Konsep Rekabentuk : Moden Tropikal
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo LD40 direkabentuk khusus untuk pemilik lot tanah banglo yang memiliki lot tanah berukuran 60’ lebar x 80’panjang. Rekabentuk pelan rumah yang praktikal bagi keluarga yang mempunyai anak ramai.
Susunatur ruang tamu berasingan dengan semuar ruang supaya lebih privasi kepada penghuninya. Ruang makan berasingan dengan ruang keluarga dipisahkan dengan dinding dekoratif. Dapur basah dan kering bersebelahan serta berdekatan dengan ruang makan. Bilik 4 boleh dijadikan bilik tetamu dan bilik 5 boleh dijadikan soho atau mini pejabat di rumah. Bilik air 3 boleh digunakan oleh tetamu. Ruang keluarga diletakkan berdekatan bilik utama dan bilik tidur lain untuk interaksi maksimum sekeluarga. Teres berbumbung pergola disebelah ruang makan boleh dijadikan tempat bersantai bersama keluarga di waktu pagi atau malam.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah banglo LD40 khas bagi anda yang memiliki tanah lot rumah banglo yang berukuran 60’ lebar x 80’panjang. Rekabentuk rumah 1 tingkat yang praktikal dengan pengunaan tanah lot yang maksimum. Di mana ukuran rumah 40’lebar x 48’panjang direkabentuk untuk keselesaan anda sekeluarga yang mempunyai anak ramai.
Aras lantai rumah bangle dinaikkan 1.5 kaki dari aras tanah. Ruang tamu berukuran 15’ x 18’ disediakan dengan siling setinggi 18’ kaki. Ruang tamu bersaingan daripada semua ruang supaya lebih privasi. 6 bilik tidur dan 3 bilik air disediakan. Manakala 2 ruang teres disediakan bagi aktiviti keluarga di sebelah ruang tamu dan ruang makan. 2 buah bilik dihadapan (berdekatan porch) sesuai dijadikan bilik tetamu dan soho (mini pejabat).
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-40
Saiz tanah lot (Tengah) | 60’ L x 80’ P (18.0m x 24.0m) |
Saiz tanah lot (Tepi) | 70’ L x 80’ P (21.0m x 24.0m) |
Saiz rumah banglo | 40’ L x 48’ P (12.0m x 14.4m) |
Banglo 1 tingkat | 6 bilik + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
1, 996.8kp (185.5mp) + 209.1kp(19.4mp-TLK) = 2,205.9 kp(204.9mp) |
Ruang disediakan |
Lobi, ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, dapur kering, dapur basah, 6 bilik tidur , 3 bilik air, teres berbumbung dan teres terbuka |
Bilik | 1 bilik utama & 5 bilik |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 14 mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 24 mukasurat (12 Perspektif)
Pakej C : 24 mukasurat (12 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 6 Perspektif
PELAN BANGLO LD-40 |
Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |