PREV

 

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Moden Tropika

Perancangan Ruang     :  Pelan rumah banglo direkabentuk dengan menerapkan konsep pembinaan secara berperingkat dengan perancangan ruang terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian hadapan terdiri daripada bilik utama, ruang tamu, makan, dapur basah dan kering, bilik air 1 & 2 serta teres 1. Bahagian belakang terdiri daripada ruang keluarga, bilik 2, 3 dan bilik 4 serta teres 2. Setiap ruang disusunatur mengikut tahap privasi. Pintu masuk setiap bilik tidak mengadap ruang makan atau tamu. Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 2 petak kereta parkir. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air , elektrik , peti surat dan tempat sampah disusun dan direkabentuk dengan teratur. Ruang teres dengan pergola di atas menjadikan ruang rehat luaran keluarga. Setiap tingkap disediakan 2 kaki dari aras lantai utama memberikan pandangan luas keluar rumah banglo serta pencahayaan dan pengudaraan yang maksimum.



Keistimewaan Rekabentuk     :  Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang keluarga dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu.

Perincian Pelan Banglo LD-4

Saiz lot minima (Tengah) 50’ x 80’ (15.2m x 24.3m)
Saiz lot minima (Tepi) 60’ x 80’ (18.3m x 24.3m)
Saiz rumah banglo
30’ x 50’ (9.1m x 15.2m)
Banglo setingkat 4 bilik + 2 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 2 petak
Keluasan lantai

1, 276kp (118.7 mp) + 428 kp (28.9mp -TLK + teres terbuka) 

= 1,704 kp (158.5mp)

Ruang disediakan Ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, 2 teres  dengan pergola di atas.
Bilik 1 bilik utama + 3 bilik
Bilik air 2 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan

Pakej A : 11 Mukasurat (3 Perspektif)
Pakej B : 28 Mukasurat (14 Perspektif)
Pakej C : 28 Mukasurat (14 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif

 


 

PELAN BANGLO LD-4
Harga Beli Menggunakan E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM299

Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM599

Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM799

Buy Now
PAKEJ D (autocad) RM999

Buy Now

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

 

NEXT