CONTOH LAPORAN REKABENTUK SKIMATIK PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA .
(PAKEJ A)
Apa yang anda dapat di dalam Pakej A Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?
Pakej A merupakan Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman yang pelan asas dan ringkas bagi mendapatkan idea asas rumah banglo dan pakej ini mengandungi (Rujuk slide 1 – 11) :
a. Kulit Luar Laporan (Cover Design Report): Menunjukkan tajuk, jenis banglo, saiz lot dan jumlah bilik disediakan serta Pakej A (Rujuk Slide 1).
b. Pelan Tapak (Site Plan) : Menunjukkan saiz lot minima diperlukan dan kedudukkan rumah banglo pada tapak. Ia juga menunjukkan keluasan boleh dibina bangunan setelah mengambil kira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang. Laluan masuk kereta dan kedudukannya (Rujuk Slide 2).
c. Pelan Lantai (Ground Floor) : Menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang yang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravasi serta pertalian pengunaannya. Susunatur perabut setiap bilik mengikut penggunaan untuk memastikan ruang praktikal digunakan. Pelan yang bergrid dan berukuran minima dalam meter serta kaki. Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan (Rujuk Slide 3).
d. Pelan Bumbung (Roof Plan) : Menunjukkan rekabentuk bumbung dan unjuran bumbung minima 600mm (2’) (Rujuk Slide 3).
e. Tampak / Fasad (Elevation) : 4 tampak disediakan iaitu tampak hadapan (front elevation), tampak sisi kanan (right side elevation), tampak sisi kiri (left side elevation) dan tampak belakang (rear elevation). Empat pandangan tampak menunjukkan rekabentuk setiap fasad rumah banglo dengan setiap jenis elemen fasad, tingkap, pintu dan rekabentuk bumbung berwarna (Rujuk Slide 5 hingga 8).
f. Perspektif Luaran (External Perspective) : Minima 2 pandangan perspektif luaran disediakan menunjukkan rekabentuk fasad dan rekabentuk bumbung dengan jelas (Rujuk Slide 2 & 10).
g. Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Asas Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Basic Building Specification):
i. Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi. Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.
ii. Spesifikasi cadangan asas bahan binaan rumah (kemasan lantai, siling dan dinding) sebagai rujukkan kontraktor untuk membuat kiraan anggaran kos kasar berdasarkan keluasan rumah.
Rujuk Slide 11
8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Banglo di PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?
1. Mendapatkan idea, konsep dan keperluan ruang-ruang praktikal bagi rumah banglo idaman sekeluarga dengan rekabentuk pelan yang berkualiti.
2. Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda mengikut citarasa anda sekeluarga.
3. Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan minima dari 3 kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3 berwarna yang lengkap yang disediakan untuk anda di PelanBanglo.com sebelum mengemukakan pelan untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
4. Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di PelanBanglo.com
5. Menyelesaikan masalah anda susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang tinggal di kampung atau pekan-pekan kecil dan kurang berkemampuan.
6. Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan serta kehendak anda sekeluarga.
7. Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan bertambah dan bajet anda tidak mencukupi kerana anda tidak jelas rekabentuk sebenar kerana hanya melihat dalam bentuk 2D (pelan & tampak sahaja) tiada dalam bentuk 3D (perspektif).
8. Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.