Pelan Rumah Banglo Terbaru | New Home Plan | New Bungalow Plan | New House Plan

4 + 4 =

Syukur alhamdulilah dan tahniah kami ucapkan kepada semua pemilik rumah banglo yang telah siap membina rumah banglo idaman anda dengan menggunakan pelan rumah yang direkabentuk oleh PelanBanglo.com.

Terima kasih diucapkan kepada tuan puan yang telah menghantar gambar rumah banglo anda yang telah siap dan dalam pembinaan serta sudi berkongsi dengan PelanBanglo.com.  Ada rumah banglo yang hampir 99% siap dibina sama dengan rekabentuk  pelan asal dan ada rumah yang siap dibina telah telah ubah suai sedikit daripada pelan asal. Jom sama-sama kita lihat pelan rumah banglo yang telah siap dibina di Malaysia :

Nota : Nama pemilik dan lokasi sebenar rumah dirahsiakan demi privasi pelanggan PelanBanglo.com .

1. Pelan Banglo LD18 : Rumah banglo ini telah siap dibina di  Kelantan.

 

 2. Pelan Banglo LD10 : Rumah banglo ini telah siap dibina di Pahang.

3. Pelan Banglo LD14 : Rumah banglo ini telah siap dibina di  Sabah.

 

 

4. Pelan Banglo LD2  : Rumah banglo ini telah siap dibina di  Pulau Pinang.

 

5. Pelan Banglo LD16 : Rumah banglo ini telah siap dibina di  Johor.

 

6. Pelan Banglo LD5 : Rumah banglo ini telah dibina siap dibina di  Perak.

 

7. Pelan Banglo LD12  : Rumah banglo ini telah siap dibina di Sabah.

       

8. Pelan Banglo LD17  : Rumah banglo ini telah siap  dibina di  Selangor.

  

9. Pelan Banglo LD18  : Rumah banglo ini telah siap  dibina di Selangor.

  

10. Pelan Banglo LD23  : Rumah banglo ini telah siap dibina di Johor.

11. Pelan Banglo LD12  : Rumah banglo ini telah dibina  Selangor.

 

12. Pelan Banglo LD41 : Rumah banglo ini telah dibina di Sarawak 

Anda nak lihat Testimoni lain KLIK butang dibawah

Terima kasih, mesej anda telah berjaya dihantar dan PelanBanglo.com akan menjawab mesej anda dalam masa kurang 48 jam

akan datang

 CONTOH PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN DALAM FORMAT AUTOCAD (DWG) .

(PAKEJ D)

 

Pakej D, apa yang akan anda miliki dengan membeli pelan banglo idaman dalam format AutoCAD / Dwg (Rujuk slide 2- 16)?

Slide 2           :  Pelan Tapak (Site Plan) menunjukkan saiz lot, kedudukkan rumah banglo dan ukuran anjakkan/ setback .

Slide 3           :  Pelan Lantai (Ground Floor Plan) menunjukkan ukuran banglo dalam meter dan kaki serta susunatur grid bagi rujukkan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susunatur perabut. Kedudukkan pagar utama dan meter air, elektrik ditunjukkan dengan jelas termasuk kedudukkan tempat kebuk sampah.  Dinding diwarnakan merah dan susunatur konsep kedudukkan tiang diwarnakan hijau  bagi memudahkan jurutera membuat rekabentuk struktur tiang dan rasuk konkrit.
Petunjuk keratan A dan B pelan lantai dipotong ditunjukkan pada pelan.

Slide 4           :  Pelan Bumbung  (Roof Plan) menunjukkan rekabentuk bumbung banglo , kecerunan setiap bumbung dan kedudukan rasuk konkrit bumbung serta unjuran bumbung.
Petunjuk keratan A dan B bumbung dipotong ditunjukkan pada pelan.

Slide 5           :  Keratan (Section) A  menunjukan potongan  memanjang bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis kerangka bumbung digunakan. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan hijau serta dinding bata berwarna merah.

Slide 6           :  Keratan (Section) B  menunjukan potongan pendek bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis  kerangka serta kecerunan bumbung digunakan. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan  hijau serta dinding bata berwarna merah.

