|
Konsep Rekabentuk : Tropika
Perancangan Ruang : Fasad berkonsepkan tropika dengan gabungan elemen-elemen rumah Tradisional Melayu. Rekabentuk pelan rumah dibahagi kepada 2 bahagian iaitu ruang-ruang diatur mengikut tahap privasi (privacy) dengan konsep ruang utama berasingan. Pintu pagar berasingan untuk laluan kereta berasingan bagi kegunaan suami isteri atau tetamu disediakan. Laman hadapan 20’ x 80’ yang luas menjadikan tempat selamat anak-anak kecil bermain. Pintu masuk kecil terus ke lobi(foyer) disediakan untuk tetamu dari pagar utama. Pintu pagar kedua merupakan laluan kereta isteri balik dan boleh masuk terus ke ruangan dapur. Ruang tamu dan makan disusun berasingan. Ruang makan bersebelahan ruang keluarga dan dekat dengan dapur. Pintu ‘sliding’ disediakan di ruang keluarga untuk keluar ke teres dan laman belakang. Empat bilik disusun supaya lebih privasi dan 3 bilik air disediakan. Bilik tetamu direkabentuk dan disusun supaya boleh dijadikan bilik pengantin jika anak baru berkahwin. Ruang dapur yang luas membolehkan aktiviti sarapan dan makan dilakukan di dapur. Dua pintu pagar disediakan untuk membolehkan 4 petak parkir kereta. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat serta nombor rumah direkabentuk secara teratur.
Keistimewaan Rekabentuk : Dua laluan masuk kereta berasingan (pemilik dan tetamu). Ruang tamu berasingan dengan ruang makan. Ruang keluarga dan makan sekali mengadap laman belakang rumah. Pintu sorong / ‘sliding’ disediakan di ruang keluarga untuk ke teres. Ruang dapur yang luas membolehkan aktiviti sarapan dan makan dilakukan di dapur.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-13
Saiz lot minima (Tengah) | 96’ L x 62’ P (29.3m x 18.9m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 106’ L x 62’ P (32.3m x 18.9m) |
Saiz rumah banglo | 76’ L x 32’ P (23.1m x 9.8m) |
Banglo setingkat | 4 bilik + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak + 2 terbuka |
Keluasan lantai |
1, 793 kp (166.5 mp) + 460 kp (44.5 mp -TLK + teres berbumbung) = 2, 253 kp (211 mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, dapur dan ruang sarapan, lobi, teres |
Bilik | 1 bilik utama + 3 bilik |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 14 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 34 Mukasurat (19 Perspektif)
Pakej C : 34 Mukasurat (19 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-13 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |
|