TIP 12 : Kenapa anjakkan rumah banglo diperlukan? Berapakah ukuran anjakkan rumah banglo? Ketahui saiz dan keluasan rumah banglo idaman anda boleh dibina di atas lot tanah milik anda?

Anjakkan rumah banglo dari sempadan merupakan kehendak perancangan susunatur rekabentuk rumah dan teknikal rekabentuk oleh Jabatan Perancangan Perumahan Malaysia dan kehendak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Majlis untuk Kelulusan Perancangan (DO) dan Kelulusan Pelan Bangunan. 

Tujuan anjakkan ini adalah supaya kawasan perumahan teratur, nampak lebih selesa dan tidak terlalu sempit.  Setiap rumah akan mendapat kadar pencahayaan serta pengudaraan yang cukup dan selesa.  Ia juga bertujuan sebagai kawasan zon selamat untuk menghalang sesuatu kebakaran rumah dari merebak ke rumah lain.

Ukuran anjakkan rumah banglo (rumah sebuah) ini perlu dipatuhi di Malaysia seperti berikut:-
a) Anjakkan hadapan (dari jalan) 20' (6.1m).
b) Anjakkan tepi dan belakang 10' (3.05m).
c) Anjakkan tepi mengadap jalan 20' (6.1m).
d) Anjakkan tiang tempat letak kereta dari sempadan 10' (3.05m).

T12-BUILDING-SETBACK-FOR-BUNGALOW

Rajah 1 : Ukuran anjakkan rumah banglo bagi menentukan saiz rumah boleh dibina.


Lain-lain anjakkan rumah yang perlu dipatuhi ialah:-

  1. Anjakkan kolam renang (dinding) dari sempadan 7’ (2.1m).
  2. Anjakkan unjuran bumbung dari sempadan 7’6” (2.25m).
  3. Unjuran balkoni dari sempadan 7’ (2.1m).

T12-ANJAKKAN-DEPAN-DAN-BELAKANG-RUMAH-BANGLO

Rajah 2: Anjakkan Depan dan Belakang Bagi Rumah Banglo LD-5

Keluasan sesuatu rumah banglo boleh dibina adalah setelah mengambil kira faktor anjakkan bangunan.  Iaitu ukuran lebar tanah tolak anjakkan sisi kanan dan sisi kiri, manakala ukuran panjang tanah tolak anjakkan depan dan belakang. Namun begitu kadar anjakkan tanah berbeza mengikut kedudukan lot banglo sila rujuk Rajah 3.

 

T12-PELAN-ANJAKKAN-RUMAH-BANGLO-MENGIKUT-LOT

Rajah 3: Ukuran dan saiz rumah banglo mengikut kedudukan lot tanah.

Contoh pengiraan keluasan rumah :
Tentukan keluasan rumah banglo yang anda ingin bina.
Saiz lot/ tanah banglo: 60' (lebar) x 80' (panjang)  = 4,800kp (kaki persegi).

Pengiraan :  

a- Saiz maksimum rumah banglo boleh dibina

= (Lebar tolak anjakkan sisi kanan dan sisi kiri)  x  (Panjang tolak anjakkan depan dan belakang)
= Lebar (60’ – 20’) x  Panjang (80’ – 30’)
= Lebar 40’ x  Panjang 50’  

b- Keluasan rumah banglo maksimum

= Lebar  x  Panjang
= 40' (lebar) x 50' (panjang) 
= 2,000kp (kaki persegi)-  luas maksimum boleh dibina (Luas A)  

c- Kiraan keluasan mengikut jenis rumah banglo dan ketinggian :

Luas  banglo 1 tingkat             
= Luas A  x 1       = 1A (maksimum)
= 2,000 kp x 1 = 2,000 kp.

Luas banglo 1 ½ tingkat                      
= Luas A  x 1.5   = 1.5A (maksimum)
= 2,000 kp x 1.5 = 3,000 kp.

Luas  banglo 2 tingkat             
= Luas A  x 2.0  = 2A (maksimum)
                              = 2,000 kp x 2 = 4,000 kp.

Luas banglo 2  ½ tingkat                   
= Luas  A  x 2.5  = 2.5A (maksimum)
= 2,000 kp x 2.5 = 5,000 kp.

Luas  banglo 3 tingkat                        
= Luas A  x 3.0   = 3A (maksimum)
= 2,000 kp x 3 = 6,000 kp.

Walau bagaimanapun, keluasan muktamad rumah banglo idaman tetap dipengaruhi oleh faktor rekabentuk pelan, idea dan konsep rumah mengikut ukuran tanah atau saiz lot panjang dan lebarnya serta keadaan tapak rata atau cerun.

PREVtips  

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click