Slide 7 - 10    :  Tampak (Elevation) – 4 tampak disediakan iaitu Tampak Hadapan, Sisi Kanan, Sisi Kiri dan Belakang. Ia menunjukkan rekabentuk sekeliling fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo.

Slide 11         :  Jadual keluasan rumah banglo dan spesifikasi bahan binaan.

  1. Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan kontraktor membuat anggaran kos rumah banglo.
  2. Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan dan jumlah keperluan pepasangan peralatan elektrik  serta  peralatan sanitari yang akan disediakan.

Slide 12 - 16 :  Percuma 4 Pandangan Perspektif - 4 pandangan perspektif bersaiz Pdf A4 diberikan percuma dalam Pakej D.

Apakah kelebihan dan kepentingan memiliki pelan rumah banglo Pakej D (dalam format DWG / AutoCAD) di PelanBanglo.com?

  1. Memastikan anda memperolehi rekabentuk rumah banglo idaman seperti di dalam laporan rekabentuk skimatik .
  2. Memudahkan anda atau pereka anda  membuat  pindaan rekabentuk pelan asal mengikut kehendak anda.
  3. Pelan banglo dalam format  DWG / AutoCAD penting untuk anda serahkan kepada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik bagi mempercepatkan proses dan mempermudahkan kerja-kerja persediaan mengemukakan pelan rumah banglo kepada  PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)/ Majlis untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah banglo.

 CONTOH LAPORAN REKABENTUK SKIMATIK PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA .

(PAKEJ B & C)

 

Apa yang anda dapat di dalam Pakej B dan C Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?  

Pakej B/C Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman yang lengkap khas untuk anda mesti mengandungi (Rujuk slide 1 – 25) :

 a.    Kulit Luar Laporan (Cover Design Report): Menunjukkan tajuk, jenis banglo, saiz lot dan jumlah bilik disediakan serta Pakej B/C (Rujuk Slide 1).

 b.    Pelan Tapak (Site Plan) : Menunjukkan saiz lot minima diperlukan dan  kedudukkan rumah banglo pada tapak.  Ia juga menunjukkan keluasan boleh dibina bangunan setelah mengambil kira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang. Laluan masuk kereta dan kedudukannya (Rujuk Slide 3).

 c.    Pelan Lantai (Ground Floor)  : Menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang yang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravasi serta pertalian pengunaannya. Susunatur perabut setiap bilik mengikut penggunaan untuk memastikan ruang praktikal digunakan.  Pelan yang bergrid dan berukuran dalam meter serta kaki. Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan (Rujuk Slide 4).

 d.    Pelan Bumbung (Roof Plan) :  Menunjukkan rekabentuk bumbung , kecerunan dan unjuran bumbung minima 600mm (2’) (Rujuk Slide 5).

 e.    Keratan Rentas A + B (Section A + B) :  Minima 2 keratan diperlukan pada setiap pelan rumah idaman. Keratan memanjang (A-A) dan pendek (B-B) disediakan untuk menjelaskan ketinggian banglo dari aras tanah, perbezaan aras tanah dan ruang, tinggi siling, kedudukan kemudahan tangki air dan jenis atau konsep kerangka bumbung ditunjukkan.  Petunjuk keratan A dan B dipotong ditunjukkan didalam pelan lantai (Rujuk Slide 6 dan 7).

 f.     Tampak / Fasad (Elevation) : Mesti ada 4 tampak berukuran dan bergrid disediakan iaitu tampak hadapan (front elevation), tampak sisi kanan (right side elevation), tampak sisi kiri (left side elevation) dan tampak belakang (rear elevation) (Rujuk Slide 8 hingga 11). Empat pandangan tampak menunjukkan rekabentuk setiap fasad rumah banglo dengan setiap jenis elemen fasad, tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo dari aras tanah.  Percuma tampak berwarna seperti di dalam Pakej A (Rujuk Slide 22 hingga 25).

 g.    Perspektif Luaran (External Perspective) : Minima 8 pandangan perspektif luaran disediakan menunjukkan kesemua fasad dan rekabentuk bumbung dengan jelas. 4 pandangan dari bawah dan 4 pandangan dari atas. Setiap perspektif menunjukkan keseluruhan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo termasuk konsep pintu masuk dan ruang-ruang istimewa (Rujuk Slide 2, 12 hingga 20).

 h.    Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Building Specification):

          i.   Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.

        ii.     Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan rumah banglo yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

       iii.     Keperluan minima jumlah peralatan pepasangan elektrik dan peralatan sanitari.

