38’ L x 57’ P (11.4m x 17.1m) |
Banglo Setingkat | 5 bilik + 1 Utiliti + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 3 petak (berbumbung) |
Keluasan lantai |
2, 025kp kp (188.1mp) + 308 kp (28.6mp -TLK berbumbung) = 2,333 kp (216.7mp) |
Ruang disediakan |
Ruang lobi, ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering serta galeri 1 teres berbumbung + 1 teres terbuka & kolam ikan. |
Bilik | 1 bilik utama + 4 bilik tidur + 1 utiliti |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan Rumah Banglo
Pakej A : 12 mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 24 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej C : 24 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif
PELAN BANGLO LD-35 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 |
|
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |