Tip 23 : Ketahui Apakah Status Hak Milikan Tanah Anda Dan Jenis Kategori Penggunaannya?

Bagi anda yang sedang atau mencari tanah lot untuk membina rumah idaman, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit perihal berkaitan tanah.  Ia bagi menjamin supaya tanah yang dibeli sesuai untuk dibina rumah kediaman dan tidak mendatangkan masalah dikemudian hari.

Terdapat 3 jenis hak milikan tanah  iaitu :

1)    Tanah Hak Milik Kekal
a.    Status pegangan adalah untuk selama-lamanya tanpa sebarang had masa.  Kadar kenaikan harganya tinggi dan merupakan satu pelaburan yang baik untuk jangka panjang.  Urusan niaga tanah hak milik kekal adalah mudah kerana tidak perlu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa negeri. 
b.    Bagi menjamin hak dan keistimewaan kaum Bumiputera di Malaysia, sesetengah tanah hak milik kekal ada sekatan pegangan contohnya Tanah Rizab Melayu/ Bumiputera yang hanya boleh dimiliki atau dijual kepada kaum Bumiputera sahaja.
c.    Tanah hak milik kekal tanpa sekatan pegangan (freehold) merupakan tanah yang paling berharga.  Tanah ini boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bukan Bumiputera atau disebaliknya.

2)    Tanah Hak milik Pajakan (Leasehold)
a.    Merupakan tanah yang diberi pajakan oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh tertentu biasanya 99 tahun.  Anda hanya memajak tanah tersebut dalam tempoh tertentu (99 tahun) dan bermakna anda bukanlah pemilik yang mutlak. 
b.    Apabila tamat tempoh pajakan, tanah anda akan diambil semula tanpa pampasan.  Anda boleh menyambung atau memanjangkan tempoh pajakan kepada maksimum 99 tahun dengan membayar sejumlah premium kepada pihak kerajaan negeri. 
c.    Urusan jual beli tanah pajakan perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa negeri dan menjadi bertambah sukar serta memakan masa yang lama.  Kenaikan harga tanah pajakan tidaklah setinggi tanah hak milik kekal (freehold).  Jika anda ingin membeli tanah pajakan, pastikan yang pajakannya perlu tidak kurang daripada 75 tahun dan terbaik melebehi 99 tahun.

3)    Tanah Rizab Bumiputra
a.    Bagi memastikan orang-orang Melayu kekal berada di kampung pada zamah Pra-Kemerdekaan, pihak British memperkenalkan Tanah Rizab Melayu.  Kini dikenali sebagai Tanah Rizab Bumiputera. Ini bagi memastikan dasar pecah dan perintah mereka Berjaya.
b.    Tanah Rizab Bumiputera hanya boleh dijual kepada bumiputera atau syarikat bumiputera sahaja.  Pasaran yang terhad menyebabkan harga jualan tidak boleh dijual terlalu tinggi.

Read more ...

Tip 24 : Panduan Masuk Rumah Baru Cara Islam

Panduanmasukrumahbaru

Rumah adalah salah satu keperluan kita untuk berteduh dan tidur dan membina keluarga bahagia di dalamnya. Kita perlu bersyukur atas nikmat rumah dengan menjadikan rumah tempat berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah, dan menjauhi dari perkara yang diharamkan dan tidak membawa manfaat bagi kepentingan dunia mahupun akhirat. Rumah yang hendak dimiliki perlulah dibeli secara Islam dan jangan menggunakan sistem riba. Rumah yang dibeli dengan cara yang halal akan mendatangkan keberkatan dan keredaan Allah SWT.

Islam adalah cara hidup yang lengkap dan sempurna. Dalam setiap amalan dan pekerjaan yang hendak kita lakukan terdapat doa dan adab-adab yang dianjurkan Islam untuk kita ikuti dan amalkan. Termasuk juga apabila kita hendak menduduki rumah baru atau rumah yang lama ditinggalkan ada beberapa doa dan amalan yang perlu kita lakukan supaya terhindar daripada gangguan makhluk halus yang menjadi penghuni rumah tersebut tanpa kita ketahui.

Doa memasuki rumah
Dari Abu Malik Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya, hendaklah ia membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلَجِ، وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا 

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan jalan masuk dan kebaikan jalan keluar. Dengan nama Allah kita memasuki (rumah) dan dengan nama Allah pula kita keluar (rumah), dan kepada Allah Rabb semata kita berserah diri.”
Beliau bersabda, “Kemudian hendaklah ia mengucapkan salam kepada anggota keluarganya.” (HR. Abu Daud no. 5096)

Read more ...

Tip 25 : Bagaimana Membaca Maklumat Geran Tanah Anda? Berapakah Ukuran Saiz Rumah Banglo Yang Boleh Dibina?

Geran tanah sangat penting bagi membantu anda memilih dan menentukan pelan rekabentuk banglo yang tepat untuk dibeli dan dibina mengikut saiz serta ukuran lot tanah anda. Ramai di antara anda yang masih tidak arif membaca ukuran tanah, lebar dan panjang lot tanah anda.  Ingat ! Keluasan tanah bukan faktor utama yang membolehkan pelan itu sesuai untuk tanah anda.  Ukuran yang penting adalah saiz Lebar  x  Panjang lot tanah sama ada dalam unit kaki atau meter.