Rujuk Slide 21

 

8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Banglo di PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?

1.   Mendapatkan idea, konsep dan keperluan ruang-ruang praktikal bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk  pelan yang berkualiti.

2.   Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda mengikut citarasa anda sekeluarga.

3.   Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan minima dari 3 kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3  berwarna yang lengkap yang disediakan untuk anda di PelanBanglo.com sebelum mengemukakan pelan untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

4.   Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di PelanBanglo.com

5.   Menyelesaikan masalah anda susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang tinggal di kampung atau pekan-pekan kecil dan kurang berkemampuan.

6.   Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan serta kehendak anda sekeluarga.

7.   Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan bertambah dan bajet anda tidak mencukupi kerana anda tidak jelas rekabentuk sebenar kerana hanya melihat dalam bentuk 2D (pelan & tampak sahaja) tiada dalam bentuk 3D (perspektif).

 8.  Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam  proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu

 CONTOH LAPORAN REKABENTUK SKIMATIK PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA .

(PAKEJ A)

 

Apa yang anda dapat di dalam Pakej A Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?  

 Pakej A merupakan Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman yang pelan asas dan ringkas bagi mendapatkan idea asas rumah banglo dan pakej ini   mengandungi (Rujuk slide 1 – 11) :

a.    Kulit Luar Laporan (Cover Design Report): Menunjukkan tajuk, jenis banglo, saiz lot dan jumlah bilik disediakan  serta Pakej A (Rujuk Slide 1).

b.    Pelan Tapak (Site Plan) : Menunjukkan saiz lot minima diperlukan dan  kedudukkan rumah banglo pada tapak.  Ia juga menunjukkan keluasan boleh dibina bangunan setelah mengambil kira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang. Laluan masuk kereta dan kedudukannya (Rujuk Slide 2).

c.    Pelan Lantai (Ground Floor)  : Menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang yang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravasi serta pertalian pengunaannya. Susunatur perabut setiap bilik mengikut penggunaan untuk memastikan ruang praktikal digunakan.  Pelan yang bergrid dan berukuran minima dalam meter serta kaki. Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan (Rujuk Slide 3).

d.    Pelan Bumbung (Roof Plan) :  Menunjukkan rekabentuk bumbung dan unjuran bumbung minima 600mm (2’) (Rujuk Slide 3).

e.    Tampak / Fasad (Elevation) : 4 tampak disediakan iaitu tampak hadapan (front elevation), tampak sisi kanan (right side elevation), tampak sisi kiri (left side elevation) dan tampak belakang (rear elevation).  Empat pandangan tampak menunjukkan rekabentuk setiap fasad rumah banglo dengan setiap jenis elemen fasad, tingkap, pintu dan rekabentuk bumbung  berwarna (Rujuk Slide 5 hingga 8).

f.     Perspektif Luaran (External Perspective) : Minima 2 pandangan perspektif luaran disediakan menunjukkan rekabentuk fasad dan rekabentuk bumbung dengan jelas (Rujuk Slide 2 & 10).

g.    Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Asas Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Basic Building Specification):

          i.   Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.

        ii.    Spesifikasi cadangan asas bahan binaan rumah (kemasan lantai, siling dan dinding) sebagai rujukkan kontraktor untuk membuat kiraan anggaran kos kasar berdasarkan keluasan rumah.

     Rujuk Slide 11

 

8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Banglo di PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?

1.   Mendapatkan idea, konsep dan keperluan ruang-ruang praktikal bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk  pelan yang berkualiti.

2.   Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda mengikut citarasa anda sekeluarga.

3.   Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan minima dari 3 kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3  berwarna yang lengkap yang disediakan untuk anda di PelanBanglo.com sebelum mengemukakan pelan untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

4.   Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di PelanBanglo.com

5.   Menyelesaikan masalah anda susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang tinggal di kampung atau pekan-pekan kecil dan kurang berkemampuan.

6.   Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan serta kehendak anda sekeluarga.

