Tip 10 : Apakah Yang Perlu Ada Bagi Sebuah Pintu Pagar

Apakah Yang Perlu Ada Bagi Sebuah Pintu Pagar

Pintu pagar atau ‘gate’ adalah tempat pertama langkah keselamatan dan tempat keluar masuk bagi sesebuah kediaman atau rumah banglo. Sebuah pintu pagar yang menarik dan selamat mampu melahirkan perasaan senang dan mesra kepada penghuninya mahupun rakan taulan yang bertandang.


Contoh Pelan Pagar : Elemen yang perlu ada pada sebuah pintu pagar rumah banglo idaman

Berikut 10 Elemen yang perlu ada pada sesebuah pintu pagar utama rumah banglo idaman anda :

1.    Pintu Pagar Utama - Pilih sama ada jenis 'swing' (jika mempunyai kawasan yang luas) atau 'sliding' (bagi kawasan yang sempit, ia lebih menjimatkan ruang). Pastikan saiznya mencukupi untuk kereta keluar masuk. Bila dibuka tidak terkeluar sampai jalan luar.



Contoh jenis rekabentuk pagar utama (a) pintu jenis buka/swing (b) pintu jenis sorong/ sliding

2.    Pintu Pagar Kecil - Sebagai laluan pejalan kaki atau tetamu. Perlu disediakan bagi mengurangkan anda membuka pagar utama jika tetamu datang serta faktor keselamatan. Ia boleh dibina sama ada di sisi pintu pagar utama atau di dalam pintu pagar itu sendiri.

 


Contoh jenis binaan pintu pagar kecil(a) disisi pintu utama (b) didalam pintu utama

3.    Tong Sampah - Pastikan rekabentuk tempat tong sampah menarik dan sentiasa kelihatan bersih, kemas dan menarik.

 


Contoh susun letak tong sampah, meter air dan elektrik

4.    Meter Air & Elektrik - Kedua-dua mesti diletakkan dikawasan pagar utama. Sediakan ruang khas berpintu kaca bagi memudahkan pihak Tenaga Nasional (TNB)  dan Jabatan Bekalan Air membaca meter. Pemasangan pintu pada ruang meter bertujuan membolehkan penyelenggaraan kepada meter dan pastikan sentiasa dikunci supaya orang lain tidak boleh mengganggunya.

5.    Peti Surat - Kedudukan binaan tempat peti surat mestilah mudah bagi posmen memasukan surat dari luar kawasan rumah banglo, dann mudah diambil oleh penghuni rumah dari dalam. Pastikan tempat surat dibina selaras dengan tiang dan pintu pagar.

6.    Nombor Rumah - pastikan kedudukan nombor rumah banglo terang dan cukup besar supaya mudah dibaca.

7.    Jenis & Kedudukan Lampu - Ia mestilah mampu menerangi kawasan pintu pagar utama dan kedudukannya jangan sampai menyilaukan pandangan.

8.    Kedudukan Loceng - Ketinggiannya dapat dicapai mudah menekannya dan dilihat orang.

9.    Rekabentuk Pintu dan Tiang – Rekabentuk tiang dan pagar pastikan ada kaitan dengan pagar di sekeliling rumah banglo.  Kawasan pintu pagar utama juga boleh diberi daya tarikan sekiranya landskap di sekeliling menarik.

10.    Sudut Pandangan Lalulintas - Ketinggian dan rekabentuk pagar perlu ambil kira faktor keselamatan. Kekisi menegak digalakan kerana sukar dipanjat orang.



Contoh binaan kesisi menegak digalakkan (sukar dipanjat) dan jenis kesisi tidak digalakkan (mudah dipanjat/ diceroboh)

Kesimpulannya, rekabentuk dan susunatur elemen pintu pagar adalah perkara penting yang harus diambilkira ketika proses rekabentuk. Ia merupakan elemen penting bagi menyambut tetamu yang datang dan menjadi simbul sesebuah rumah idaman.

PREVtips

NEXTtips

Tips Tip 10 : Apakah Yang Perlu Ada Bagi Sebuah Pintu Pagar