TIP 15 - Rahsia Dan Kepentingan Memiliki Pelan Bumbung Bagi Pelan Rumah Banglo Idaman Anda.

Bumbung (roof ) adalah bahagian penting bagi sesebuah rumah kediaman.  Ia merupakan bahagian teratas rumah, juga merupakan struktur utama yang melindungi semua aktiviti dalaman (pergerakan di dalam rumah). Sesebuah bumbung yang baik binaannya mampu menjalankan fungsi seperti berikut :-

  1. Memberi perlindungan daripada hujan, panas, dan perubahan cuaca persekitaran.
  2. Menanggung beban sendiri dan beban lain seperti tile bumbung, metal decking, air hujan, udara, kotoran dan sampah dedaun.
  3. Memuatkan sistem kemudahan bangunan seperti kemudahan sistem paip, pendawaian elektrik, dan tangki air.
  4. Menahan kemasukan lembapan, haba, bunyi dan sebagainya.
  5. Memberi identiti sesebuah rumah banglo dari sudut pandangan luar (fasad) dan rupabentuk ruang dalaman bangunan.

T15--Rekabentuk-bumbung-banglo-LD5

Contoh rekabentuk bumbung rumah banglo Pelan LD-5
dengan kecerunan 25 darjah.

Melihat kepada fungsi dan peranan besar bumbung (roof), kami di PelanBanglo memberikan dan menyediakan Pelan Bumbung dalam set Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman pada setiap pakej.

Kepentingan pelan bumbung ini ialah anda akan dapat gambaran sebenar rekabentuk bumbung, darjah kecerunan dan kadar unjuran. Unjuran minimum bumbung ialah 600mm atau 2 kaki.  Ketinggian bumbung dan  darjah kecerunan minima bumbung bergantung pada jenis bahan digunakan.  Sebagai contoh:

  1. Jubin konkrit – 17darjah , kecerunan biasa 25 darjah, 30 darjah atau 45 darjah.
  2. Metal decking – 5 darjah hingga 10 darjah minima. Ia bergantung kepada rekabentuk.

Kecerunan bumbung akan mempengaruhi rekabentuk struktur kerangka bumbung dan kos binaannya.  Kos binaan bumbung kecerunan 25 darjah adalah lebih murah berbandaing kecerunan 45 darjah.  Ini kerana jumlah bahan jubin bumbung dan kerangka kayu digunakan kurang berbanding bumbung 45 darjah.

T15--roof-plan-bungalow-LD5-pelan-bumbung-banglo

Contoh pelan bumbung rumah banglo - Pelan LD-5 dengan kecerunan 25 darjah.

 

Kegagalan fungsi bumbung akan mencacatkan rupabentuk identiti dan fasad rumah banglo atau akibatkan kerosakan yang lebih besar terutama sehingga berlaku kebocoran sewaktu hujan. Jika ia berlaku akan melibatkan kos baikpulih yang tinggi dan kerosakan kepada kelengkapan rumah yang lain.

Oleh demikian, setiap bakal dan pemilik rumah banglo perlu menggunakan kebijaksanaan untuk memilih rekabentuk bumbung, bahan binaan, kaedah pemasangan dan penyelenggaraan yang baik dan praktikal.

PREVtips

NEXTtips