TIP 17 - Rahsia dan Kepentingan Memiliki 4 Tampak (Elevation) Bagi Pelan Rumah Banglo Idaman Anda

Pelan tampak (elevation) merupakan pandangan rumah luaran dalam bentuk 2 dimensi (2D) yang diberikan iaitu tampak hadapan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang.  Ia menunjukkan rekabentuk luaran fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo. Setiap pemilik rumah akan mendapat gambaran dan bentuk konsep fasad rumah banglo idaman lebih jelas.

Tip-17---4-Elevation-Bungalow
Rajah 1 : Empat  jenis pandangan tampak bagi setiap pelan rumah banglo.

Tip-17--Tampak-Banglo-Tanpa-Ukuran
Rajah 2 : Contoh pandangan tampak bagi rumah banglo bagi pembelian
Pakej A tanpa dimensi dan berukuran.

Tip-17--Tampak-Banglo-Berukuran
Rajah 3: Contoh pandangan tampak berukuran bagi pembelian Pakej B, C dan D sahaja.

Dengan memiliki 4 tampak (pandangan hadapan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang) bagi pelan rumah banglo idaman memberikan anda  kelebihan :-

  1. Memudahkan setiap pemilik banglo memahami konsep rekabentuk fasad luaran dengan lebih jelas.
  2. Menjelaskan konsep asas skim warna luaran keseluruhan rumah banglo idaman mengikut rekabentuk.
  3. Menunjukkan rekabentuk bumbung, jenis bumbung dan kecerunan bumbung pada setiap arah dan sisi rumah banglo .
  4. Menunjukkan ketinggian dan perbezaan bumbung, aras lantai dan elemen fasad.
  5. Menjelaskan rekabentuk dan jenis tingkap atau pintu serta kedudukkannya, juga bukaan-bukaan yang lain.
  6. Memudahkan kontraktor atau tukang rumah memahami pelan dan rekabentuk rumah banglo untuk dibina dengan lebih jelas semasa pembinaan.
  7. Menunjukkan garis sempadan dan anjakkan banglo dari sempadan.

Kesimpulan, pastikan setiap pelan yang anda miliki mempunyai  4 tampak / fasad yang jelas menunjukkan rekabentuk banglo idaman.

PREVtips  

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click