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk anda membaca ukuran panjang dan lebar tanah  lot anda  :

CONTOH

Contoh geran tanah Lot 7477  dan beberapa maklumat penting yang perlu anda ketahui.

Read more ...

Tip 26 : Pintu Dan Kepentingannya Kepada Rekabentuk Banglo Idaman Anda?

Pintu adalah pelengkap sebuah rumah kediaman dan  mengambarkan keseluruhan rekabentuk rumah banglo idaman.  Rekabentuk sesebuah pintu berfungsi sebagai laluan utama masuk dan keluar ke rumah banglo atau kediaman. Kesempurnaan sesebuah binaan pintu adalah apabila ia dapat memberikan penghuninya keselesaan, perasaan selamat dan kebolehannya menghubungkan semua ruangan dalam rumah banglo. Pintu yang baik mempunyai 6 faktor berikut:

1.    Bukaan dan laluan penghubung ruang – kedudukan dan binaan pintu yang luas memudahkan pergerakan serta menghubungkan setiap ruang rumah lebih efektif.  Binaan pintu yang kecil dapat membataskan pergerakan dan beri kesan privasi kepada penghuninya kerana mudah untuk dibuka dan ditutup.

2.    Faktor keselamatan – binaan pintu yang kukuh dan kuat mampu mengurangkan risiko pemilik menghadapi ancaman luar dan memberikan perasaan lebih selamat. Binaan ‘peephole’ atau lubang mengintai memudahkan penghuni rumah mengetahui siapa yang datang ke rumah tanpa membuka pintu.

3.    Elemen pencahayaan semulajadi – adalah digalakkan membina pintu pada kedudukan arah yang menerima pencahayaan penuh, elakkan membina pintu pada kedudukan kurang menerima cahaya atau terlindung dari sinaran matahari (memerlukan lampu pada siang hari dan akan ada kos tambahan).

4.    Memberikan kuantiti cahaya pada ruang dalaman – bukaan pintu yang mampu memberikan jumlah cahaya yang mencukupi dapat meningkatkan tahap kesihatan minda dan tubuh penghuni rumah banglo. Elakkan kilauan cahaya berlebihan ia akan mempengaruhi suasana kurang selesa.

5.    Pemandangan luar yang menarik – kedudukan binaan pintu perlu dirancang untuk mendapatkan pemandangan luar yang menarik dan ada kesinambungan dalaman dan luaran rumah banglo atau kediaman.

6.    Elemen dekoratif – untuk mendapatkan pintu yang menarik dan mampu mengamit kunjungan tetamu, tambahkan elemen dekoratif pada pintu utama seperti ornament gantung, ukiran, lonceng atau pengetuk pintu, tombol pintu dan set kunci.

Read more ...

Tip 27 : Binaan Tingkap Dan Kepentingannya Kepada Rekabentuk Banglo Anda?

Binaan tingkap adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian.  Tingkap berfungsi sebagai laluan keluar masuk udara dan cahaya ke dalam rumah, juga bertindak sebagai penahan air dan cuaca buruk. Pemilihan jenis tingkap boleh mempengaruhi rekabentuk fasad dan fizikal banglo. Tingkap perlu disusun dan dibina mengikut keperluan ruang. Jom kita ketahui fungsi dan kepentingan tingkap kepada rekabentuk banglo anda.

1.    Perancangan kedudukan tingkap
Pemilihan jenis tingkap perlu disesuaikan dengan fungsi dan jenis kegiatan yang dijalankan di ruang berkenaan. Kedudukan tingkap pula seeloknya bertentangan arah angin kerana pengaliran udara dapat berlaku tanpa halangan. Susunan tingkap perlu mengikut jenis dan kedudukan bermula dibahagian hadapan rumah, di sisi dan akhir sekali di belakang rumah. Untuk dapatkan sedikit privasi pada pemilik rumah, tingkap boleh dibina pada kedudukan tinggi.  Semua ini penting untuk menghasilkan rekabentuk sekata dan mengambarkan keseluruhan rumah banglo.

2.    Ukuran saiz tingkap
Rekabentuk dan ukuran dalaman tingkap dihasilkan bersama bingkai atau kerangka yang sesuai dengan jenis bahan digunakan. Ukuran paras ketinggian tingkap biasanya mengikut ketinggian orang dewasa iaitu 2.2 sentimeter dan sehingga paras pinggang iaitu 0.9 sentimeter kaki.  Binaan tingkap besar atau bukaan tingkap lebih luas akan membenarkan lebih banyak angin dan cahaya masuk secara semulajadi.

3.    Faktor keselamatan
Setiap tingkap perlu kuat, kukuh dan selamat. Binaan tingkap seeloknya menggunakan bahan yang kukuh untuk kegunaan lama, tahan kesan perubahan cuaca dan udara. Bagi mengurangkan risiko pemilik untuk menghadapi ancaman dari luar penggunaan jeriji, alat pengera atau peralatan sekuriti rumah yang lebih bijak dapat meningkatkan tahap keselamatan rumah.

Read more ...

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click