Tips 7 : 5 Tips Memilih Kontraktor Membina Rumah Banglo Idaman Anda

Bukan mudah untuk mendapatkan kontraktor binaan yang boleh dipercayai dan dapat melaksanakan kerja pembinaan dengan baik . Jika anda mempunyai pengalaman ianya menjadi lebih mudah. Jika anda tiada pengalaman, risik-risikIah pengalaman teman-teman atau jiran anda, jangan bergantung 100% pada untung nasib.

Kali ini kami berikan 5 tip penting dapat dijadikan panduan anda untuk mencari dan memilih kontraktor pembinaan yang boleh dipercayai. Anda mesti mendapatkan maklumat dan sebutharga daripada 3 kontraktor (minimum) sebelum membuat perlantikan kontraktor binaan yang terbaik.  Pastikan setiap kontraktor membuat sebutharga menggunakan pelan rumah banglo yang lengkap  dan sama.

1. Pastikan Kontraktor Mempunyai Lesen Perniagaan / Lesen Kontraktor

a)    Pilih kontraktor yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sendirian berhad).
b)    Pastikan juga lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.
c)    Selidik samada kontraktor berkenaan menjadi ahli persatuan binaan atau pemborong binaan.

2.    Pastikan Alamat Pejabat/ Urusniaga Yang Sah

a)    Pastikan kontraktor anda mempunyai alamat urusniaga samada pejabat atau rumah.
b)    Minta  kad perniagaan (business card)  kontraktor anda.  Ini penting bagi melihat butiran alamat, cara menghubungi serta lokasi perniagaan mereka.  Jika ada website atau blog mudah untuk anda lihat butiran serta hasil kerja mereka.
c)    Seeloknya selidik sama ada  mereka mudah dihubungi melalui telefon/ email dan mesti kunjungi pejabat/ premis mereka.  Jika mudah dan mesra, ini antara tanda bahawa mereka mempunyai peniagaan yang jujur.

3.    Rekod Kerja Dan Profil Syarikat

a)    Buat soal-selidik untuk mengetahui kontraktor binaan yang mempunyai rekod kerja yang baik, walaupun baru menyiapkan 2 atau 3 projek binaan yang kecil dan sederhana, seperti tambahan/pindaan rumah.
b)    Anda boleh meminta mana-mana kontraktor memberikan bukti rekod kerja atau profil syarikat dan anda boleh membuat penilaian sendiri terhadap hasil kerja mereka.
c)    Buat pilihan kepada kontraktor yang mempunyai rekod hasil kerja binaan banglo sahaja atau yang banyak bina banglo. Kontraktor yang hanya membuat kerja ubahsuai rumah atau kerja kecil belum tentu boleh membina rumah banglo dengan baik  berdasarkan pengalaman kami.

Kontraktor yang baik bukan sahaja dapat melaksanakan kerja dengan sempurna tetapi boleh dipercayai dan jujur ketika memberi pandangan.

4.    Menghubungi Pelanggan Sebelum Ini Untuk Mengetahui Pengalaman Mereka dan Melawat Tapak Projek Yang Telah Siap

a)    Susulan daripada rujukan anda kepada profil syarikat kontraktor tersebut, jika boleh eloklah anda hubungi pelanggan (klien) terdahulu kontraktor tersebut dan dapatkan pengesahan.
b)    Anda digalakkan melawati tapak binaan yang telah siap untuk melihat kualiti binaan dan hasil kerja setiap kontraktor sebelum membuat pilihan muktamat.
c)    Cuba tanya pemilik rumah (yang telah siap dibina atau diubahsuai) tersebut tentang kontraktor binaan yang dilantik, masalah yang dialami sepanjang proses pembinaan dan ketika berurusan dengan kontraktor. Tanya mereka mudahkan berurusan dengan kontraktor ini atau cepatkah tindakan mereka menyelesaikan masalah , pertanyaan dan kehendak mereka (pemilik rumah) semasa kerja-kerja pembinaan.

5.    Sebutharga yang berpatutan (dengan harga bahan binaan semasa)

a)    Untuk mendapatkan sebutharga yang sesuai dengan bajet anda, minta kontraktor (minimum 3 kontraktor) tersebut menyediakan secara bertulis dan terperinci.  Antara maklumat yang perlu ada ialah:-
-    sampel bahan & harga bahan digunakan
-    upah pasang / upah kerja bagi setiap skop kerja binaan
-     jangkamasa siap kerja pembinaan
-     kos kerja yang ditanggung kontraktor
-     kos tambahan/ luaran yang perlu ditanggung pemilik rumah/ klien
-    Cara bayaran dan denda atau LAD (Lost and damage) dikenakan ke atas kontraktor jika kerja lambat siap pada masa ditetapkan seperti dijanjikan. (Pastikan tiada perubahan dari pelan asal ketika pembinaan, sebarang perubahan memberikan kontraktor masa tambahan / EOT).
b)    Kontraktor  yang jujur akan memberi penjelasan dan maklumat lengkap mengenai jenis/ kualiti bahan binaan yang sesuai untuk kegunaan ruang di rumah anda serta harga pasaran bahan binaan dan upah kerja beliau secara terperinci.
c)    Untuk mendapatkan harga yang berpatutan, anda boleh berbincang dengan kontraktor dan membuang atau menambah mana-mana bahan yang dirasakan perlu dalam pembinaan rumah anda sehingga anda dapat mencapai bajet membina rumah idaman yang sesuai dengan kemampuan anda tanpa berkompromi dengan kualiti.


Setelah anda yakin dan ingin memutuskan siapa kontraktor yang bakal membina rumah banglo idaman anda.  Sekali lagi buat senarai pertimbangan, dengan lebih terperinci:
a)    Buat lawatan pejabat, tapak dan melihat rumah banglo (rujukan) yang telah siap dibina - secara tidak langsung kita dapat melihat dan mengetahui prestasi kontraktor dan kualiti kerja mereka. 
b)    Harga tawaran atau sebut harga. Untuk lebih selamat pilih kontraktor yang memberikan harga ‘Lump-sum’.
c)    Buat surat perjanjian rasmi – perlu pengesahan tandatangan 2 pihak, perincian tugas, skop kerja dalam kontrak. Untuk mengelakkan berlaku tidak puashati atau pecah kontrak.
d)    Kaedah dan cara pembayaran. Lebih selamat bayaran dibuat mengikut pencapaian (progress) kerja.


Berilah masa kepada diri anda ‘Tunggu 30 hari’, untuk membuat keputusan dengan tenang. Selalunya selepas 30 hari anda dapat berfikir dengan lebih tenang dan rasional.  Pada waktu ini keputusan anda adalah yang terbaik.

PREVtips  

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click