Tip 11 : TAHUKAH ANDA? MAKLUMAT PENTING UNTUK MENDAPATKAN IDEA DAN MEMILIH PELAN RUMAH BUKANYA LUAS TAPAK TETAPI UKURAN (LEBAR X PANJANG) LOT BANGLO

1.   Ramai di antara anda yang  ingin membeli tanah bagi membina rumah banglo idaman. Tahukah anda , bagaimana untuk menentukan tanah yang akan dibeli itu boleh memuatkan atau boleh dibina rumah banglo idaman seperti diinginkan.

2.   Faktor keluasan tanah belum tentu dapat dipastikan samada tanah tersebut boleh dibina rumah banglo.  Ada kemungkinan ukuran lebar atau panjang terlalu kecil atau bentuk lot tanah bersegi-segi.  Faktor paling penting diketahui  iaitu dapatkan ukuran panjang (P)  dan lebar tanah (L) tersebut untuk  mengetahui saiz minima tanah yang sesuai di bina rumah banglo. 

3.   Berdasarkan analisa yang telah kami jalankan selama 1 tahun, lebih 50% daripada pelawat kami telah memaklumkan ukuran saiz  lot  dalam ukuran keluasan dalam kaki persegi atau meter persegi (Contoh 3, 500kp/ 325mp). Bagi mendapatkan idea atau pelan rumah idaman sebenarnya ukuran yang penting perlu dimaklumkan kepada kami adalah ukuran panjang 70’ (P) dan lebar 50’(L) tanah / lot itu. Ingat!, bagi mendapatkan idea atau pelan rumah idaman yang penting sebenarnya adalah ukuran lebar dan panjang tanah lot anda.  

4.   Bagi anda yang akan membeli pelan banglo di Pelan Banglo.com , pilihan pelan juga berdasarkan saiz ukuran lebar (L)  dan panjang (P) serta arah laluan masuk ke tapak sama ada dari arah ukuran lebar (L)  atau panjang (P).  Bagi anda yang mengisi Borang Idea Banglo pastikan anda maklumkan ukuran tanah dalam ukuran panjang dan lebar.

TIP-11--SAIZ-UKURAN-LOT-TANAH-BANGLO
Rajah 1 : Contoh Ukuran Panjang(P) x Lebar(L) lot banglo yang menentukan
saiz rumah yang boleh dibina. Saiz lot ini 50’(L) x 70’(P) = 3, 500kp(luas tanah).

Read more ...

Tip 10 : Apakah Yang Perlu Ada Bagi Sebuah Pintu Pagar

Apakah Yang Perlu Ada Bagi Sebuah Pintu Pagar

Pintu pagar atau ‘gate’ adalah tempat pertama langkah keselamatan dan tempat keluar masuk bagi sesebuah kediaman atau rumah banglo. Sebuah pintu pagar yang menarik dan selamat mampu melahirkan perasaan senang dan mesra kepada penghuninya mahupun rakan taulan yang bertandang.


Contoh Pelan Pagar : Elemen yang perlu ada pada sebuah pintu pagar rumah banglo idaman

Berikut 10 Elemen yang perlu ada pada sesebuah pintu pagar utama rumah banglo idaman anda :

1.    Pintu Pagar Utama - Pilih sama ada jenis 'swing' (jika mempunyai kawasan yang luas) atau 'sliding' (bagi kawasan yang sempit, ia lebih menjimatkan ruang). Pastikan saiznya mencukupi untuk kereta keluar masuk. Bila dibuka tidak terkeluar sampai jalan luar.

Read more ...

Tips 9 : 8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Rumah Banglo dari www. PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?

Pelan Rumah Idaman : 8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Rumah Banglo dari www. PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?

Contoh Kulit Laporan Rekabentuk Pelan Banglo LD-3

Laporan rekabentuk skimatik banglo idaman bakal menjadi milik anda, tempahlah sekarang!. Kenapa anda perlu memperolehinya ?

1.    Untuk mendapatkan idea, konsep dan keperluan ruang-ruang praktikal bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk pelan yang berkualiti pada harga yang berpatutan, cepat dan lengkap.

2.    Bagi memastikan dahulu tanah lot banglo yang akan dibeli oleh anda dapat dan muat dibina rumah idaman anda mengikut citarasa serta keperluan anda sekeluarga.

Read more ...

Tips 8 : 15 Perkara Yang Perlu Lakukan Dan Elakkan Dalam Proses Membuat Pemilihan Kontraktor

15 Perkara Yang Perlu Lakukan Dan Elakkan Dalam Proses Membuat Pemilihan Kontraktor

No

LAKUKAN

ELAKKAN

1

Bertanya pada rakan-rakan, jiran-jiran tentang siapa kontraktor yang mereka gunakan dalam membina rumah mereka dan apa yang mereka suka.

