TIP 16 - Nak tahu rahsia memiliki minimum 2 keratan rentas (Section) bagi pelan rumah banglo idaman anda?

Dengan setiap pembelian Laporan Rekabentuk Pelan Banglo Idaman bagi Pakej B, Pakej C dan Pakej D (format DWG) di Pelanbanglo.com  anda akan memperolehi Pelan  Keratan Rentas. Keratan rentas (section) merupakan 2 keratan (memanjang dan pendek) disediakan untuk menjelaskan ketinggian siling dan jenis kerangka bumbung serta ketinggian kecerunan bumbung.  Penunjuk keratan dipotong ditunjukkan di dalam pelan lantai. 

T16--Pelan-Banglo-Pentunjuk-Keratan

Rajah 1:  Petunjuk keratan A & B di potong pada Pelan Banglo LD5.

Berikut adalah jenis keratan di PelanBanglo.com:    

1.  Keratan rentas (Section) A-A, menunjukkan potongan memanjang bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis kerangka bumbung yang digunakan.  Keratan ini mestilah memotong ruang penting bagi menjelaskan konsep rekabentuk dan pembinaan rumah seperti ruang tamu, bilik, tempat letak kereta. Lantai dan rasuk konkrit diwarnakan hijau serta dinding bata berwarna merah. Perbezaan aras bumbung banglo juga dapat dilihat pada keratan A-A.

Tip-16-Section-AA-for-plan-bungalow-LD5

Rajah 2: Keratan rentas A-A bagi Banglo LD-5 yang menunjukkan ruang tempat
letak kereta, bilik utama, bilik 4 serta kedudukan tangki air.  

2.  Keratan rentas (Section) B-B, menunjukkan potongan pendek bagi menjelaskan ketinggian banglo, siling dan jenis kerangka serta kecerunan bumbung digunakan.  Pelan banglo dipotong atau dikerat pada bahagian yang berbeza daripada keratan A-A.

Tip-16--Section-BB-for-plan-bungalow-LD5

Rajah 3: Keratan rentas B-B bagi Banglo LD-5 menunjukkan keratan banglo
pada ruang makan, bilik air 1 dan teres.

Keratan A-A atau B-B mestilah memotong bahagian rumah banglo utama, tempat letak kereta, bilik air, bilik, ruang makan/ tamu, tangga (bagi banglo 1 ½ - 2 tingkat ianya mesti potong di bahagian tangga), kolam renang atau ruang yang penting bagi menunjukkan rekabentuk dan konsep pembinaan asas.

Kenapa anda perlukan keratan A dan B?
Kelebihan memiliki 2 keratan rentas A dan B ialah :-

  1. Memudahkan setiap pemilik banglo memahami konsep rekabentuk dengan lebih jelas.
  2. Menjelaskan konsep asas pembinaan bumbung dan kerangkanya serta perbezaan aras bumbung serta kecerunannya.
  3. Menunjukkan aras ketinggian dan perbezaan siling setiap ruang.
  4. Menunjukkan bahagian ruang dalaman yang tidak boleh dilihat dari pandangan/ tampak luaran (hadapan, sisi dan belakang).
  5. Memudahkan kontraktor atau tukang rumah memahami pelan dan rekabentuk rumah untuk dibina dengen lebih jelas.

Semoga maklumat daripada  PelanBanglo.com  berkaitan keratan A dan B dapat membantu setiap bakal pemilik banglo memiliki rumah idaman.

PREVtips  

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click