Konsep Rekabentuk : Tropikal
Perancangan Ruang : Rekabentuk dan susunatur ruang Pelan Rumah Banglo LD47 menerapkan konsep pengasingan ruang utama dan bilik-bilik yang lebih privasi bagi sebuah keluarga yang ramai anak. Lobi utama disediakan sebelum memasuki ruang tamu yang direkabentuk seperti menara. Ruang tamu yang luas diasingkan dengan ruang makan oleh dinding berdekoratif. Dapur kering dan basah dibina berasingan dan berhampiran dengan ruang makan. Kaunter terbuka disediakan di antara ruang makan dan dapur kering. Bilik tetamu boleh dijadikan pejabat mini dan bilik air 2 untuk kegunaan tetamu. Bilik tidur 3 dan bilik 4 berkongsi bilik air 4 dari dalam bilik masing-masing.
Sementara bilik 2 boleh menggunakan bilik air 3. Bilik utama mengadap jalan utama dan disediakan ruang khas almari pakaian dan teres 2 bagi pemilik berehat dan santai. Ruang keluarga menghadap car porch dan bersebelahan fish pond. Dari ruang tamu boleh keluar ke teres 1 berbumbung menjadi ruang santai sekeluarga dan tetamu. Rekabentuk fasad berkonsepkan tropika sesuai untuk iklim tropika. Bumbung pada ruang lobi yang tinggi menjadikan Pelan Rumah Banglo LD47 lebih UNIK dan menarik didirikan di kawasan kampung atau bandar.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah banglo LD47 khusus untuk anda yang mempunyai anak ramai dan tanah yang luas berukuran minima 72’ lebar x 86’ panjang. Rumah banglo yang memiliki 5 bilik tidur dan 4 bilik air berserta 2 teres berbumbung. Rekabentuk fasad dan bumbung yang ringkas mudah untuk pembinaan. Aras lantai rumah dalam ditinggikan 1.5’kaki (450mm) dari aras tanah luar untuk impak rumah kelihatan lebih tinggi. Ruang lobi yang tinggi macam menara merupakan mercu tanda pelan rumah banglo LD47. Tempat letak kereta berbumbung diletakkan sesebelah ruang keluarga dan pemilik boleh masuk ke dalam rumahnya melalui pintu di ruang keluarga. Ruang tamu yang luas dan digabungkan dengan ruang makan berukuran 20’ x 27’ sesuai untuk aktiviti keramaian di kampung. Pengasingan ruang tamu dan makan dengan dinding dekoratif. Kaunter top terbuka disediakan di antara ruang makan dan dapur kering. Bilik utama disediakan khas ruang almari pakaian dan teres 2.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-47
Saiz tanah lot (Tengah) | 72’L x 86’P (21.8m x 26.0m) |
Saiz tanah lot (Tepi) | 82’L x 86’P (21.8m x 26.0m) |
Saiz rumah banglo | 52’L x 50’P (15.7m x 15.0m) |
Banglo 1 tingkat | 5 bilik + 4 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 4 petak (2 berbumbung + 2 terbuka) |
Keluasan lantai |
2, 233kp(227.3 mp) + 249 kp (23.2mp -TLK berbumbung) = 2, 482 kp (250.5mp) |
Ruang disediakan |
Ruang lobi, ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, 2 teres terbuka & kolam ikan.
|
Bilik | 1 bilik utama + 4 bilik |
Bilik air | 4 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 24 mukasurat (15 Perspektif)
Pakej C : 24 mukasurat (15 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 6 Perspektif
PELAN BANGLO LD-47 |
Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |