Tips 6 : Nak Bina Banglo Idaman? 6 Faktor Penting Yang Perlu Anda Ketahui Dan Lakukan?
Ramai di antara kita mesti setuju rumah merupakan belian anda paling mahal dalam hidup anda. Pada kali ini PelanBanglo.com ingin berkongsi maklumat, apa yang seseorang pemilik perlu tahu dan lakukan setelah membuat keputusan untuk membina rumah banglo idaman. Oleh yang demikan, lakukan perancangan yang teliti dan buat senarai semakan terlebih dahulu. Berikut adalah 6 faktor penting yang anda perlu ketahui:-
Contoh Perspektif Banglo LD-8, Rumah impian setiap orang dan merupakan belian aset bernilai dalam hidup,
1. Tapak Atau Lot Banglo
Pastikan :
a) Tapak lot banglo yang dimiliki perlu sesuai untuk dibina banglo dari segi ukuran lebar dan panjang lot.
(i) Lot menegak – saiz minima : 45’ / 13.08m x 70’/ 21.35m
(ii) Lot melintang – saiz minima : 55’/ 16.36m x 60’/ 18.3m
b) Sebaik-baiknya saiz lot banglo ialah 50’/ 15.2m (lebar) x 80’/ 24.3m (panjang), dan saiz paling minima lot banglo adalah 45’/13.08m (lebar) x 70’/21.35m (panjang);
c) Pastikan status tanah atau lot banglo anda sama ada ‘lease hold’ atau ‘free hold’.
d) Kegunaan tanahnya untuk bangunan kediaman. Jika masih status pertanian perlu diubah kepada kegunaan perumahan (bangunan).
Klik di sini untuk mendapatkan (Tip 8 Faktor Utama Pemilihan Tapak Rumah Idaman Atau Lot Banglo).