|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Rekabentuk fasad tinggi rendah memperlihatkan banglo lebih menarik dengan menjadikan ruang tamu “double volume” dan bumbung yang paling tinggi sebagai mercu tanda rumah banglo. Ruang-ruang diatur mengikut tahap privasi (privacy) dengan konsep ruang utama berasingan. Pintu masuk kecil terus ke lobi(foyer) disediakan untuk tetamu dari pagar utama. Ruang tamu ,makan dan dapur mengadap teres dan kolam mini. Ruang makan berdekatan dapur kering dan basah bersebelahan ruang keluarga. Pintu ‘sliding’ disediakan di antara ruang dapur kering dan basah supaya dapur kelihatan lebih luas. Bilik-bilik disusun supaya lebih privasi. Dari ruang tamu dan makan boleh keluar ke teres melalui pintu sorong (sliding door). Aktiviti luaran keluarga boleh dilakukan di teres 1 dan teres 2. Kolam mini menjadikan titik tumpu bagi setiap ruang dan sebagai elemen penyejuk serta interaksi ruang dalaman dengan ruang luaran. Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 2 petak parkir kereta. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat serta nombor rumah direkabentuk secara teratur.
Keistimewaan Rekabentuk : Ruang tamu disediakan setinggi 17 kaki (5.1m). Ruang tamu, ruang makan dan keluarga berasingan serta mengadap kolam mini (atau kolam ikan). Pintu sorong / ‘sliding’ memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 1 & 2 menjadikan tempat bersantai bersama tetamu dan keluarga.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-18
Saiz lot minima (Tengah) | 59’ L x 68’ P (17.9m x 20.7m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 69’ L x 68’ P (20.9m x 20.7m) |
Saiz rumah banglo | 39’ L x 38’ P (11.9m x 11.6m) |
Banglo setingkat | 4 bilik + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
1,409kp (131.3mp) + 387kp (35.7mp -TLK + teres berbumbung) = 1,796kp (167mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, 2 teres berbumbung. |
Bilik | 1 bilik utama + 3 bilik |
Bilik air | 2 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 12 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 33 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej C : 33 Mukasurat (16 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-18 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM999 |
|