7.   Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan bertambah dan bajet anda tidak mencukupi kerana anda tidak jelas rekabentuk sebenar kerana hanya melihat dalam bentuk 2D (pelan & tampak sahaja) tiada dalam bentuk 3D (perspektif).

 8.  Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam  proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu

TAWARAN ISTIMEWA HARGA PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA
(Mengikut Keluasan Pelan Rumah Keseluruhan)

1. KELUASAN PELAN RUMAH BANGLO DIBAWAH 999KP :
   • PAKEJ A (PDF-A4)          : RM399  RM199
   • PAKEJ B (PDF-A4)          : RM599  RM399
   • PAKEJ C (PDF-A3)          : RM799  RM599
   • PAKEJ D (CAD@ DWG)  : RM999  RM799

2. KELUASAN PELAN RUMAH BANGLO  1,000KP – 1,999KP :
   • PAKEJ A (PDF-A4)        : RM499  RM299
   • PAKEJ B (PDF-A4)         : RM799  RM599
   • PAKEJ C (PDF-A3)         : RM999  RM799
   • PAKEJ D (CAD@ DWG) : RM1199  RM999

3. KELUASAN PELAN RUMAH BANGLO  2,000KP – 2,999KP :
   • PAKEJ A (PDF-A4)         : RM599  RM399
   • PAKEJ B (PDF-A4)         : RM999  RM799
   • PAKEJ C (PDF-A3)         : RM1199  RM999
   • PAKEJ D (CAD@ DWG) : RM1399  RM1199

4. KELUASAN PELAN RUMAH BANGLO  3,000KP – 3,999KP :        
   • PAKEJ A (PDF-A4)         : RM699  RM499
   • PAKEJ B (PDF-A4)         : RM1199  RM999
   • PAKEJ C (PDF-A3)         : RM1399  RM1199
   • PAKEJ D (CAD@ DWG) : RM1599  RM1399

5. KELUASAN PELAN RUMAH BANGLO  4,000KP – 4,999KP :
   • PAKEJ A (PDF-A4)         : RM799  RM599
   • PAKEJ B (PDF-A4)         : RM1399  RM1199
   • PAKEJ C (PDF-A3)         : RM1599  RM1399
   • PAKEJ D (CAD@ DWG) : RM1799  RM1599

6. KELUASAN PELAN RUMAH BANGLO  DI ATAS 5,000KP :
   • PAKEJ A (PDF-A4)         : RM899  RM699
   • PAKEJ B (PDF-A4)         : RM1599  RM1399
   • PAKEJ C (PDF-A3)         : RM1799  RM1599
   • PAKEJ D (CAD@ DWG) : RM1999  RM1799

TERMA SYARAT DAN PERKHIDMATAN


Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memahami dan mematuhi segala syarat dan terma yang digariskan di dibawah antara PelanBanglo.com, LakaranDesign (Pemilik PelanBanglo.com/ Konsultan Rekabentuk) dan Anda sebagai pembeli dan pengguna.

 

Harga


1. Harga setiap rekabentuk idea dan konsep rumah banglo adalah ditentukan berdasarkan idea dan konsep rekabentuk pelan rumah banglo,  set laporan rekabentuk A4 saiz (PDF), set laporan rekabentuk A3 saiz (PDF) dan pelan banglo dalam format AutoCAD (Dwg).
2. Pihak kami berhak  melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
3. Harga yang diletakkan adalah bagi Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (Fail soft copy – PDF/DWG sahaja) yang dihantar kepada anda melalui email sahaja (pastikan alamat email anda betul dan sah).

 

Hak Cipta Terpelihara

 

1. Produk ini terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek yang berkaitan di negara ini. 
2. Sesetengah nama, informasi, logo, imej, rekabentuk , pelan serta imej, tajuk, isikandungan pada halaman web dan produk keluaran adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan daripada pihak kami, tindakan undang - undang akan diambil.
3. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian di dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman ini dicetak semula, dipindah milik dalam apa jua format samada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang format simpanan tanpa kebenaran bertulis dari pihak PelanBanglo.com  dan LakaranDesign.

4. Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman dan pelan format AutoCAD adalah untuk kegunaan pembeli/pengguna sahaja dan dilarang menyebarkan atau menjualkannya dalam apa jua bentuk kepada pihak ketiga.

 

Muat turun dan salinan ke media lain


1. Segala jenis muat turun (download) dan salinan (print) yang telah dibuat oleh pembeli/pengguna adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak boleh diedarkan atau dijual kepada orang lain.
2. Jika anda menghadapi masalah dengan download dokumen, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada pihak kami dengan segera.
3. Peringatan : Dokumen Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (fail format PDF  dan DWG/AutoCAD) ini  tidak boleh digunakan untuk proses pembinaan rumah banglo. Pembeli/pengguna perlu melantik arkitek, pelukis pelan berdaftar atau jurutera (di Malaysia sahaja) untuk proses mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Majlis Perbandaran berkenaan (Majlis) berdasarkan pelan rekabentuk skimatik ini sebelum kerja pembinaan rumah banglo dimulakan.  Pihak kami tidak bertanggugjawab diatas kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli/pengguna dalam proses mendapatkan kelulusan PBT/ Majlis.

 

Pesanan, Pembayaran Dan Penerimaan


1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman Tempahan dan Bayaran. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman ke akaun email anda.

 

Penafian

 

1. Segala penerangan yang dibekalkan di dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman adalah yang terbaik daripada kami.  Oleh itu pihak kami tidak bertanggungjawab diatas tidak faham lukisan-lukisan dan pelan seterusnya tidak menepati citarasa pembeli/pengguna selepas pembelian dibuat.

2. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan mendapatkan rumah banglo yang serupa seperti yang digambarkan dalam laman web dan Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman serta kos tambahan yang perlu dikeluarkan oleh pembeli/pengguna dalam proses pembinaan rumah banglo. Semuanya adalah bergantung kepada kos bahan binaan setempat, kualiti bahan binaan yang dipilih, kualiti kerja kontraktor dan pemantauan pembeli/ pengguna itu sendiri serta pindaan atau perubahan yang dilakukan oleh pembeli/ pengguna daripada rekabentuk asal setelah membeli atau ketika proses pembinaan.


Lain-lain


Terma & Syarat boleh berubah mengikut masa.
Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman.

SILA PILIH CARA BAYARAN DIBAWAH

1. On-Line Transfer (Pindahan Wang Secara Online) melalui Kemudahan Maybank2u.com

Bank : Maybank

No. Akaun : 5620 1200 6376

Nama perniagaan : LAKARAN DESIGN

Nota : Untuk mempercepatkan proses pengesahan, sila masukkan alamat email [email protected] dalam email penerima dalam proses online transfer ini.

2. Bank-in Deposit (Deposit Tunai di Kaunter Bank atau Melalui Mesin ATM) melalui Kemudahan Mesin ‘Cash Deposit’.

Bank : Maybank

No. Akaun :  5620 1200 6376

Nama Perniagaan : LAKARAN DESIGN

 

3. Bayaran Menggunakan Paypal & Kad Kredit

Nota : Semua pembelian menggunakan paypal akan dikenakan charge 3.4% tambahan.

Pilihan harga pelan banglo dibawah RM1099
Pilihan harga pelan banglo dibawah RM2099

SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN

Sila isi borang di bawah :

Contoh : LD30 (Pakej B)
Drag and drop files here or Browse
2 + 1 =

Atau

Anda juga boleh Whatsapp butiran bayaran ke no telefon bimbit 013 - 7476 900 (tujuan Whatsapp sahaja).  Hantarkan maklumat berikut:

  1. Nama anda.
  2. Alamat email (pastikan betul untuk hantar pelan banglo yang telah dibeli).
  3. Nombor transaksi (maklumat transaksi).
  4. Tarikh & masa bayaran.
  5. Kod banglo (tempahan), contoh : Banglo LD-2
  6. Jumlah bayaran dan Pakej A / B / C / D.
  7. Perkhidmatan banking yang digunakan.

