Konsep Rekabentuk : Tropikal
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo LD31 direkabentuk dengan menerapkan konsep pembinaan secara BERPERINGKAT atau dalam 2 FASA. Pembahagian ruang menitikberatkan sirkulasi pengguna dalam rumah ini, dimana, ruang tamu, ruang makan, bilik tidur 4 (bilik tetamu), bilik air 3 dan dapur kering serta basah diletakkan dibahagian hadapan elakkan tetamu masuk ke ruang privasi.
Ruang makan & dapur diletakkan ditengah-tengah bahagian rumah bagi memudahkan penghuni menjalankan aktiviti harian. Ruang keluarga, bilik tidur 2 & 3 serta bilik utama diletakkan dibahagian belakang bagi menjamin tahap privasi yang maksimum bagi pemilik rumah banglo LD31 sekeluarga. Ruang teres terbuka & berbumbung menjadi ruang rehat santai sekeluarga. Setiap tingkap pada pelan rumah LD31 disediakan 2 kaki tinggi dari aras lantai utama memberikan pandangan keluar rumah yang luas serta kadar pencahayaan dan pengudaraan yang maksimum.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah LD31 membolehkan setiap pemilik yang ingin membina rumah dalam 2 FASA mengikut bajet. Fasa PERTAMA untuk anda yang baru berkahwin dan anak seorang. Anda boleh bina separuh rumah dari tempat letak kereta , ruang tamu, bilik 4 & bilik air 3 sehingga ruang makan serta dapur kering sahaja dahulu. Pembinaan fasa KEDUA bila bajet dah cukup dan ahli keluarga bertambah dengan pembinaan 3 bilik, 3 bilik air, ruang keluarga serta dapur basah.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-31
Saiz lot minima (Tengah) | 50’ L x 80’ P (15.2m x 24.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 60’ L x 80’ P (18.3m x 24.3m) |
Saiz rumah banglo | 30’ L x 50’ P (9.1m x 15.2m) |
Banglo setingkat | 4 bilik + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
1, 411kp kp (131.1 mp) + 212 kp (19.7mp -TLK + teres terbuka) = 1, 623 kp (150.8mp) |
Ruang disediakan |
Ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, 2 teres terbuka & berbumbung. |
Bilik | 1 bilik utama + 3 bilik |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 24 Mukasurat (10 Perspektif)
Pakej C : 24 Mukasurat (10 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 6 Perspektif
PELAN BANGLO LD-31 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 |
|
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM999 |