TIP 13 - Apakah yang akan anda perolehi jika membuat pembelian pelan rekabentuk banglo di www.PelanBanglo.com

Kami di PelanBanglo.com (PBC) telah menyediakan rekabentuk banglo idaman anda dalam bentuk laporan rekabentuk dan pelan. PBC sangat mementingkan kualiti dan kepuasan semua pelanggan. PBC meletakkan dirinya di situasi pelanggan yang tidak mempunyai latarbelakang arkitek dan rekabentuk rumah serta  tiada pengalaman dalam proses membina rumah sendiri.   


PBC menawarkan 4 Pakej Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda Sekeluarga iaitu :

  1. Pakej A (PDF bersaiz A4 - pakej asas/ bajet) – bagi pelanggan yang ingin mendapatkan idea asas juga pelanggan berpendapatan rendah untuk dapatkan idea dan konsep awal pada harga murah. Laporan minima 10 muka surat.
  2. Pakej B (PDF bersaiz A4 - pakej lengkap) - untuk bakal pemilik rumah banglo (kediaman) yang inginkan idea, konsep dan imej rumah kediaman dengan lebih jelas dan lengkap. Laporan setebal minima 20 muka surat,
  3. Pakej C (PDF bersaiz A3 - pakej lengkap) - untuk bakal pemilik rumah banglo (kediaman) yang inginkan idea, konsep dan imej rumah kediaman sama seperti Pakej B, cuma berbeza pada saiz laporan iaitu saiz A3.
  4. Pakej D (DWG – AutoCAD) – untuk bakal pemilik rumah banglo (kediaman) yang inginkan idea dan konsep rekabentuk dalam bentuk pelan lukisan (format Dwg/ AutoCAD) dan percuma 4 perspektif. 

Berikut kami kongsikan maklumat yang mesti ada di dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda dalam format PDF (Pakej A, B dan C). 

 

T13-Pelan--Banglo--PAKEJ-A-D

Rajah 1 : Contoh muka depan Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda sebagai panduan anda mendapatkan idea, konsep dan pelan yang lengkap.

1.  Kulit Luar Laporan (Cover Design Report):  Menunjukkan kod pakej (Pakej A, B atau C), tajuk, jenis banglo, saiz lot dan jumlah bilik disediakan. Pakej A menggunakan imej 2D (pandangan tampak) untuk muka depan laporan. Manakala Pakej B dan Pakej C menggunakan imej 3D (pandangan perspektif) untuk muka depan laporan. 

2.  Pelan Bumbung (Roof Plan) :  Menunjukkan rekabentuk bumbung , kecerunan dan unjuran bumbung minima 600mm (2 kaki).  

3.  Keratan Rentas A + B (Section A + B) :  Minima 2 keratan diperlukan pada setiap pelan rumah idaman. Keratan memanjang (A-A) dan pendek (B-B) disediakan untuk menjelaskan ketinggian banglo dari aras tanah, perbezaan aras tanah dan ruang, tinggi siling, kedudukan kemudahan tangki air dan jenis atau konsep kerangka bumbung ditunjukkan.  Petunjuk keratan A dan B dipotong ditunjukkan didalam pelan lantai.   Bagi Pakej A tiada keratan rentas (section) A dan B diberikan. Keratan rentas (section) A dan B hanya diberikan kepada anda yang membeli Pakej B dan Pakej C.  

4.  Tampak / Fasad (Elevation) : Mesti ada 4 tampak berukuran disediakan iaitu tampak hadapan (front elevation), tampak sisi kanan (right side elevation), tampak sisi kiri (left side elevation) dan tampak belakang (rear elevation).  Empat pandangan tampak menunjukkan rekabentuk setiap fasad rumah banglo dengan setiap jenis elemen fasad, tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo dari aras tanah. Bagi Pakej A disediakan 4 pandangan tampak berwarna, manakala Pakej B dan C diberikan 4 pandangan tapak berdimensi dan percuma 4 pandangan tapak berwarna (sama seperti di Pakej A).  

5.  Perspektif Luaran (External Perspective) :  Pandangan perspektif luaran disediakan bagi menunjukkan kesemua fasad dan rekabentuk dengan jelas. Setiap perspektif menunjukkan keseluruhan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo termasuk konsep pintu masuk dan ruang-ruang istimewa (luaran sahaja).  Bagi Pakej A minima 2 perspektif diberikan. Manakala bagi Pakej B dan Pakej C minima 8 pandangan perspektif luaran disediakan iaitu 4 pandangan dari bawah dan 4 pandangan dari atas. Pakej D setiap pembelian akan menerima 4 pandangan perspektif PERCUMA  dalam saiz A4(pdf).  

6.  Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Building Specification):

  1. Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.
  2. Spesifikasi bahan binaan asas akan menjelaskan cadangan bahan binaan rumah banglo yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.
  3. Keperluan minima jumlah peralatan pepasangan elektrik dan peralatan sanitari (pembentungan).

Dengan maklumat ini, diharapkan anda memperolehi penjelasan dan gambaran maklumat dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Pelan Banglo Idaman. Semoga ianya dapat membantu anda mendapatkan pelan rumah banglo yang memenuhi keperluan seisi keluarga, praktikal dan boleh dibina di tanah milik anda serta bersesuaian dengan kewangan anda.  Selain itu juga anda mempunyai banyak masa untuk mendapatkan kontraktor terbaik dan bahan binaan pada harga berpatutan.

Mari lihat contoh setiap  Pakej tawaran kami klik di sini : PAKEJ APAKEJ B&C dan PAKEJ D.

PREVtips

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click