Memilih kontraktor pada nilai zahirnya (portfolio)  kerana hasil yang baik, tetapi belum tentu hasilnya seperti yang dijanjikan

2

Pastikan kontraktor mempunyai ‘track’ rekod yang baik - semak latarbelakang kontraktor, kestabilan kewangan, insurans, tindakan undang-undang.

Mengupah kontraktor yang tidak pasti ‘track’ rekodnya atau yang sanggup mengambil tawaran yang rendah. 

3

Dapatkan pengesahan - semak lesen perniagaan dan kontraktor, insurans (liability dan ganti rugi pekerja) , perjanjian (kepatuhan).

Tidak dapat dibuktikan – lesen perniagaan, insurans dan perjanjian yang lengkap dan jelas.

4

Pergi ke pejabat/ tempat operasi kontraktor berkenaan.

Tidak mempunyai sebarang sumber rujukan atau tiada pejabat yang tetap.

5

Jika perlu dapatkan maklumat dari persatuan kontraktor.

Tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan kontraktor.

6

Tanya mengenai subkontraktor (jika ada) – semak sama ada terdapat aduan.

Mengabaikan perbincangan mengenai subkontraktor mereka.

7

Kaedah komunikasi – telefon, email, lawatan harian ke tapak dan mudah untuk dihubungi.

Komunikasi tidak lancar dan mesra, sukar untuk dihubungi.

8

Tanyakan soalan  - adakah ramai yang menyukai mereka.

Selesai dengan jawapan yang kurang memuaskan kepada soalan anda.

9

Lihat rekod prestasi kerja kontraktor, sama ada dapat menyiapkan kerja dalam masa yang dipersetujui atau lebih awal dengan kualiti yang tinggi/diharapkan.

  1. Jadual kerja yang jelas.
  2. Laporan prestasi yang lengkap.

Prestasi kerja tidak mengikut tarikh atau tempoh yang telah ditetapkan dalam menyiapkan sesuatu projek

  1. Tiada jadual kerja
  2. Tiada laporan yang sempurna.

Kebarangkalian tinggi proses pembinaan tidak mengikut masa yang dijanjikan atau tidak siap.

10

Pergi melawat projek/ rumah-rumah yang telah mereka siapkan – untuk mengetahui dan menilai kualiti kerja mereka.

Terlupa/ tidak buat lawatan ke rumah yang telah mereka siapkan.

11

Mengutamakan faktor keselamatan dan proses pembersihan -  membina dinding penghalang, pakaian keselamatan kepada pekerja kontraktor, tetapkan kawasan sisa binaan.

Mengambil ringan faktor keselamatan dan kebersihan – tidak membina dinding penghalang, pakaian keselamatan perkerja tiada, tiada pengasingan sisi binaan.

12

Tawaran harga yang berpatutan dengan kualiti kerja.

Tawaran harga yang murah atau diluar jangkaan.

13

Ada jaminan – seperti pengembalian wang/ bayaran denda lewat, melanjutkan tempoh jaminan kerosakkan selepas rumah disiapkan.

Tiada jaminan yang jelas dan tempoh masa singkat.

14

Minima dapatkan 3 anggaran kos pembinaan daripada 3 kontraktor sebagai perbandingan dengan menggunakan pelan rumah yang sama.

Pilih satu atau dua kontraktor bagi mendapatkan anggaran kos pembinaan rumah anda.

15

Memilih kontraktor ikut naluri anda dan senarai pertimbangan.

Mengupah kontraktor yang datang dari pintu ke pintu atau tangkap  muat (tiada pertimbangan yang sewajarnya).

Read more ...

Tips 7 : 5 Tips Memilih Kontraktor Membina Rumah Banglo Idaman Anda

Bukan mudah untuk mendapatkan kontraktor binaan yang boleh dipercayai dan dapat melaksanakan kerja pembinaan dengan baik . Jika anda mempunyai pengalaman ianya menjadi lebih mudah. Jika anda tiada pengalaman, risik-risikIah pengalaman teman-teman atau jiran anda, jangan bergantung 100% pada untung nasib.

Kali ini kami berikan 5 tip penting dapat dijadikan panduan anda untuk mencari dan memilih kontraktor pembinaan yang boleh dipercayai. Anda mesti mendapatkan maklumat dan sebutharga daripada 3 kontraktor (minimum) sebelum membuat perlantikan kontraktor binaan yang terbaik.  Pastikan setiap kontraktor membuat sebutharga menggunakan pelan rumah banglo yang lengkap  dan sama.

1. Pastikan Kontraktor Mempunyai Lesen Perniagaan / Lesen Kontraktor

a)    Pilih kontraktor yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sendirian berhad).
b)    Pastikan juga lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.
c)    Selidik samada kontraktor berkenaan menjadi ahli persatuan binaan atau pemborong binaan.

Read more ...

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click