![]() |
|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropikal
Perancangan Ruang : Rekabentuk banglo berkonsepkan moden tropikal. Ruang-ruang di dalam rumah disusunatur bagi mendapatkan pencahayaan yang mencukupi serta mengikut tahap privasi. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan dan bilik-bilik oleh ruang dapur basah. Bilik utama diletakkan dihadapan bagi memberikan keistimewaan untuk melihat dan mengawal aktiviti luaran dan dalaman rumah. Untuk ke ruang makan dan bilik-bilik perlu melalui laluan galeri yang boleh menempatkan gambar-gambar keluarga dan sebagainya. Ruang keluarga disediakan dua pintu sliding untuk keluar ke teres 2 dan menghasilkan interaksi dengan ruang makan serta dapur kering. Dapur basah disediakan pintu sliding supaya kelihatan luas dan mengelakkan asap memasuki ruang-ruang dalam rumah ketika memasak. Ruang tamu disediakan pintu sliding keluar ke teres 1 untuk aktiviti luar rumah bagi tetamu atau keluarga. Rekabentuk bumbung yang ringkas , mudah dan praktikal untuk dibina. Bumbung konkrit rata bertiang besi bulat di tempat letak kereta dan teres 1 menjadikan rekabentuk banglo LD-21 kelihatan moden. Penggunaan elemen menegak ‘Fin’ dan ‘corner window’ serta gabungan rekabentuk bumbung rata dan limas menjadikan fasad lebih menarik dan bercirikan moden tropikal.
Keistimewaan Rekabentuk : Ruang tamu direkabentuk berasingan dengan ruang makan. Ruang makan berkongsi dengan dapur kering memudahkan penyediaan dan hidangan makanan. Bilik utiliti boleh dijadikan bilik tetamu, ruang keluarga atau pejabat mini (SOHO). Rekabentuk bumbung yang ringkas, praktikal dan mudah dibina dengan gabungan bumbung limas dan konkrit rata supaya fasad banglo kelihatan moden tropikal.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-21
Saiz lot minima (Tengah) | 45’ L x 70’ P (13.7m x 21.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 55’ L x 70’ P (16.7m x 21.3m) |
Saiz rumah banglo | 25’ L x 40’ P (7.6m x 12.2m) |
Banglo setingkat | 3 bilik + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
986kp (91.6mp) + 315kp (29.3mp -TLK + teres berbumbung) = 1,301kp (120.9mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu , ruang makan, utiliti/ruang keluarga, dapur basah dan kering, teres berbumbung. |
Bilik | 1 bilik utama + 2 bilik |
Bilik air | 2 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 Mukasurat (3 Perspektif)
Pakej B : 24 Mukasurat (8 Perspektif)
Pakej C : 24 Mukasurat (8 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-21 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ![]() |
|
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 | ![]() |
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ![]() |
|
PAKEJ D (AutoCAD) | RM999 | ![]() |
![]() |
|