|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Rekabentuk fasad direkabentuk mengikut ketinggian ruang tamu yang berbeza dengan ruang lain serta bilik-bilik supaya ia lebih menarik dan istimewa. Ruang-ruang disusunatur mengikut tahap pravisi dengan pengasingan ruang tamu dengan ruang makan. Keluarga serta bilik-bilik. Ruang tamu dan bilik utility (SOHO) menghadap di bahagian hadapan supaya mudah diakses oleh tetamu. Bilik 4 boleh dijadikan bilik tetamu. Konsep terbuka ruang makan dan dapur kering menjadikan ruang makan lebih luas dengan mewujudkan ruang makan formal dan tidak formal. Pengasingan dapur basah dan kering mengelakkan asap dan bau masakan masuk ke ruangan lain ketika memasak. Ruang makan dan dapur dapat melihat aktiviti yang berlaku di belakang rumah. Teres 1 sebagai tempat riadah keluarga sambil menikmati pemandangan menarik di belakang rumah yang menghadap gunung atau sawah padi. Tangga di tengah-tengah rumah menjadikan elemen pengasingan ruang tamu dengan ruang-ruang lain serta laluan utama naik ke tingkat atas. Bilik utama menghadap hadapan dan bilik 2 & 3 menghadap belakang serta sisi. Bilik utama dilengkapi bilik air dan balkoni sendiri. Ruang keluarga disediakan untuk aktiviti bersama keluarga di tingkat atas. Balkoni 1 disediakan untuk aktiviti luaran ditingkat atas dan sebagai ruang menikmati pemandangan menarik di belakang rumah (sawah padi atau gunung-ganang). Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 2 petak parkir kereta. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat serta nombor rumah direkabentuk secara teratur.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk fasad tinggi dan rendah menjadikan banglo ini lebih menarik dengan penggunaan tingkap kaca bersudut (corner window). Ruang tamu dengan ketinggian siling 14’ kaki dari aras lantai menjadikan lebih istimewa. Ruang tamu berasingan dengan ruang makan dan keluarga. Bilik tetamu dengan mini pejabat (SOHO) disediakan ditingkat bawah. Ruang makan dan dapur kering kelihatan luas dengan konsep dapur kering terbuka. Ruang makan formal dan harian diwujudkan dalam rekabentuk LD14. Ke semua ruang dan bilik-bilik mendapatkan pemandangan, pengudaraan dan pencahayaan secara semulajadi. Bilik utama dan bilik-bilik anak di tingkat atas supaya lebih privasi. Balkoni dan teres disediakan untuk aktiviti luaran rumah banglo bersama keluarga bagi menikmati pemandangan semulajadi.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-14
Saiz lot minima (Tengah) | 50’ L x 80’ P (15.2m x 24.4m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 60’ L x 80’ P (18.2m x 24.2m) |
Saiz rumah banglo | 30’ L x 39’ P (9.1m x 11.9m) |
Banglo 2 tingkat | 4 bilik + 1 utiliti + 3 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
2, 125 kp (197.4 mp) + 313 kp (32.7 mp -TLK + Teres 2 & 3) = 2,438 kp (230.1 mp) |
Ruang disediakan |
Tingkat bawah : Ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga, dapur basah, dapur kering dan ruang sarapan, 1 bilik dan SOHO/ utiliti, teres, setor dan lobi. Tingkat atas : Bilik utama, 2 bilik , 2 bilik air, ruang keluarga dan balkoni. |
Bilik | 1 bilik utama + 3 bilik + 1 utiliti |
Bilik air | 3 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 16 Mukasurat (5 Perspektif)
Pakej B : 35 Mukasurat (18 Perspektif)
Pakej C : 35 Mukasurat (18 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-14 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ||
PAKEJ B (PDF-A4) | RM799 | ||
PAKEJ C (PDF-A3) | RM999 | ||
PAKEJ D (AutoCAD) | RM1199 |
|