![]() |
|
Konsep Rekabentuk : Inggeris Klasikal
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo direkabentuk dengan menerapkan konsep kolam renang ditengah-tengah rumah sebagai elemen laman terbuka memberikan keunikan pada rekabentuk dan susunatur setiap ruang. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh dinding atau dinding dekoratif . Teres 1 disediakan berdekatan ruang tamu untuk aktiviti luaran bersama keluarga. Bilik tetamu (bilik solat) disediakan berdekatan dengan ruang tamu. Bilik air 3 disediakan tempat wuduk diluarnya. Ruang makan lebih luas dan berdekatan dengan dapur kering dan basah memudahkan proses menghidangkan makanan. Pintu sliding disediakan diruang makan dan galeri untuk keluar ke kolam renang supaya mendapat maksimum pencahayaan dan pemandangan ke kolam renang. Dapur kering dan basah diasingkan dengan pintu sliding supaya ia kelihatan lebih luas dan ketika memasak bau tidak keluar ke ruang lain. Ruang keluarga diasingkan dengan ruang dapur kering dengan kaunter sarapan bagi mewujudkan ruang lebih luas sambil membolehkan penghuninya melihat aktiviti di kolam renang serta belakang rumah. Bilik–bilik disusunatur supaya mendapat pravasi yang maksima. Bilik utama mengadap jalan utama supaya dapat memantau aktiviti dari jalan dan kehadiran tetamu. Bilik utama bersaiz 16’x16’ dengan siling tinggi 15’ lengkap dengan bilik pejabat mini serta bersambung terus ke bilik solat dan ruang tamu. Rekabentuk fasad berkonsepkan Inggeris Klasikal diterapkan dengan gabungan ketingian ruang dan bumbung yang berbeza menjadikan rekabentuk Banglo LD-24 lebih unik, mewah dan sesuai untuk iklim tropikal .
Keistimewaan Rekabentuk : Konsep ‘open courtyard’ atau laman terbuka ditengah-tengah rumah merupakan elemen penting kepada rekabentuk susunatur ruang dalaman bangle LD-24. Kolam renang terbuka (25’x9’) diletakkan ditengah rumah supaya ia tidak dapat dilihat dari luar rumah oleh jiran untuk mencapai tahap privasi maksimum semasa aktiviti keluarga di kolam renang. Ruang tamu dan bilik utama yang ketinggian siling 15’(4.5m) menjadikan menjadikan rumah lebih luas, fasad luaran menarik dan mewah. Pengasingan ruang tamu dan makan dengan bilik-bilik disusunatur dengan baik pada pelan supaya ruang lebih praktikal dan memberikan pravisi maksimum pada ahli keluarga. Tiang –tiang klasikal berwarna putih yang tinggi di bahagian teres dan konsep bumbung berlainan aras menjadikan fasad Banglo LD-24 kelihatan istimewa, unik dan menarik sesuai dengan konsep Inggeris klasikal.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-24
Saiz lot minima (Tengah) | 80’ L x 80’ P (24.4m x 24.4m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 90’ L x 80’ P (27.4m x 24.4m) |
Saiz rumah banglo | 46’ L x 60’ P (14.0m x 18.3m) |
Banglo setingkat | 5 bilik + 1 pejabat mini/soho + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
2,202 kp (204.6 mp) + 400 kp (37.1mp -TLK + teres terbuka) = 2,602 kp (241.7 mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu berasingan ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, galeri, teres terbuka ,mini pejabat, teres kolam dan kolam renang |
Bilik | 1 bilik utama, 4 bilik (termasuk 1 bilik tamu) + 1 mini pejabat / soho |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 34 Mukasurat (19 Perspektif)
Pakej C : 34 Mukasurat (19 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif
PELAN BANGLO LD-24 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ![]() |
|
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 |
|
![]() |
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ![]() |
|
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 | ![]() |
![]() |
|