PROSES PENGHANTARAN DI PELANBANGLO.COM   (SELEPAS TEMPAHAN & BAYARAN DIBUAT)

Setelah pengesahan pembayaran dibuat, penghantaran tempahan akan diuruskan serta merta oleh pihak PelanBanglo.com. Tempoh penghantaran akan mengambil masa 24-48jam. Penghantaran pelan banglo atau tempahan dilakukan secara on-line ke alamat email anda. Jika anda masih belum terima dalam masa 48jam selepas membuat bayaran sila maklumkan melalui email [email protected] atau Whatsapp ke 013 - 7476 900.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PelanBanglo.com

Berikut adalah beberapa soalan berkaitan PelanBanglo.com.  Jika anda tidak mendapat jawapan daripada soalan dibawah atau anda mempunyai soalan lain.  Anda boleh emailkan soalan anda  ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , pihak kami akan menjawab segala soalan anda.

1.            Apa itu PelanBanglo.com ?

Laman website yang menjual rekabentuk rumah banglo idaman anda secara online dengan pelbagai rekabentuk rumah banglo untuk pilihan anda bagi keluarga tersayang.

2.            Apakah yang dijual oleh PelanBanglo.com (e-kedai pelan-pelan rumah banglo )?

Menjual rekabentuk skimatik (Schematic Design) iaitu idea dan konsep rumah banglo idaman anda dalam bentuk file PDF dan DWG (AutoCAD).

3.            Apa itu Cadangan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo?

Laporan cadangan rekabentuk skimatik merupakan laporan yang mengandungi lukisan dan pelan-pelan idea serta konsep rumah banglo untuk memberi gambaran idea, konsep, keluasan binaan dengan jelas kepada bakal pemilik rumah banglo mengikut ukuran lot tanah.

4.            Apa yang  ada dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?

Laporan Rekabentuk Skimatik menerangkan idea dan konsep rumah banglo dengan jelas mengandungi :

a)        Kulit luar laporan– menunjukkan tajuk dan jenis banglo dan saiz lot serta jumlah bilik disediakan.

b)        Pelan tapak (site plan)– menunjukkan saiz lot minima bagi lot tengah dan tepi, serta kedudukan rumah banglo pada tapak.  Ia juga menunjukkan keluasan maksimum boleh dibina bangunan setelah mengambilkira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang.

c)        Pelan lantai (ground floor)  - menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravisi serta pertalian penggunanya.  Pelan yang bergrid dan berukuran dalam meter serta kaki.  Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan. Pelan lantai dilengkapi  dengan susunatur perabut bagi memastikan ruang-ruang disedikan berfungsi dan praktikal. Ia juga menjadi panduan untuk mengira dan melukis pelan elektrik serta keperluan peralatannya. 

d)        Pelan bumbung (roof plan)– menunjukkan rekabentuk bumbung dengan kecerunan serta unjuran bumbung.

e)        Keratan rentas (section)– 2 keratan memanjang dan pendek disediakan untuk menjelaskan ketinggian siling dan jenis kerangka bumbung.  Penunjuk keratan dipotong ditunjukkan didalam pelan lantai.  

f)         Tampak (elevation)– 4 tampak disediakan iaitu tampak hadapan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang.  Ia menunjukkan rekabentuk sekeliling fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo.

g)        Perspektif luaran– minima 4 pandangan perspektif luaran disediakan dari hadapan dan pandangan atas. Secara keseluruhan ia menunjukkan rekabentuk rumah banglo dari atas (menjelaskan rekabentuk bumbung).

h)       Jadual keluasan rumah banglo dan spesifikasi bahan binaan.

i-     Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan kontraktor membuat anggaran kos rumah banglo.

ii-    Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan rumah banglo yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

 

5.            Adakah PelanBanglo.com  menjual pelan selain daripada pelan rumah banglo?

Kami hanya menjual idea dan konsep rumah banglo setingkat, 1 ½ tingkat, 2 tingkat dan rekabentuk khas. Walau bagaimanapun pelan-pelan rumah lain akan dipertimbangkan pada masa akan datang berdasarkan permintaan semasa.

6.            Apakah yang harus saya lakukan setelah memperolehi Rekabentuk Skimatik (idea dan konsep)  pelan rumah banglo?

Setelah memperolehi link atau fail download Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo, anda hanya perlu mencetaknya mengikut susunan yang diberi.  Seeloknya anda jilidkan (binding) sebagai satu laporan supaya mudah dibawa dan dirujuk.

