PREV

 

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Tropika Resort (Rumah Peranginan)

Perancangan Ruang     :  Pelan rumah banglo direkabentuk dengan menerapkan konsep terbuka dan bercirikan rumah peranginan. Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 8 petak kereta parkir serentak (2 petak berbumbung). Pintu gerbang setinggi 8’(2.4m) menyambut tetamu datang yang dilengkapi kompartmen meter air, elektrik dan peti surat. Dari parkir melalui laluan pergola untuk masuk ke ruang tamu atau ruang keluarga. Ruang tamu yang luas, makan dan dapur diasingkan dari ruang keluarga serta bilik-bilik untuk mendapatkan privasi maksimum.  Bilik kegunaan tetamu diasingkan daripada bilik-bilik kegunaan keluarga dan berdekatan ruang tamu. Setiap bilik dan ruang utama disusunatur supaya mendapatkan pencahayaan, pengudaraan dan pandangan keluar yang maksimum. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan, ruang keluarga  oleh element ‘Courtyard’ kolam ikan. Kaunter terbuka disediakan di antara ruang makan dan dapur kering menampakan ruang lebih luas. Dari ruang makan boleh ke teres belakang dan keluar ke kolam dengan pandangan terus ke kolam dan pintu gerbang (lihat slide 6).


Keistimewaan Rekabentuk     :  Pelan rumah banglo LD-12 direkabentuk bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai (9 bilik +1 utiliti). Di mana 8 buah kereta boleh parkir serentak. Gerbang utama memberikan keunikan banglo sebagai mercutanda rumah menyambut tetamu. Setiap ruang utama (ruang tamu, makan dan ruang keluarga) diletakkan mengadap kolam ikan atau “courtyard”. Ruang tamu disediakan 2 ruang untuk tetamu lelaki dan perempuan. Ruang tamu  berukuran 30’(9.1m) x 14’(4.5m) untuk perbagai kegunaan termasuk kenduri.  Kolam ikan boleh ditukarkan kepada kolam mandi mini .

Perincian Pelan Banglo LD-12

Saiz lot minima (Tengah) 112’ (34.1m) x 87’ ( 26.5m)
Saiz lot minima (Tepi) 122’ (37.1m) x 87’ ( 26.5m)
Saiz rumah banglo
92’ (28m) x 50 (15.2m)
Banglo setingkat 9 bilik + 1 utiliti + 4 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 2 petak berbumbung + 6 petak terbuka
Keluasan lantai

3, 104 kp (374.1mp) + 636kp (59.3mp -TLK + teres terbuka) 

= 3, 740 kp (433.4mp)

Ruang disediakan Ruang tamu 2 berasingan , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, laluan galeri,3 teres, kolam ikan, utiliti, foyer (lobi)
Bilik 1 bilik utama + 8 bilik + 1 utiliti
Bilik air 4 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan


Pakej A : 12 Mukasurat (5 Perspektif)
Pakej B : 29 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej C : 29 Mukasurat (17 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 10 Perspektif

PELAN BANGLO LD-12
Harga Beli Menggunakan E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM499

Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM999

Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM1199

Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM1399

Buy Now

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

 

NEXT