CONTOH PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN DALAM FORMAT AUTOCAD (DWG) .
(PAKEJ D)
Pakej D, apa yang akan anda miliki dengan membeli pelan banglo idaman dalam format AutoCAD / Dwg (Rujuk slide 2- 16)?
Slide 2 : Pelan Tapak (Site Plan) menunjukkan saiz lot, kedudukkan rumah banglo dan ukuran anjakkan/ setback .
Slide 3 : Pelan Lantai (Ground Floor Plan) menunjukkan ukuran banglo dalam meter dan kaki serta susunatur grid bagi rujukkan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susunatur perabut. Kedudukkan pagar utama dan meter air, elektrik ditunjukkan dengan jelas termasuk kedudukkan tempat kebuk sampah. Dinding diwarnakan merah dan susunatur konsep kedudukkan tiang diwarnakan hijau bagi memudahkan jurutera membuat rekabentuk struktur tiang dan rasuk konkrit.
Petunjuk keratan A dan B pelan lantai dipotong ditunjukkan pada pelan.
Slide 4 : Pelan Bumbung (Roof Plan) menunjukkan rekabentuk bumbung banglo , kecerunan setiap bumbung dan kedudukan rasuk konkrit bumbung serta unjuran bumbung.
Petunjuk keratan A dan B bumbung dipotong ditunjukkan pada pelan.
Slide 5 : Keratan (Section) A menunjukan potongan memanjang bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis kerangka bumbung digunakan. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan hijau serta dinding bata berwarna merah.
Slide 6 : Keratan (Section) B menunjukan potongan pendek bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis kerangka serta kecerunan bumbung digunakan. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan hijau serta dinding bata berwarna merah.
Slide 7 - 10 : Tampak (Elevation) – 4 tampak disediakan iaitu Tampak Hadapan, Sisi Kanan, Sisi Kiri dan Belakang. Ia menunjukkan rekabentuk sekeliling fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo.
Slide 11 : Jadual keluasan rumah banglo dan spesifikasi bahan binaan.
- Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi. Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan kontraktor membuat anggaran kos rumah banglo.
- Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan dan jumlah keperluan pepasangan peralatan elektrik serta peralatan sanitari yang akan disediakan.
Slide 12 - 16 : Percuma 4 Pandangan Perspektif - 4 pandangan perspektif bersaiz Pdf A4 diberikan percuma dalam Pakej D.
Apakah kelebihan dan kepentingan memiliki pelan rumah banglo Pakej D (dalam format DWG / AutoCAD) di PelanBanglo.com?
- Memastikan anda memperolehi rekabentuk rumah banglo idaman seperti di dalam laporan rekabentuk skimatik .
- Memudahkan anda atau pereka anda membuat pindaan rekabentuk pelan asal mengikut kehendak anda.
- Pelan banglo dalam format DWG / AutoCAD penting untuk anda serahkan kepada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik bagi mempercepatkan proses dan mempermudahkan kerja-kerja persediaan mengemukakan pelan rumah banglo kepada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)/ Majlis untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah banglo.