TIP 18 - Rahsia Kepentingan Perspektif Atau Lukisan 3D Bagi Rumah Banglo . Kenapa Anda Perlu Mendapatkannya Bagi Setiap Pelan Banglo Idaman?

Perspektif atau lukisan 3D ( 3 dimensi) merupakan gambaran awal arkitek kepada pemilik rumah apabila rumah idaman mereka telah siap dibina.  Perspektif bermaksud gambaran atau imiginasi awal dalam bentuk lakaran manual atau berkomputer untuk menjelaskan sesuatu idea, konsep sesuatu rekabentuk sama ada rumah, bangunan, kereta atau pelbagai idea rekabentuk sebelum sesuatu  benda itu terhasil seperti perspektif tersebut.

Perspektif boleh dilakukan secara lakaran manual atau perisian grafik khas untuk membuat 3D.  Bagi lakaran manual tidak semua arkitek boleh membuatnya.  Ia memerlukan kemahiran individu semulajadi.  Tetapi bagi 3D atau perspektif menggunakan perisian komputer sesiapa pun boleh menghasilkannya, tetapi ia memerlukan asas rekabentuk rumah dan paling penting anda minat.

Tip-18---Perspective-Bungalow-1
Rajah 1 : Contoh lakaran manual perspektif rumah banglo  oleh
arkitek rekabentuk PelanBanglo.com

Tip-18---Perspective-Banglo-Ld3
Rajah 2 : Contoh perspektif menggunakan perisian komputer ,
Pelan Banglo LD3 perspektif dari  jalan utama.

Bagi setiap rekabentuk rumah banglo idaman sebaiknya dapatkan semua perspektif keseluruhan fasad dari berbagai sudut.  Ia dapat membantu anda , tukang dan kontraktor lebih memahami rekabentuk rumah tersebut untuk tujuan persetujuan rekabentuk dan proses pembinaan.

Perspektif lebih mudah difahami daripada tampak atau fasad.  Tidak semua orang boleh memahami pelan 2D berbanding 3D (perspektif). Perspektif luaran dari atas akan menampakkan dengan jelas rekabentuk bumbung.  Manakala  fasad rumah banglo anda dijelaskan dengan pandangan bawah perspektif luaran rumah banglo.

Kelebihan memperolehi perspektif berwarna rumah banglo idaman anda:

  1. Sangat membantu dan memudahkan setiap pemilik rumah mamahami rekabentuk rumah idaman mereka.
  2. Menjelaskan konsep rekabentuk dan gambaran banglo apabila siap dibina.
  3. Memudahkan pemilik rumah membaca pelan rumah idaman.
  4. Memudahkan kontraktor, tukang dan tuan rumah memahami rekabentuk bumbung banglo (perspektif dari atas/ udara).

Kami di   PelanBanglo.com  menyediakan  dan menawarkan jumlah minima perspektif  berwarna bagi setiap pakej rekabentuk  banglo khas untuk anda :

  1. Pakej A : Minima 2 perspektif luaran.
  2. Pakej B & C : Minima 8 perspektif  luaran (4 pandangan dari bawah dan 4 dari pandangan atas.
  3. Pakej D : Percuma 4 pandangan persppektif luaran

Mari lihat contoh setiap  Pakej tawaran kami klik di sini : PAKEJ A, PAKEJ B&C dan PAKEJ D.

PREVtips  

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click