15 Perkara Yang Perlu Lakukan Dan Elakkan Dalam Proses Membuat Pemilihan Kontraktor
No |
LAKUKAN |
ELAKKAN |
1 |
Bertanya pada rakan-rakan, jiran-jiran tentang siapa kontraktor yang mereka gunakan dalam membina rumah mereka dan apa yang mereka suka. |
Memilih kontraktor pada nilai zahirnya (portfolio) kerana hasil yang baik, tetapi belum tentu hasilnya seperti yang dijanjikan |
2 |
Pastikan kontraktor mempunyai ‘track’ rekod yang baik - semak latarbelakang kontraktor, kestabilan kewangan, insurans, tindakan undang-undang. |
Mengupah kontraktor yang tidak pasti ‘track’ rekodnya atau yang sanggup mengambil tawaran yang rendah. |
3 |
Dapatkan pengesahan - semak lesen perniagaan dan kontraktor, insurans (liability dan ganti rugi pekerja) , perjanjian (kepatuhan). |
Tidak dapat dibuktikan – lesen perniagaan, insurans dan perjanjian yang lengkap dan jelas. |
4 |
Pergi ke pejabat/ tempat operasi kontraktor berkenaan. |
Tidak mempunyai sebarang sumber rujukan atau tiada pejabat yang tetap. |
5 |
Jika perlu dapatkan maklumat dari persatuan kontraktor. |
Tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan kontraktor. |
6 |
Tanya mengenai subkontraktor (jika ada) – semak sama ada terdapat aduan. |
Mengabaikan perbincangan mengenai subkontraktor mereka. |
7 |
Kaedah komunikasi – telefon, email, lawatan harian ke tapak dan mudah untuk dihubungi. |
Komunikasi tidak lancar dan mesra, sukar untuk dihubungi. |
8 |
Tanyakan soalan - adakah ramai yang menyukai mereka. |
Selesai dengan jawapan yang kurang memuaskan kepada soalan anda. |
9 |
Lihat rekod prestasi kerja kontraktor, sama ada dapat menyiapkan kerja dalam masa yang dipersetujui atau lebih awal dengan kualiti yang tinggi/diharapkan.
|
Prestasi kerja tidak mengikut tarikh atau tempoh yang telah ditetapkan dalam menyiapkan sesuatu projek
Kebarangkalian tinggi proses pembinaan tidak mengikut masa yang dijanjikan atau tidak siap. |
10 |
Pergi melawat projek/ rumah-rumah yang telah mereka siapkan – untuk mengetahui dan menilai kualiti kerja mereka. |
Terlupa/ tidak buat lawatan ke rumah yang telah mereka siapkan. |
11 |
Mengutamakan faktor keselamatan dan proses pembersihan - membina dinding penghalang, pakaian keselamatan kepada pekerja kontraktor, tetapkan kawasan sisa binaan. |
Mengambil ringan faktor keselamatan dan kebersihan – tidak membina dinding penghalang, pakaian keselamatan perkerja tiada, tiada pengasingan sisi binaan. |
12 |
Tawaran harga yang berpatutan dengan kualiti kerja. |
Tawaran harga yang murah atau diluar jangkaan. |
13 |
Ada jaminan – seperti pengembalian wang/ bayaran denda lewat, melanjutkan tempoh jaminan kerosakkan selepas rumah disiapkan. |
Tiada jaminan yang jelas dan tempoh masa singkat. |
14 |
Minima dapatkan 3 anggaran kos pembinaan daripada 3 kontraktor sebagai perbandingan dengan menggunakan pelan rumah yang sama. |
Pilih satu atau dua kontraktor bagi mendapatkan anggaran kos pembinaan rumah anda. |
15 |
Memilih kontraktor ikut naluri anda dan senarai pertimbangan. |
Mengupah kontraktor yang datang dari pintu ke pintu atau tangkap muat (tiada pertimbangan yang sewajarnya). |
![]() |