|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Rekabentuk fasad tinggi rendah memperlihatkan banglo lebih menarik dengan menjadikan tingkat atas bahagian yang paling tinggi sebagai mercu tanda rumah banglo. Ruang-ruang diatur mengikut tahap privasi (privacy) dengan konsep ruang utama berasingan. Pintu masuk kecil terus ke teres 1 disediakan untuk tetamu dari pagar utama. Ruang tamu dan makan berasingan dan mengadap teres serta kolam mini. Ruang makan berdekatan dapur kering dan basah. ‘Counter top’ disediakan diruang dapur kering supaya ruang lebih luas. Bilik-bilik disusun supaya lebih privasi. Bilik di tingkat atas dihubungkan dengan tangga berbentuk ‘U’. Ruang keluarga di tingkat atas boleh melihat ruang keluarga ditingkat bawah dan kolam ikan. Bilik 3 boleh dijadikan bilik utama dengan bilik air dan balkoni sendiri. Dari ruang tamu atau ruang makan boleh keluar ke teres melalui pintu sorong (sliding door). Aktiviti luaran keluarga boleh dilakukan di teres 2 dan teres 3. Kolam mini menjadikan titik tumpu bagi setiap ruang dan sebagai elemen penyejuk serta interaksi ruang dalaman dengan ruang luaran. Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 2 petak parkir kereta. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat serta nombor rumah direkabentuk secara teratur.
Keistimewaan Rekabentuk : Ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga (di tingkat bawah dan atas) berasingan serta mengadap kolam mini (atau kolam ikan). Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 & 3 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan tetamu dihubungkan oleh pelantar kayu berpegola. Ruang keluarga ditingkat atas boleh melihat ruang keluarga ditingkat bawah termasuk kolam ikan. Bilik 3 di tingkat atas boleh dijadikan bilik utama menjadikan banglo 1 ½ tingkat yang istimewa untuk anda sekeluarga.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-15
Saiz lot minima (Tengah) | 60’ L x 80’ P (18.2m x 24.4m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 70’ L x 80’ P (21.2m x 24.4m) |
Saiz rumah banglo | 40’ L x 50’ P (12.2m x 15.2m) |
Banglo 1 1/2 tingkat | 5 bilik + 1 setor + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
2, 047 kp (190.7 mp) + 481 kp (44.5 mp -TLK + Teres 1- 3) = 2, 528 kp (234.7 mp) |
Ruang disediakan |
Tingkat bawah : Ruang tamu, ruang makan, dapur basah dan kering, setor, lobi, teres berbumbung, ruang keluarga, 4 bilik dan 2 bilik air serta kolam ikan. Tingkat atas : Balkoni, ruang keluarga, 1 bilik dilengkapi bilik air. |
Bilik | 1 bilik utama + 4 bilik + 1 setor |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 16 Mukasurat (5 Perspektif)
Pakej B : 33 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej C : 33 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-15 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |
|