Pelan Banglo.com menyediakan 2 jenis pelan rekabentuk bagi rumah banglo:

i-    Pertama dalam bentuk fail pdf (dalam saiz A4 da A3) – membukanya perlukan perisian Acrobat Reader. 

ii-   Kedua dalam bentuk fail DWG – memerlukan perisian AutoCAD untuk membukanya.

7.            Apakah kegunaan laporan rekabentuk skimatik rumah banglo dalam bentuk PDF A4 dan A3 saiz dan perbezaan keduanya?

Laporan ini sangat berguna untuk melihat idea dan konsep rumah idaman anda dengan lebih jelas. Ia boleh digunakan untuk mendapatkan kos anggaran daripada kontraktor (sebut harga).  Laporan bersaiz A4 hanya boleh dicetak dengan jelas pada saiz maksima A4 sahaja.  Manakala laporan bersaiz A3 boleh dicetak pada saiz A4 dan A3 dengan lebih jelas.

8.            Apakah kegunaan pelan rumah banglo dalam bentuk dwg/AutoCAD?

File dwg ini penting untuk anda serahkan kepada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik bagi mempercepatkan dan mempermudahkan kerja-kerja persediaan mengemukakan pelan banglo kepada  PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)/ Majlis untuk mendapatkan kelulusan pelan banglo.

9.            Bolehkah saya guna pelan yang dibeli untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan daripada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)?

Ia merupakan pelan skimatik sahaja yang diguna untuk mendapatkan idea awal dan konsep rumah banglo berserta kos anggaran pembinaan. Menjadi keperluan di Malaysia, anda perlu melantik arkitek/ pelukis pelan berdaftar untuk anda mendapatkan kelulusan daripada PBT/ Majlis berdasarkan pelan rekabentuk skimatik.

10.         Bolehkah saya menggunakan pelan ini untuk pembinaan rumah banglo?

Ia hanya pelan rekabentuk skimatik sahaja dan tidak boleh digunakan untuk pembinaan.  Anda perlu melantik konsultan untuk mendapatkan kelulusan PBT/ Majlis sebelum kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan dengan menggunakan pelan perincian pembinaan.

11.         Adakah PelanBanglo.com  menyediakan lukisan kerja (working drawing) dan butiran pembinaan?

Buat pada masa ini tiada. Jika ada permintaan melalui email, kami akan mempertimbangkan.

12.         Bagaimana saya boleh pastikan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman dipilih mencukupi bajet dan kos pembinaan?

Setiap rekabentuk mengandungi ukuran dan keluasan rumah banglo dalam unit meter dan kaki persegi serta spesifikasi.  Anda boleh tunjukkan kepada kontraktor untuk dapatkan sebutharga kos pembinaan di kawasan anda.

13.         Saya ada membeli lot banglo dan bagaimana hendak pastikan rekabentuk yang mana boleh digunakan pada lot tanah tersebut?

Setiap rekabentuk menyatakan saiz lot minima dan ukuran rumah banglo untuk panduan pilihan anda.

14.         Jika tanah saya di tanah yang bercerun, bolehkah rekabentuk pelan rumah banglo anda digunakan ?

Boleh digunakan, tetapi perlu dibuat perubahan sedikit mengikut darjah kecerunan tanah. Atau anda boleh menghantarkan email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , pihak kami akan maklumkan dan mencadangkan rekabentuk yang bersesuaian untuk tanah yang bercerun.

15.         Bolehkan saya membuat ubahsuai sedikit berdasarkan pelan rumah banglo yang dibeli mengikut citarasa saya?

Buat pada masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan ini. Tetapi jika ada permintaan, pihak kami akan mempertimbangkannya dengan mengenakan bayaran tambahan serta syarat-syarat tertentu untuk persetujuan.

Atau jika anda tahu menggunakan Autocad software, anda boleh membuat perubahan sendiri atau anda meminta arkitek/ pelukis pelan berdaftar yang telah dilantik untuk membuat perubahan pada pelan mengikut citarasa anda.

16.         Jika tiada rekabentuk rumah banglo yang diidamkan bersesuaian atau tidak menepati saiz lot tanah saya?

Anda perlu tunggu rekabentuk terbaru atau anda boleh maklumkan kepada kami kehendak banglo idaman anda dengan klik " Borang Idea Banglo " dibahagian hubungi kami.

