![]() |
|
Konsep Rekabentuk : Moden Kontemporari
Perancangan Ruang : Rekabentuk pelan rumah banglo direkabentuk menerapkan ciri-ciri susunatur ruang yang mengambilkira faktor aktiviti kenduri kendara di kampung dan perbagai aktiviti yang memerlukan ruang tamu yang luas. Dua ruang tamu iaitu ruang tamu 1 berukuran 20’ x 20’ (6.1m x 6.1m) dan ruang tamu 2 berukuran 16 ’x 24’ (4.8m x 7.3m) yang luas boleh digabungkan untuk perbagai aktiviti. Kelebihan memiliki dua ruang tamu adalah untuk pengasingan tetamu lelaki dan perempuan atau dua tetamu keluarga berlainan ketika di hari perayaan. Jika ruang tamu 1 dan tamu 2 penuh ketika kenduri, ruang keluarga 1, teres 1 dan teres 2 boleh menampung lebihan tetamu ketika kenduri. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh ruang keluarga 1. Ruang makan lebih luas (boleh muat 2 meja makan) dan berdekatan dengan dapur kering (berkonsep dapur terbuka) dan dapur basah yang luas memudahkan proses persediaan dan menghidangkan makanan. Pintu ‘sliding’ disediakan diruang makan dan tamu 2 untuk keluar ke ruang teres 1 dan teres 2 untuk pelbagai aktiviti keluarga atau semasa kenduri. Bilik-bilik disusunatur supaya mendapat pravasi yang maksima dan ruang tamu 2 disediakan untuk aktiviti keluarga semasa kenduri. Kolam ikan disediakan sebagai elemen air yang memberikan ketenangan dan boleh dilihat dari ruang tamu 2, keluarga 1 dan ruang makan. Pelantar kayu disediakan untuk menyambungkan teres 1 dan teres 2 melintasi kolam ikan. Tempat letak kereta yang luas (3 petak) boleh dijadikan untuk ruang tambahan perbagai aktiviti.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah khas bagi memenuhi kehendak kehidupan di kampung atau desa yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti kenduri kendara. Dua ruang tamu yang luas disediakan dan ruang tamu 1 bersaiz 20’x20’ dengan ketinggian siling 18’(5.4m) menjadikan rumah banglo lebih luas, fasad luaran menarik dan mewah. Dua ruang tamu dan teres disediakan bagi menampung pelbagai aktiviti dijalankan. Ruang makan dan dapur kering serta basah yang luas disediakan. Perbezaan aras ruang tamu 1’(300mm) dari ruang lain memberikan susunatur ruang rumah lebih menarik. Rekabentuk fasad berkonsepkan moden kontemporari diterapkan dengan gabungan ketinggian ruang dan bumbung yang berbeza menjadikan rekabentuk Banglo LD-23 lebih unik, mewah dan sesuai untuk iklim tropikal.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-23
Saiz lot minima (Tengah) | 76’ L x 104’ P (23.1m x 31.6m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 76’ L x 104’ P (23.1m x 31.6m) |
Saiz rumah banglo | 44’ L x 68’ P (13.4m x 20.7m) |
Banglo setingkat | 4 bilik + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 3 petak |
Keluasan lantai |
2,881 kp (264.2 mp) + 768 kp (71.9mp -TLK + teres terbuka) = 3,649 kp (336.1 mp) |
Ruang disediakan | Dua Ruang tamu berasingan dengan ruang makan, dua ruang keluarga, dapur basah dan kering, galeri, teres terbuka, teres 1 & 2, kolam ikan atau kolam mini. |
Bilik | 1 bilik utama + 3 bilik |
Bilik air | 2 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 30 Mukasurat (12 Perspektif)
Pakej C : 30 Mukasurat (12 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif
PELAN BANGLO LD-23 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM499 | ![]() |
|
PAKEJ B (PDF-A4) | RM999 |
|
![]() |
PAKEJ C (PDF-A3) | RM1199 | ![]() |
|
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1399 | ![]() |
![]() |
|