Tip 11 : TAHUKAH ANDA? MAKLUMAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN IDEA DAN MEMILIH PELAN RUMAH BUKANYA LUAS TAPAK TETAPI UKURAN (LEBAR X PANJANG) LOT BANGLO

1.   Ramai di antara anda yang  ingin membeli tanah bagi membina rumah banglo idaman. Tahukah anda , bagaimana untuk menentukan tanah yang akan dibeli itu boleh memuatkan atau boleh dibina rumah banglo idaman seperti diinginkan.

2.   Faktor keluasan tanah belum tentu dapat dipastikan samada tanah tersebut boleh dibina rumah banglo.  Ada kemungkinan ukuran lebar atau panjang terlalu kecil atau bentuk lot tanah bersegi-segi.  Faktor paling penting diketahui  iaitu dapatkan ukuran panjang (P)  dan lebar tanah (L) tersebut untuk  mengetahui saiz minima tanah yang sesuai di bina rumah banglo. 

3.   Berdasarkan analisa yang telah kami jalankan selama 1 tahun, lebih 50% daripada pelawat kami telah memaklumkan ukuran saiz  lot  dalam ukuran keluasan dalam kaki persegi atau meter persegi (Contoh 3, 500kp/ 325mp). Bagi mendapatkan idea atau pelan rumah idaman sebenarnya ukuran yang penting perlu dimaklumkan kepada kami adalah ukuran panjang 70’ (P) dan lebar 50’(L) tanah / lot itu. Ingat!, bagi mendapatkan idea atau pelan rumah idaman yang penting sebenarnya adalah ukuran lebar dan panjang tanah lot anda.  

4.   Bagi anda yang akan membeli pelan banglo di Pelan Banglo.com , pilihan pelan juga berdasarkan saiz ukuran lebar (L)  dan panjang (P) serta arah laluan masuk ke tapak sama ada dari arah ukuran lebar (L)  atau panjang (P).  Bagi anda yang mengisi Borang Idea Banglo pastikan anda maklumkan ukuran tanah dalam ukuran panjang dan lebar.

TIP-11--SAIZ-UKURAN-LOT-TANAH-BANGLO
Rajah 1 : Contoh Ukuran Panjang(P) x Lebar(L) lot banglo yang menentukan
saiz rumah yang boleh dibina. Saiz lot ini 50’(L) x 70’(P) = 3, 500kp(luas tanah).

Jom kita lihat, 5 faktor penting mempengaruhi rekabentuk banglo pada ukuran tanah/ lot rumah yang anda beli :

  1. Ukuran lot  tanah lebar dan panjang  dalam meter dan kaki persegi.
  2. Bentuk tanah segiempat tepat atau segiempat sama adalah yang terbaik, anda ada banyak pilihan untuk merekabentuk rumah. Bentuk tanah segi tiga dan lain-lain, memerlukan rekabentuk khas dengan melantik konsultan rekabentuk.
  3. Keadaan tapak rumah sama ada rata atau bercerun.
  4. Kedudukan lot – saiz rumah lot tengah biasanya lebih besar berbanding lot tepi (menghadap jalan).  Jika saiz lot sama, ia kerana dipengaruhi anjakkan bangunan dari sempadan.
  5. Konteks persekitaran tapak juga mempengaruhi saiz bangunan rumah boleh dibina. Antaranya ialah kedudukan jalan masuk, pemandangan menarik, orentasi matahari naik, arah tiupan angin serta kemudahan-kemudahan sedia ada. Pastikan jalan masuk dengan kelebaran minima  40’ atau 12.2m.

Kesimpulan Tip 11 ini, pastikan dahulu ukuran lebar dan panjang lot tanah anda sebelum membeli tanah dan pelan rumah yang diminati.

PREVtips  

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click