Pelan Rumah ? Kenapa Anda Perlukan Sebelum Bina Rumah ?

    Pelan Rumah amat jarang diberikan keutamaan sebelum proses membina rumah banglo idaman. Ramai yang ingin membina rumah atas tanah sendiri sekarang kerana harga rumah terlalu mahal sekarang. Tetapi sebelum mula bina rumah mereka TIDAK memiliki terlebih dahulu pelan rumah sendiri yang telah direkabentuk oleh arkitek atau designer.

    Bina rumah mengikut lakaran kasar sendiri lebih kurang yang anda lukis sendiri di atas kertas kosong. Tidak dilengkapi dengan ukuran, pelan lantai, pelan bumbung, 4 tampak, keratan rentas dan pandangan 3D. Anda tidak jelas design rumah yang akan diperolehi selepas siap dibina. Kesan tidak menggunakan pelan rumah semasa bina rumah menyebabkan proses pembinaan tergendala dan bajet lari daripada kos asal.

Kami kongsikan 5 kelebihan anda memiliki pelan rumah berukuran yang lengkap sebelum bina rumah atas tanah sendiri :

  1. Pemilik rumah banglo : Bagi memastikan rekabentuk rumah yang akan dibina memenuhi citarasa dan cukup bajet anda. Mudah  untuk anda dapatkan anggaran kos pembinaan (sebut harga)  sebenar daripada  beberapa kontraktor. Dapat mengurangkan kerja-kerja tambahan dan pindaan pelan rumah semasa proses pembinaan rumah berjalan bagi mengelakkan kenaikkan kos pembinaan rumah anda.
  2. Kontraktor Bina Rumah : Pelan rumah digunakan dalam perjanjian kontrak bina rumah antara anda (pemilik rumah) dan kontraktor.  Mudah untuk kira kos binaan rumah lebih tepat dan paling penting rujukan semasa pembinaan rumah anda.
  1. PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) : Meluluskan pelan rumah dan memastikan pelan rumah mengikut undang-undang PBT dan UKBS 1984.
  1. Bank : Pelan rumah yang telah diluluskan oleh PBT diperlukan untuk kelulusan pinjaman dan membuat perjanjian dengan pihak bank. Anda juga perlu mendapatkan sebut harga bina rumah oleh kontraktor.
  1. Konsultan (Arkitek & Jurutera Struktur) : Bagi memohon kelulusan pelan rumah daripada PBT sebelum kerja-kerja pembinaan di tapak dimulakan. Konsultan akan memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak oleh kontraktor mengikut pelan rumah asal yang telah diluluskan oleh PBT.

                  Contoh 3D pelan rumah banglo Ld31

    Jadi sebelum anda ingin bina rumah atas tanah sendiri. Pastikan anda telah memilik pelan rumah terlebih dahulu. Ia akan melancarkan semua urusan proses pembinaan rumah idaman anda. Kos memiliki pelan rumah sendiri secara online sekarang amat murah berbanding  menggunakan design rumah yang direkabentuk oleh konsultan secara bersemuka (fee servis penuh mereka 10% daripada kos bina rumah anda atau minima RM30,000 untuk rumah banglo kos bina di bawah RM300,000).

Adakah anda sudah memiliki pelan rumah sendiri ? Jika belum jom cuci mata anda dengan klik  “Contoh Pelan Rumah”.

PREVtips

NEXTtips

X

Right Click

No right click