PREV

 

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Moden Tropikal

Perancangan Ruang     : Rekabentuk banglo berkonsepkan moden tropikal khusus untuk lot tanah kecil bersaiz minima 50’(lebar) x 60’ (panjang) dengan bajet yang minima. Konsep “Courtyard “ atau “laman terbuka” ditengah-tengah rumah diterapkan dalam susunatur ruang untuk mendapatkan pencahayaan maksimum dan interaksi antara ruang dalaman dengan luaran. Susunatur ruang memberikan tahap pravasi maksimum dengan pengasingan ruang utama (tamu, makan , dapur ) dengan ruang keluarga dan bilik-bilik. Ruang lobi menyambut tetamu datang dan mengadap kolam ikan. Ruang verandah sebagai ruang santai bersama keluarga atau tetamu dengan “railing“ @ susurtangan setinggi paras duduk disediakan seperti konsep ruang serambi. Pintu “Sliding” disediaan di ruang tamu dan mengadap kolam ikan untuk memberikan maksimum pencahayaan dan pandangan keluar. Ruang tamu dan makan sekali memberikan impak ruang rumah lebih luas. Dapur masak berasingan dengan ruang makan. Ruang keluarga dan bilik-bilik diasingkan dengan ruang utama (ruang makan dan tamu) dengan dinding kayu dekoratif. Ruang keluarga dan bilik utama mengadap kolam ikan memberikan ketenangan kepada penghuninya. Rekabentuk  fasad rumah banglo berkonsepkan moden tropikal sesuai dengan iklim tropika  dengan rekabentuk bumbung yang ringkas mudah untuk pembinaan. Bumbung transperasi / lutsinar dan pergola kayu disediakan diruang lobi masuk dari laluan masuk (pintu pagar kecil) dan tempat letak kereta.


Keistimewaan Rekabentuk     :  Rekabentuk khas untuk lot kecil berbentuk segiempat tepat dengan ukuran minima 50’(lebar) x 60’ (panjang) dan bajet pembinaan yang rendah. Rekabentuk berkonsepkan elemen “Courtyard” atau laman terbuka (kolam ikan) ditengah-tengah rumah banglo berfungsi sebagai elemen sumber pengudaraan dan pencahayaan setiap ruang dalaman rumah. Ruang tamu direkabentuk sekali dengan ruang makan.  Ruang makan berdekatan dengan dapur memudahkan proses penyediaan dan menghidang makanan. Rumah ditinggikan 1 ½ kaki (450mm) dari aras tanah dengan 3 anak tangga. Rekabentuk bumbung dan fasad yang ringkas, praktikal serta mudah untuk dibina menepati ciri-ciri rumah beriklim tropika.

 

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-28

Saiz lot minima (Tengah) 50’ L x 60’ P (15.2m x 18.3m)
Saiz lot minima (Tepi) 60’ L x 60’ P (18.3m x 18.3m)
Saiz rumah banglo 30’ L x 30’ P (9.1m x 9.1m)
Banglo setingkat 3 bilik + 2 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 1 petak
Keluasan lantai 937kp (87.0mp) + 208kp (19.2mp -TLK + lobi)  = 1,145kp (106.2mp)
Ruang disediakan Ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, Dapur, veranda (serambi) dan lobi.
Bilik 1 bilik utama + 2 bilik
Bilik air 2 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan


Pakej A : 13 Mukasurat (5 Perspektif)
Pakej B : 33 Mukasurat (18 Perspektif)
Pakej C : 33 Mukasurat (18 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif

 
PELAN BANGLO LD-28 Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM299
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM599
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM799
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM999
Buy Now
Buy Now

 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

 

NEXT


PELAN BANGLO POPULAR

0---Pelan-Rumah-Idaman---Pelan-Banglo-LD35Pelan Banglo LD-35 (NEW)

Saiz lot minima : 60’(L) x 90’(P)
Banglo setingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 3 petak 
Keluasan rumah banglo :2,333kp

PELAN BANGLO TERBARU

S0-Pelan-Rumah-Pelan-Banglo-LD-38

Pelan Banglo LD-52 (NEW)

Saiz tanah lot  : 70’L x 70’P
Banglo 1 tingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 2 petak 
Luas  plan rumah    : 2,316 kp

Login Form

Shopping cart

Cart empty

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click