Konsep Rekabentuk : Moden Tropikal
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo LD51 direkabentuk khas untuk anda yang mahu membina rumah banglo 3 bilik dan 2 bilik air yang berkeluasan 1000kp. Ruang tamu disusunatur berasingan dengan ruang makan. Dapur mengadap ruang makan dan terletak ditengah-tengah rumah. Pintu sliding disediakan diruang makan untuk laluan alternatif ke dalam rumah selain pintu utama. Bilik utama, ruang tamu dan makan mengadap ke jalan utama. Ruang tamu disediakan pintu sliding untuk ke ruang teres. Pelan rumah banglo LD51 sesuai untuk anda yang keluarga dalam 4-5 orang.
Keistimewaan Rekabentuk : Pelan rumah banglo LD51 direkabentuk untuk anda yang mahu bina rumah sendiri di kampung dengan bajet rendah (bawah RM100K). Rekabentuk pelan rumah yang ringkas dan susunatur ruang yang praktikal untuk diduduki oleh keluarga kecil (5 orang).
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-51
Saiz tanah lot (Tengah) | 54’L x 57’P (16.2m x 17.1m) |
Saiz tanah lot (Tepi) | 64’L x 57’P (19.2m x 17.1m) |
Saiz rumah banglo | 34’L x 37’P (10.2m x 11.1m |
Banglo 1 tingkat | 3 bilik + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 1 petak TLK (berbumbung) |
Keluasan lantai |
951 kp (88.4mp) + 96 kp (8.9mp -TLK berbumbung) = 1,047 kp (97.3mp) |
Ruang disediakan |
Ruang lobi, ruang tamu, ruang makan, dapur dan teres.
|
Bilik | 1 bilik utama + 2 bilik tidur |
Bilik air | 2 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 10 mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 20 mukasurat (10 Perspektif)
Pakej C : 20 mukasurat (10 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-51 |
Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM999 |