17.         Adakah setiap rekabentuk skimatik rumah banglo di PelanBanglo.com  mematuhi kehendak kelulusan pelan banglo daripada PBT/ Majlis dan UKBS (Undang-undang kecil bangunan seragam 1984)?

Setiap rekabentuk rumah banglo kami mematuhi kehendak PBT dan UKBS. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik di tempat anda.

18.         Adakah saya masih memerlukan arkitek/ pelukis pelan berdaftar/ jurutera untuk struktur bangunan bagi proses kelulusan dan proses pembinaan?

Ya, anda masih perlu melantik  konsultan  berikut  :  arkitek atau pelukis pelan berdaftar , jurutera struktur , perancang bandar dan juruukur tanah untuk proses kelulusan pelan dan kerja pembinaan. Perlantikan bergantung keperluan kelulusan pelan banglo mengikut PBT di tempat anda.

19.         Bolehkah saya guna pelan skimatik ini untuk membuat pinjaman bank?

Untuk membuat proses pinjaman bank, pelan rumah banglo anda perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan berdasarkan pelan skimatik daripada PBT/Majlis dikawasan anda dan perlantikan kontraktor berserta kos pembinaan muktamad.

20.         Bolehkah saya mendapatkan kos anggaran daripada kontraktor menggunakan pelan banglo skimatik ini?

Boleh, Pelan rumah banglo kami lengkap dengan ukuran, 4 tampak, pelan bumbung, keratan, perspektif serta jadual keluasan dan spesifikasi banglo.  Dengan maklumat ini mudah bagi kontraktor membuat anggaran kos dan sebut harga. Sebaiknya sebelum membuat permohonan kelulusan pelan daripada PBT/ Majlis,  pastikan dahulu berapakah kos untuk membina banglo idaman anda.  Ia bagi memastikan pelan banglo yang telah lulus PBT boleh dibina mengikut bajet anda.

21.         Bolehkah saya membeli lebih daripada satu rekabentuk pelan rumah banglo?

Boleh, kami mengalu-alukan anda membeli lebih dari satu daripada kami di PelanBanglo.com.

22.         Jika tempat saya tiada bank dan akaun paypal bolehkah saya membuat bayaran menggunakan Wang Pos Malaysia atau Kiriman wang untuk membeli idea dan konsep rumah banglo idaman?

Boleh, anda perlu pilih pakej pelan banglo dan emailkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , permohonan anda untuk membayar menggunakan cara wang pos atau kiriman wang. Kemudian kami akan maklumkan alamat penghantaran wang pos atau kiriman wang. Semua pembayaran perlu dibuat atas nama LakaranDesign. Setelah pengesahan bayaran atau penerimaan wang pos/ kiriman wang, kami akan emailkan pelan rumah banglo idaman anda ke alamat email anda.

Khas untuk pelawat yang ingin mendapatkan  idea design rumah dan konsep pelan rumah banglo idaman untuk bina rumah atas tanah sendiri selain plan rumah sediada daripada rekabentuk rumah di dalam website PelanBanglo.com

Saya adalah Pelawat yang ingin mendapatkan idea dan konsep pelan rumah banglo idaman

(Contoh: 80 kaki @ 24.3m)
(Contoh: 50 kaki @ 15.2m)
(Contoh : 30'(9.1m) lebar x 50'(15.2m) panjang saiz Rumah)
Drag and drop files here or Browse
6 + 1 =

PELAN BANGLO TERBARU

S0-Pelan-Rumah-Pelan-Banglo-LD-38

Pelan Banglo LD-52 (NEW)

Saiz tanah lot  : 70’L x 70’P
Banglo 1 tingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 2 petak 
Luas  plan rumah    : 2,316 kp

PELAN BANGLO POPULAR

0---Pelan-Rumah-Idaman---Pelan-Banglo-LD35Pelan Banglo LD-35 (NEW)

Saiz lot minima : 60’(L) x 90’(P)
Banglo setingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 3 petak 
Keluasan rumah banglo :2,333kp

Login Form

Shopping cart

Cart empty

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click