|
Konsep Rekabentuk : Tropika
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo direkabentuk dengan menerapkan konsep elemen laman ‘Courtyard” yang memberikan keunikan pada rekabentuk dan susunatur setiap ruang. Disediakan 3 anak tangga naik ke ruang lobi (foyer) dengan pintu utama bersaiz 4’ lebar x 8’ tinggi menyambut tetamu. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh elemen air (fish pond) . Ruang galeri yang boleh digunakan untuk meletakkan koleksi-koleksi gambar istimewa anda sekeluarga. Ruang makan lebih luas dengan konsep terbuka, dapur basah dan kaunter sarapan. Anda boleh bersantai bersarapan bersama keluarga di luar (teres terbuka) sambil menikmati pemandangan kolam ikan dengan bunyi percikan air pancut. Ruang keluarga diasingkan dengan ruang makan dengan bingkai tingkap kayu terbuka membolehkan penghuninya melihat aktiviti di ruang makan. Bilik–bilik disusunatur supaya mendapat pravasi yang maksima. Bilik utama mengadap jalan utama supaya dapat memantau aktiviti dari jalan dan kehadiran tetamu. Rekabentuk fasad dan bumbung mengambikira faktor iklim tropikal dengan gabungan elemen menegak dan melintang pada dinding dan tingkap.
Keistimewaan Rekabentuk : Konsep taman dengan elemen air (kolam ikan-fish pond) atau boleh ditukarkan kepada kolam renang mini. Ruang tamu dengan ketinggian 15’ (4.5m) menjadikan rumah lebih luas, menarik dan mewah. Pagar hadapan dengan deretan tiang –tiang ‘precast’ berwarna putih umpama elemen arca. Pemasangan lampu taman di bawah antara deretan tiang menjadikan banglo kelihatan istimewa, unik dan menarik di waktu malam.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-17
Saiz lot minima (Tengah) | 60’ L x 93’ P (18.3m x 27.4m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 70’ L x 93’ P (21.3m x 27.4m) |
Saiz rumah banglo | 40’ L x 63’ P (12.2m x 18.3m) |
Banglo setingkat | 5 bilik + 1 utiliti + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 3 petak |
Keluasan lantai |
2,216kp (206.6mp) + 471kp (42.8mp -TLK + teres terbuka) = 2,687kp (249.4mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu berasingan ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, galeri, teres terbuka dan kolam ikan |
Bilik | 1 bilik utama, 4 bilik + 1 utiliti |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 13 Mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 30 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej C : 30 Mukasurat (15 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-17 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |
|