PREV

 

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Tropikal

Perancangan Ruang     :  Rekabentuk banglo LD26 berkonsepkan tropikal dan sesuai untuk lot tanah 45’ lebar dan 90’ panjang ke belakang. Perancangan ruang menggabungkan ruang tamu dan makan sekali bagi memberikan satu ruang luas untuk pelbagai aktiviti.  Bilik utama diletakkan dihadapan bagi memudahkan pemantauan aktiviti luaran rumah dan melihat tetamu yang datang.  Bilik air 3 untuk kegunaan tetamu, bilik 3 dan bilik 4.  Dari ruang makan mesti melalui ruang galeri untuk ke ruang dapur dan ruang keluarga serta bilik 2.  Ruang keluarga dipisahkan dengan dapur kering oleh dinding kayu dekoratif.  Dapur kering dan basah berkonsepkan terbuka dimana meja makan diletakkan bercantum dengan kaunter.  Meja ini untuk aktiviti sarapan pagi dan makan harian bersama keluarga.  Ruang ‘yard’ disediakan bersebelahan dapur basah untuk meletakkan mesin basuh pakaian.  Sebuah setor pelbagai guna disediakan dengan pintu boleh dimasuki dari luar (ruang ‘yard’).  Pintu sorong/ ‘ sliding’ disediakan di ruang makan dan ruang keluarga untuk keluar ke bahagian teres 1 serta teres 2. Tempat letak kereta berbumbung 2 petak disediakan untuk pelbagai kegunaan bagi ruang tambah semasa aktiviti keramaian. Rekabentuk fasad bercirikan tropikal dengan bentuk bumbung yang ringkas sesuai dengan iklim tropika serta mudah untuk pembinaan.


Keistimewaan Rekabentuk     :  Rekabentuk pelan banglo LD26 khas untuk lot panjang kebelakang dengan ukuran minima 45’ lebar x 90’ panjang.  Ruang tamu dan ruang makan boleh digabung memberikan ruang yang luas untuk pelbagai aktiviti.  Gabungan dapur kering dan basah dengan konsep dapur terbuka memberikan impak dapur kelihatan lebih luas.  Dapur kering dilengkapi meja untuk serapan pagi dan makan harian.  Susunatur ruang rumah yang praktikal mengikut penggunaan dan pelan yang ringkas memudahkan proses pembinaan.

 

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-26

Saiz lot minima (Tengah) 45’ L x 90’ P (13.7m x 27.4m)
Saiz lot minima (Tepi) 55’ L x 90’ P (16.7m x 27.4m)
Saiz rumah banglo 25’ L x 60’ P (7.6m x 18.3m)
Banglo setingkat 4 bilik + 3 bilik air + 1 setor
Tempat letak kereta (TLK) 2 petak
Keluasan lantai

1,456kp (134.7mp) + 286kp (26.5mp -TLK + teres terbuka)

= 1,742kp (161.2mp) 

Ruang disediakan Ruang tamu, ruang makan, ruang  keluarga, dapur basah dan kering, lobi, galeri, 2 teres berbumbung,
setor dan yard.
Bilik 1 bilik utama, 3 bilik
Bilik air 3 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan


Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 32 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej C : 32 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif

 
PELAN BANGLO LD-26 Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM299
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM599
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM799
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM999
Buy Now
Buy Now

 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

 

NEXT


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click