PREV

NEXT

Konsep Rekabentuk    :   Moden Tropikal 

Perancangan Ruang    : Pelan rumah banglo LD-42 direkabentuk menerapkan ciri-ciri susunatur ruang yang mengambikira faktor aktiviti kenduri kendara di kampung dan perbagai aktiviti yang memerlukan ruang tamu yang luas.  Dua ruang tamu iaitu ruang tamu 1 berukuran 16’ x 24’ dan ruang tamu 2 berukuran 20 ’x 20’ yang luas boleh digabungkan untuk perbagai aktiviti. Kelebihan memiliki dua ruang tamu adalah untuk pengasingan tetamu lelaki dan wanita atau dua tetamu keluarga berlainan ketika di hari perayaan. Jika ruang tamu 1 dan tamu 2 penuh ketika kenduri, ruang keluarga 1atau ruang  teres disediakan boleh menampung lebihan tetamu ketika kenduri.

    Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh ruang keluarga 1. Ruang makan lebih luas (boleh muat 2 meja makan) dan berdekatan dengan dapur kering (berkonsep dapur terbuka) dan dapur basah yang luas memudahkan proses persediaan dan menghidangkan makanan. Pintu ‘sliding’ disediakan diruang makan dan tamu 1 serta tamu 2 untuk keluar ke ruang teres untuk pelbagai aktiviti keluarga atau semasa kenduri. Semua bilik–bilik disusunatur supaya mendapat pravasi yang maksima dan ruang tamu 2 disediakan untuk aktiviti keluarga semasa kenduri. Kolam renang mini disediakan sebagai elemen air yang memberikan ketenangan dan boleh dilihat dari ruang tamu 1, keluarga 1 dan ruang makan. Pelantar kayu disediakan untuk menyambungkan ruang teres melintasi kolam mini. Tempat letak kereta yang luas (3 petak) boleh dijadikan untuk ruang tambahan perbagai aktiviti.

 


Keistimewaan Rekabentuk     :   Rekabentuk pelan rumah banglo LD42 khas bagi memenuhi kehendak kehidupan anda di kampung atau desa yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti kenduri kendara. Dua ruang tamu yang luas disediakan dan ruang tamu 2 bersaiz 20’x20’ dengan ketinggian siling 18’(5.4m)  menjadikan rumah banglo lebih luas, fasad luaran menarik dan mewah.  Dua ruang tamu dan teres disediakan bagi menampung pelbagai aktiviti dijalankan. Ruang makan dan dapur kering serta basah yang luas disediakan. Perbezaan aras ruang tamu 1’ dari ruang lain memberikan susunatur ruang rumah lebih menarik. Rekabentuk fasad berkonsepkan moden tropikal diterapkan dengan gabungan ketinggian ruang dan bumbung yang berbeza menjadikan rekabentuk Pelan Banglo LD-42 lebih unik, mewah dan sesuai untuk  iklim tropikal 

 

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-42

Saiz tanah lot (Tengah) 81’ x 104’ (24.7m x 31.7m)
Saiz tanah lot (Tepi) 81’ x 104’ (24.7m x 31.7m)
Saiz rumah banglo 40’ x 68’ (13.5m x 20.8m)
Banglo 1 tingkat 4 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 3 petak 
Keluasan lantai

2, 857 kp (264mp) + 885kp (84mp -TLK + teres)

= 3, 742 kp (348 mp)

Ruang disediakan

Dua Ruang tamu berasingan dengan ruang makan, dua  ruang keluarga, dapur basah dan dapur kering, k air , ruang keluarga, stor dan 3 bakloni.4 teres &  kolam mini.

Bilik 1 bilik utama &  3 bilik tidur
Bilik air 3 bilik air 

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan

Pakej A  : 14 mukasurat (4 Perspektif) 
Pakej B  : 24 mukasurat (15 Perspektif) 
Pakej C  : 24 mukasurat (15 Perspektif) 
Pakej D  : Pelan dalam format CAD/DWG  +  Percuma  8 Perspektif

PELAN BANGLO
LD-42
Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM499
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM999
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM1199
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM1399
Buy Now
Buy Now
PREV

NEXT

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click