Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo LD33 direkabentuk dengan menerapkan konsep keselamatan sekeluarga diutamakan. Susunatur bilik tidur utama dihadapan bagi memastikan ketua keluarga mengetahui aktiviti di luar dan jalan utama. Ruang tamu berasingan dengan ruang makan dan lain-lain ruang. Ruang keluarga , makan & dapur diletakkan ditengah-tengah bahagian rumah bagi memudahkan penghuni menjalankan aktiviti harian.
3 bilik tidur diletakkan dibahagian belakang bagi menjamin tahap privasi yang maksimum bagi anak-anak pemilik rumah banglo LD33. Bilik tidur 2 dilengkapi dengan bilik air untuk bilik anak perempuan atau pengantin baru. Ruang teres berbumbung menjadi ruang rehat santai keluarga dibina di tepi ruang makan & keluarga. Setiap tingkap pada pelan rumah LD33 disediakan 2 kaki tinggi dari aras lantai utama memberikan pandangan keluar rumah yang luas serta kadar pencahayaan dan pengudaraan yang maksimum.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah LD33 sesuai bagi anda yang memiliki anak 3-5 orang. Setiap ruang disusun mengikut keperluan anak semasa kecil & dewasa. Ruang tamu berasingan dengan ruang makan & boleh bergabung dengan ruang TLK (Porch) untuk aktiviti jamuan. Ruang makan dan keluarga diletakkan ditengah-tengah pelan rumah LD33 bagi memudahkan aktiviti keluarga. Bilik tidur utama dihadapan dan 3 bilik anak-anak dibahagian belakang dilengkapi 2 tandas. Bilik tidur 2 dilengkapi bilik air dari dalam untuk bilik anak perempuan dan bilik pengantin baru. Dapur kering dengan kaunter top terbuka mengadap ruang makan.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-33
Saiz lot minima (Tengah) | 50’ L x 80’ P (15.2m x 24.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 60’ L x 80’ P (18.3m x 24.3m) |
Saiz rumah banglo | 30’ L x 50’ P (9.1m x 15.2m) |
Banglo setingkat | 4 bilik + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
1, 477kp kp (137.1 mp) + 203 kp (18.9mp -TLK + teres terbuka) = 1,680kp (156.0mp) |
Ruang disediakan |
Ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, 2 teres berpegola di atas. |
Bilik | 1 bilik utama, 3 bilik |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 mukasurat (4 Perspektif)
Pakej B : 24 Mukasurat (10 Perspektif)
Pakej C : 24 Mukasurat (10 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 6 Perspektif
PELAN BANGLO LD-33 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 |
|
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM999 |