![]() |
|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropikal
Perancangan Ruang : Penekanan utama kepada rekabentuk rumah banglo LD27 adalah menjadikan semua ruang dalaman 4’ (1.2m) tinggi dari aras tanah. Rekabentuk ini sesuai untuk tanah banglo yang rendah dari jalan utama, tanah lot sebelah dan kawasan tanah rendah yang selalu banjir kurang daripada 4’ (1.2m). Rekabentuk fasad tinggi rendah memperlihatkan banglo lebih menarik dengan menjadikan ruang tamu “double volume” (18’ tinggi siling) dan bumbung yang paling tinggi sebagai mercu tanda Pelan Banglo LD27. Ruang-ruang disusunatur mengikut tahap privasi dan ruang utama diasingkan dengan bilik-bilik. Pintu pagar kecil disediakan untuk tetamu masuk dari pagar utama. 7 anak tangga disediakan disekeliling teres dan lobi untuk naik ke dalam rumah. Rekabentuk tangga yang menarik memberikan banglo kelihatan unik dan istimewa. Ruang tamu, keluarga 1 dan ruang makan menghadap teres dan kolam mini. Kolam mini menjadi titik tumpu bagi setiap ruang sebagai elemen penyejuk. Ruang makan berdekatan dapur kering dan dapur basah. Kaunter dapur terbuka disediakan diantara ruang makan dan dapur kering supaya ruang lebih luas. Bilik-bilik disusun supaya lebih privasi. Dari ruang tamu dan ruang makan boleh keluar ke teres 1 dan teres 2 melalui pintu sorong (sliding door). Aktiviti luaran keluarga boleh dijalankan di teres 1 dan teres 2. Tangga dan pelantar disediakan untuk menghubungkan ruang lobi dengan teres 2.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah banglo khas untuk tanah lot yang rendah dari aras jalan atau tanah bersebelahan. Aras lantai rumah ditinggikan 4’ (1.2m) dari aras tanah. Ruang tamu yang luas berukuran 20’ x 20’ (6.1m x 6.1m) dengan ketinggian sliding 18’ (5.4m). ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga berasingan dan menghadap kolam mini (kolam ikan) serta ruang teres. Pelan rumah ini memiliki 2 ruang keluarga yang terletak di tepi kolam mini dan berdekatan dapur kering serta bilik-bilik. Tempat letak kereta berbumbung 3 petak disediakan. Rekabentuk fasad dan bumbung tinggi dan rendah menjadikan banglo lebih menarik, istimewa dan kelihatan mewah.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-27
Saiz lot minima (Tengah) | 60’ L x 130’ P (18.3m x 39.6m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 70’ L x 130’ P (21.3m x 39.6m) |
Saiz rumah banglo | 40’ L x 85’ P (12.2m x 25.9m) |
Banglo setingkat | 5 bilik + 3 bilik air + 1 utiliti + 1 setor |
Tempat letak kereta (TLK) | 3 petak |
Keluasan lantai |
2,450kp (227.1 mp) + 802kp (74.3mp -TLK + teres terbuka) = 3,252kp (301.4mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu berasingan ruang makan, 2 ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, setor, 2 teres berbumbung dan kolam mini. |
Bilik | 1 bilik utama, 4 bilik , 1 bilik utiliti. |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 32 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej C : 32 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif
PELAN BANGLO LD-27 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM499 | ![]() |
|
PAKEJ B (PDF-A4) | RM999 |
|
![]() |
PAKEJ C (PDF-A3) | RM1199 | ![]() |
|
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1399 | ![]() |
![]() |
|