TIPS 3 : FORMULA PENGGIRAAN KOS ANGGARAN KASAR RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA

Ramai di antara anda akan bertanya berapa kos pembinaan bagi setiap rekabentuk banglo di PelanBanglo.com. Kami  tidak meletakkan harga anggaran kasar kos pembinaan kerana ia sentiasa berubah mengikut kos bahan binaan semasa dan  pengalaman serta kepakaran kontraktor berbeza di setiap kawasan.

Walau bagaimanapun, kami memberikan tip untuk mengira anggaran kasar kos pembinaan banglo idaman berdasarkan harga perkaki persegi di tempat anda.(Dapatkan daripada kontraktor).  Bagi mendapatkan kos anggaran kasar bagi sesebuah pembinaan rumah banglo, 2 perkara yang perlu diketahui anda iaitu :

1) Tentukan jumlah keluasan rumah banglo yang akan dibina

Di PelanBanglo.com pada setiap Perician Pelan Banglo dicatat keluasan lantai pelan seperti contoh Banglo LD-5 :

Keluasan Lantai Banglo LD-5  = 992kp (92.2 mp) + 395kp (36.7mp -TLK + Teres terbuka)

                                                                =  1, 387 kp (128.9mp)

Jadual-Keluasan-Banglo-LD-5

Contoh Butiran Jadual Keluasan Pelan Lantai Banglo diberi Percuma.

2) Kos pasaran bagi membina rumah banglo perkaki persegi.

Harga pembinaan bagi sesebuah rumah banglo dalam kaki persegi bergantung kepada harga pasaran atau harga di kawasan tempat anda. Kebiasaanya untuk bina banglo anggaran kos sekaki minima RM80 (di kampung)  dan RM120 (di bandar) tidak termasuk kos dekorasi dalaman rumah dan perabut (interior design + furniture), kos mendapatkan  kelulusan pelan rumah banglo dan perlantikan konsultan terlibat dalam proses mendapatkan kelulusan hingga pembinaan selesai.

i) Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut :

a) Lokasi rumah banglo di bina (di kampung atau di bandar).

b) Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian rumah banglo (kos 1 tingkat lebih murah daripada 2 tingkat rumah banglo dengan kemasan dan keluasan yang sama).

c) Rekabentuk pelan dan fasad atau tampak (4 tampak) serta rekabentuk bumbungnya.

d) Tanah lot banglo rata atau cerun.

e) Kontraktor yang dipilih berdasarkan pengalaman, kepakaran dan hasil kualiti binaan banglo dibina.

ii) Anggaran kos bagi kaki persegi (kp) (kos akan sentiasa berubah mengikut harga bahan binaan semasa) dan kualiti kemasan serta bahan binaan digunakkan untuk membina sesebuah banglo :
a)   RM80 – RM100/kp   : Kualiti dan kemasan kurang mewah.
b)   RM110 - RM150/kp : Kualiti dan kemasan sederhana mewah.
c)   RM160 – RM200/kp : Kualiti dan kemasan mewah.
d)   RM210/kp ke atas    : Kualiti dan kemasan paling mewah

   

Contoh pengiraan kos anggaran kasar  bagi Banglo LD - 5 berdasarkan keluasan lantai diberikan di perincian pelan banglo :

Keluasan lantai LD-5  =       992kp (92.2 mp) + 395kp (36.7mp -TLK + Teres terbuka)

                                                =        1, 387 kp (128.9mp) (Luas kasar banglo)


Contoh Kiraan 1 : Luas lantai kasar x harga / kaki persegi

= 1, 387kp (Luas lantai banglo) x RM80/kp (Harga / kp)

= RM 110, 960.00

Contoh Kiraan 2 :  (Luas dalaman banglo-bersih x Harga/kp ) + (Luas luaran banglo berbumbung atau terbuka yang tiada dinding

                                 x 0.5 harga /kp)

= (992kp x RM80 ) + (395kp x 0.5 x RM80)

= RM 79, 360.00 + RM 15,800.00

= RM 95, 160.00

Cara pengiraan satu adalah yang lebih mudah dan kiraan formula 2 mengira ikut  luas bersih (dalaman) dan campur luas kasar (luaran). Harga bagi keluasan tiada berbumbung atau terbuka dikira separuh dari harga ruang berbumbung dan berdinding.

Nota : Bagi mendapatkan harga kos anggaran yang lebih tepat, anda dinasihatkan mendapatkan kos anggaran daripada minima 3 kontraktor berdasarkan pelan rekabentuk rumah banglo idaman anda yang sama.

PREVtips

 

NEXTtips