Konsep Rekabentuk : Moden Tropikal
Perancangan Ruang : Rekabentuk rumah banglo berkonsepkan moden tropikal. Perancangan ruang mengasingkan ruang utama (ruang tamu dan makan) dengan ruang keluarga dan bilik-bilik bagi mendapatkan tahap pravisi yang maksimum. Pintu gerbang disediakan sebagai laluan utama tetamu atau penghuni masuk tanpa membuka pagar utama. Pada ruang lobi disediakan ruang simpan kasut dan pintu utama 4’ lebar x 8’ tinggi memberikan impak banglo mewah. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh kolam ikan sebagai elemenpenyejuk yang dapat dilihat daripada kedua-dua ruang ini. Ruang makan berdekatan dengan dapur kering (konsep terbuka) dan basah memudahkan urusan penyediaan makanan. Ruang dobi/ ‘laundry’ berasingan disediakan untuk membasuh pakaian. Ruang keluarga diasingkan dengan ruang makan oleh dinding kayu dekoratif. Lima bilik disediakan iaitu 3 bilik untuk anak di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas. Bagi ke tingkat atas penghuni menggunakan tangga yang menghadap kolam ikan yang hanya boleh dilalui dari ruang keluarga dan galeri. Bilik utama dan bilik 2 disediakan bilik air dan balkoni secara individu. Dua buah setor disediakan, satu dibawah tangga (kegunaan dalam rumah) dan satu lagi di tempat letak kereta (kegunaan luar rumah). Ruang teres berbumbung disediakan di ruang tamu untuk aktiviti bersama keluarga atau tetamu. Dua teres terbuka disediakan pada banglo LD30. Teres terbuka pertama untuk aktiviti BBQ disediakan berdekatan ruang makan dan menghadap kolam ikan. Teres terbuka kedua untuk kegunaan jemuran pakaian disediakan bersebelahan bilik dobi/ ‘laundry’. Tempat letak kereta disediakan, 2 berbumbung dan 2 terbuka dengan pintu pagar jenis sorong automatik. Rekabentuk fasad yang bercirikan moden tropikal dengan penyediaan tingkap dan pintu bersaiz besar untuk memberikan pencahayaan dan pengudaraan yang maksimum. Rekabentuk bumbung yang ringkas memenuhi kehendak iklim tropikal dan mudah untuk pembinaan.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk fasad gabungan 2 tingkat dihadapan dan 1 tingkat dibahagian belakang, menjadikan Pelan Banglo LD30 kelihatan 2 tingkat dari pandangan hadapan. Kolam ikan menjadi titik tumpu dan elemen penyejuk kepada ruang-ruang dalaman rumah banglo. Pengasingan ruang tamu dengan ruang makan serta bilik-bilik bagi mewujudkan tahap pravisi yang maksimum kepada bilik-bilik serta ruang keluarga. Susunatur ruang yang menarik dan lebih praktikal. Setiap ruang utama (ruang tamu, makan, keluarga dan dapur kering) boleh melihat kolam ikan. Banglo ini menempatkan 5 bilik, 3 bilik ditingkat bawah dan 2 bilik ditingkat atas. Bilik utama dibina luas, lengkap dengan bilik khas pakaian dan bilik air individu yang luas. Disediakan 4 tempat letak kereta (2 terbuka dan 2 berbumbung).
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-30
Saiz lot minima (Tengah) | 60’ L x 80’ P (18.2m x 24.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 70’ L x 80’ P (21.2m x 24.3m) |
Saiz rumah banglo | 40’ L x 48’ P (12.2m x 14.6m) |
Banglo 1 1/2 tingkat | 5 bilik + 4 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak berbumbung + 2 petak terbuka |
Keluasan lantai |
2,718kp (246.9mp) + 468kp (43.5mp -TLK + teres terbuka) = 3,186kp (290.4mp) |
Ruang disediakan |
Tingkat bawah : lobi, ruang tamu, ruang makan, keluarga, dapur basah dan kering, ruang basuh (yard), 3 bilik, 2 bilik air, setor, tangga, galeri, teres berbumbung, teres terbuka dan kolam ikan.
|
Bilik | 1 bilik utama, 4 bilik, 2 setor & bilik dobi |
Bilik air | 4 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 16 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 32 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej C : 32 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif
PELAN BANGLO LD-30 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM499 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM999 |
|
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM1199 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1399 |