|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Rekabentuk fasad tinggi rendah menjadikan banglo lebih menarik dengan merekabentuk 3 bumbung limas diasingkan dengan bumbung rata (flat roof). Ruang-ruang diatur mengikut tahap privasi (privacy) dengan konsep ruang utama berasingan. Pintu masuk kecil terus ke tempat letak kereta dan ke lobi (foyer) disediakan untuk tetamu datang dari pagar utama. Ruang tamu yang luas 25’(7.6m) x 18’(5.5m) disediakan untuk perbagai aktiviti. Ruang tamu ,makan dan keluarga mengadap landskap dan dihubungkan melalui ruang galeri. Ruang makan berdekatan dapur kering dan basah dipisahkan dengan kaunter sarapan. Pintu ‘sliding’ disediakan di antara ruang dapur kering dan basah supaya dapur kelihatan lebih luas. Pengasigan 3 bilik utility diluar dapur bagi mengasingkan maid dan 2 stor. Bilik-bilik disusun supaya lebih privasi dan berdekatan ruang keluarga. Bilik tetamu dan sembahyang berdekatan dengan ruang tamu memudahkan tetamu menggunakan . Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 2 petak parkir kereta. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat serta nombor rumah direkabentuk secara teratur.
Keistimewaan Rekabentuk : Pelan khas untuk tanah lot melintang yang panjang. Bumbung utama dibahagikan kepada 3 bahagian mengikut susunan ruang utama (tamu, makan, keluarga). Aras rumah banglo dinaikkan 1 ½’ (0.45m) dari aras tanah. Ruang tamu luas berukuran 25’(7.6m) x 18’(5.5m). Ruang tamu, makan & keluarga disediakan siling setinggi 13 kaki (4m).
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-11
Saiz lot minima (Tengah) | 130’L x 60’P (39.6m x 18.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 140’L x 60’P (42.6m x 18.3m) |
Saiz rumah banglo | 109’L x 30’P (33.2m x 9.1m) |
Banglo setingkat | 5 bilik + 1 utiliti + 2 stor + 4 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
2, 771 kp (258.3 mp) + 290 kp (26.8 mp -TLK + teres berbumbung) = 2, 950 kp (285.1 mp) |
Ruang disediakan | Ruang lobi, tamu , ruang makan, ruang keluarga,dapur basah dan kering, galeri, 2 stor, yard + teres. |
Bilik | 1 bilik utama + 4 bilik + 1 utiliti |
Bilik air | 4 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 Mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 30 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej C : 30 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-11 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |
|