Tips 6 : Nak Bina Banglo Idaman? 6 Faktor Penting Yang Perlu Anda Ketahui Dan Lakukan?

Ramai di antara kita mesti setuju rumah merupakan belian anda paling mahal dalam hidup anda. Pada kali ini PelanBanglo.com ingin berkongsi maklumat, apa yang seseorang pemilik perlu tahu dan lakukan setelah membuat keputusan untuk membina rumah banglo idaman. Oleh yang demikan, lakukan perancangan yang teliti dan buat senarai semakan terlebih dahulu.  Berikut adalah 6 faktor penting yang anda perlu ketahui:-

perspektif-banglo-ld-8--rumah-belian-anda-paling-mahalContoh Perspektif Banglo LD-8, Rumah impian setiap orang dan merupakan belian aset bernilai dalam hidup,

1.    Tapak Atau Lot Banglo

Pastikan :
a)    Tapak lot banglo yang dimiliki perlu sesuai untuk dibina banglo dari segi ukuran lebar dan panjang lot.
        (i)    Lot menegak – saiz minima : 45’ / 13.08m  x 70’/ 21.35m
        (ii)    Lot melintang – saiz minima : 55’/ 16.36m  x 60’/ 18.3m
b)    Sebaik-baiknya saiz lot banglo ialah  50’/ 15.2m (lebar)  x  80’/ 24.3m (panjang),  dan saiz paling minima lot banglo adalah 45’/13.08m (lebar)  x 70’/21.35m (panjang);
c)    Pastikan status tanah atau lot banglo anda sama ada ‘lease hold’ atau ‘free hold’.
d)    Kegunaan tanahnya untuk bangunan kediaman.  Jika masih status pertanian perlu diubah kepada kegunaan perumahan (bangunan).

Klik di sini untuk mendapatkan (Tip 8 Faktor Utama Pemilihan Tapak Rumah Idaman Atau Lot Banglo).

Read more ...

Tips 5 : 8 Tips Penting Sebelum Membuat Keputusan Untuk Membina Rumah Banglo Idaman.

1.    Dapatkan pengesahan mengenai status tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), samada masih berstatus kegunaan pertanian atau bangunan.

2.    Pastikan belanjawan kos pembinaan keseluruhan (termasuk konsultan dan kelulusan pelan) mencukupi dan mempunyai kemampuan membayar balik kepada institusi kewangan sekiranya membuat pinjaman.


Contoh rumah banglo idaman anda (Banglo LD-2), senaraikan semua keperluan dan kehendak anda sebelum membuat keputusan untuk membina rumah sendiri

3.    Dapatkan dan sediakan idea dan konsep pelan skimatik rekabentuk rumah idaman yang boleh diperolehi di www.PelanBanglo.com dan melantik arkitek atau pelukis pelan berdaftar bagi mendapatkan kelulusan pelan banglo daripada PBT.  Anda juga boleh melantik arkitek atau pelukis pelan berdaftar untuk mendapatkan perkhidmatan rekabentuk hingga pembinaan tamat.

Read more ...

Tip 4 : 5 Faktor Penting Sebelum Membuat Keputusan Membeli Rumah Idaman

Tips kali ini adalah untuk bakal pembeli rumah idaman.  Apakah rumah idaman anda ? Adakah rumah teres, rumah bandar, rumah berkembar, rumah banglo atau rumah pangsapuri.  Ia bergantung kepada kemampuan anda.


Di antara imej rumah banglo setingkat (Pelan Banglo LD-4), keluasan  50’x80’, 4 bilik, 2 bilik air dengan konsep moden tropika yang dijual di www.pelanbanglo.com

Ramai di antara kita mesti setuju rumah merupakan perbelanjaan paling mahal dalam hidup anda. Oleh yang demikian , perancangan perlu banyak difikirkan dan dilakukan dengan rapi :

1.    Membeli Rumah Idaman Mengikut Kemampuan Anda : Jangan membeli rumah idaman anda sehingga membebankan kita. Kerana bayaran bulanan untuk rumah selalunya lama sehingga berpuluh tahun. Jadi sebaiknya belilah rumah sebelum umur anda 30 tahun.

Read more ...

TIPS 3 : FORMULA PENGGIRAAN KOS ANGGARAN KASAR RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA

Ramai di antara anda akan bertanya berapa kos pembinaan bagi setiap rekabentuk banglo di PelanBanglo.com. Kami  tidak meletakkan harga anggaran kasar kos pembinaan kerana ia sentiasa berubah mengikut kos bahan binaan semasa dan  pengalaman serta kepakaran kontraktor berbeza di setiap kawasan.

 

Walau bagaimanapun, kami memberikan tip untuk mengira anggaran kasar kos pembinaan banglo idaman berdasarkan harga perkaki persegi di tempat anda.(Dapatkan daripada kontraktor).  Bagi mendapatkan kos anggaran kasar bagi sesebuah pembinaan rumah banglo, 2 perkara yang perlu diketahui anda iaitu :

 

1) Tentukan jumlah keluasan rumah banglo yang akan dibina

 

Di PelanBanglo.com pada setiap Perician Pelan Banglo dicatat keluasan lantai pelan seperti contoh Banglo LD-5 :

 

Keluasan Lantai Banglo LD-5  = 992kp (92.2 mp) + 395kp (36.7mp -TLK + Teres terbuka)

 

                                                                =  1, 387 kp (128.9mp)

 

Jadual-Keluasan-Banglo-LD-5

Contoh Butiran Jadual Keluasan Pelan Lantai Banglo diberi Percuma.

Read more ...

TIPS 2 : BAGAIMANA MEMILIH IDEA, KONSEP REKABENTUK PELAN BANGLO YANG BERSESUAIAN DENGAN SAIZ LOT TANAH ANDA?

Di  PelanBanglo.com, kami menekankan kepada 4 Faktor Utama dalam memilih Idea dan Konsep Rekabentuk Rumah Banglo Idaman. 

1.    UKURAN SAIZ LOT MINIMA

Sebelum pemilihan idea dan konsep rekabentuk, anda perlu pastikan ukuran saiz  tapak dan saiz lot memenuhi kriteria saiz lot minima.  Pastikan ukuran tanah anda, lebar (x) dan panjang (y) tidak kurang dari ukuran minima yang dicatatkan pada setiap perincian rekabentuk didalam ukuran meter dan kaki. Bagi tanah lot tepi (corner lot) pastikan saiz lot anda 10’(3m) lebih dibahagian sempadan yang mengadap jalan utama.

 

Rajah 1  : Ukuran minima saiz lot/ tanah banglo idaman.

Read more ...

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click