![]() |
|
Konsep Rekabentuk : Moden Kontemporari
Perancangan Ruang : Rekabentuk banglo berkonsepkan moden kontemporari. Ruang-ruang di dalam rumah disusunatur bagi mendapatkan pencahayaan secara semulajadi. Setiap ruang disusunatur mengikut tahap privasi dan penggunaannya. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan dan bilik-bilik oleh ruang dapur basah dan dapur kering. Bilik utama diletakkan dihadapan memberikan keistimewaan untuk melihat dan mengawal aktiviti luaran dan dalaman rumah. Untuk ke ruang makan dan bilik-bilik perlu melalui laluan galeri yang boleh menempatkan gambar-gambar keluarga dan sebagainya. Ruang keluarga disediakan pintu sliding untuk keluar ke teres dan menghasilkan interaksi dengan ruang makan serta dapur kering. Dapur basah disediakan pintu sliding supaya kelihatan luas dan mengelakkan asap memasuki ruang-ruang dalam rumah ketika memasak. Ruang tamu disediakan pintu sliding keluar ke teres 1 untuk aktiviti luar rumah bagi tetamu atau keluarga. Elemen bumbung yang ringkas, mudah untuk dibina merupakan ciri utama elemen rekabentuk fasad moden. Gabungan bumbung konkrit rata di tempat letak kereta dan teres 1 dengan rekabentuk tiang-tiang yang menarik menjadikan banglo LD-20 lebih unik.
Keistimewaan Rekabentuk : Ruang tamu direkabentuk berasingan dengan ruang makan. Ruang makan berkongsi dengan dapur kering memudahkan penyediaan dan hidangan makanan. Ruang tamu boleh dijadikan bilik tambahan dengan penambahan pintu sliding seperti Pelan Banglo LD21. Rekabentuk bumbung yang ringkas dan mudah dibina serta praktikal sangat sesuai bagi lot tanah yang kecil.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-20
Saiz lot minima (Tengah) | 45’ L x 70’ P (13.7m x 21.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 55’ L x 70’ P (16.7m x 21.3m) |
Saiz rumah banglo | 25’ L x 40’ P (7.6m x 12.2m) |
Banglo setingkat | 3 bilik + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
986kp (91.6mp) + 328kp (30.5mp -TLK + teres berbumbung) = 1,314kp (122.1mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu , ruang makan, utiliti/ruang keluarga,dapur basah dan kering, teres berbumbung. |
Bilik | 1 bilik utama + 2 bilik |
Bilik air | 2 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 Mukasurat (3 Perspektif)
Pakej B : 24 Mukasurat (8 Perspektif)
Pakej C : 24 Mukasurat (8 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-20 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ![]() |
|
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 | ![]() |
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ![]() |
|
PAKEJ D (AutoCAD) | RM999 | ![]() |
![]() |
|