TIP 12 : Kenapa anjakkan rumah banglo diperlukan? Berapakah ukuran anjakkan rumah banglo? Ketahui saiz dan keluasan rumah banglo idaman anda boleh dibina di atas lot tanah milik anda?

Anjakkan rumah banglo dari sempadan merupakan kehendak perancangan susunatur rekabentuk rumah dan teknikal rekabentuk oleh Jabatan Perancangan Perumahan Malaysia dan kehendak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Majlis untuk Kelulusan Perancangan (DO) dan Kelulusan Pelan Bangunan. 

Tujuan anjakkan ini adalah supaya kawasan perumahan teratur, nampak lebih selesa dan tidak terlalu sempit.  Setiap rumah akan mendapat kadar pencahayaan serta pengudaraan yang cukup dan selesa.  Ia juga bertujuan sebagai kawasan zon selamat untuk menghalang sesuatu kebakaran rumah dari merebak ke rumah lain.

Ukuran anjakkan rumah banglo (rumah sebuah) ini perlu dipatuhi di Malaysia seperti berikut:-
a) Anjakkan hadapan (dari jalan) 20' (6.1m).
b) Anjakkan tepi dan belakang 10' (3.05m).
c) Anjakkan tepi mengadap jalan 20' (6.1m).
d) Anjakkan tiang tempat letak kereta dari sempadan 10' (3.05m).

T12-BUILDING-SETBACK-FOR-BUNGALOW

Rajah 1 : Ukuran anjakkan rumah banglo bagi menentukan saiz rumah boleh dibina.

Read more ...

TIP 13 - Apakah yang akan anda perolehi jika membuat pembelian pelan rekabentuk banglo di www.PelanBanglo.com

Kami di PelanBanglo.com (PBC) telah menyediakan rekabentuk banglo idaman anda dalam bentuk laporan rekabentuk dan pelan. PBC sangat mementingkan kualiti dan kepuasan semua pelanggan. PBC meletakkan dirinya di situasi pelanggan yang tidak mempunyai latarbelakang arkitek dan rekabentuk rumah serta  tiada pengalaman dalam proses membina rumah sendiri.   


PBC menawarkan 4 Pakej Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda Sekeluarga iaitu :

  1. Pakej A (PDF bersaiz A4 - pakej asas/ bajet) – bagi pelanggan yang ingin mendapatkan idea asas juga pelanggan berpendapatan rendah untuk dapatkan idea dan konsep awal pada harga murah. Laporan minima 10 muka surat.
  2. Pakej B (PDF bersaiz A4 - pakej lengkap) - untuk bakal pemilik rumah banglo (kediaman) yang inginkan idea, konsep dan imej rumah kediaman dengan lebih jelas dan lengkap. Laporan setebal minima 20 muka surat,
  3. Pakej C (PDF bersaiz A3 - pakej lengkap) - untuk bakal pemilik rumah banglo (kediaman) yang inginkan idea, konsep dan imej rumah kediaman sama seperti Pakej B, cuma berbeza pada saiz laporan iaitu saiz A3.
  4. Pakej D (DWG – AutoCAD) – untuk bakal pemilik rumah banglo (kediaman) yang inginkan idea dan konsep rekabentuk dalam bentuk pelan lukisan (format Dwg/ AutoCAD) dan percuma 4 perspektif. 

Berikut kami kongsikan maklumat yang mesti ada di dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda dalam format PDF (Pakej A, B dan C). 

 

T13-Pelan--Banglo--PAKEJ-A-D

Rajah 1 : Contoh muka depan Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda sebagai panduan anda mendapatkan idea, konsep dan pelan yang lengkap.

Read more ...

TIP 14 : Apakah Rahsia Susunatur Perabot (furniture layout) Pada Pelan Rumah Banglo Idaman Anda Dan Kenapa Ia Begitu Penting?

Setiap dari anda mengidamkan sebuah rumah yang sempurna, selesa dan sedap mata memandang.  Justeru itu sebelum membina atau membeli rumah, aspek susunatur ruang dalam pelan rumah sangat dititikberatkan. Ianya akan mempengaruhi cara anda mendekorasi dan menfaatkan setiap ruang di dalam rumah idaman anda. Jom ketahui kepentingan susunatur perabot dalam pelan rumah banglo idaman anda.

T14--floor-plan-with-furniture-layout---LD5
Contoh cadangan susunatur perabot di pelan banglo LD-5, untuk kemudahan
kepada semua pembeli di PelanBanglo.com bagi menghias banglo idaman.

Read more ...

TIP 15 - Rahsia Dan Kepentingan Memiliki Pelan Bumbung Bagi Pelan Rumah Banglo Idaman Anda

Bumbung (roof ) adalah bahagian penting bagi sesebuah rumah kediaman.  Ia merupakan bahagian teratas rumah, juga merupakan struktur utama yang melindungi semua aktiviti dalaman (pergerakan di dalam rumah). Sesebuah bumbung yang baik binaannya mampu menjalankan fungsi seperti berikut :-

  1. Memberi perlindungan daripada hujan, panas, dan perubahan cuaca persekitaran.
  2. Menanggung beban sendiri dan beban lain seperti tile bumbung, metal decking, air hujan, udara, kotoran dan sampah dedaun.
  3. Memuatkan sistem kemudahan bangunan seperti kemudahan sistem paip, pendawaian elektrik, dan tangki air.
  4. Menahan kemasukan lembapan, haba, bunyi dan sebagainya.
  5. Memberi identiti sesebuah rumah banglo dari sudut pandangan luar (fasad) dan rupabentuk ruang dalaman bangunan.

T15--Rekabentuk-bumbung-banglo-LD5

Contoh rekabentuk bumbung rumah banglo Pelan LD-5
dengan kecerunan 25 darjah.

Read more ...

TIP 16 - Nak tahu rahsia memiliki minimum 2 keratan rentas (Section) bagi pelan rumah banglo idaman anda?

Dengan setiap pembelian Laporan Rekabentuk Pelan Banglo Idaman bagi Pakej B, Pakej C dan Pakej D (format DWG) di Pelanbanglo.com  anda akan memperolehi Pelan  Keratan Rentas. Keratan rentas (section) merupakan 2 keratan (memanjang dan pendek) disediakan untuk menjelaskan ketinggian siling dan jenis kerangka bumbung serta ketinggian kecerunan bumbung.  Penunjuk keratan dipotong ditunjukkan di dalam pelan lantai. 

T16--Pelan-Banglo-Pentunjuk-Keratan

Rajah 1:  Petunjuk keratan A & B di potong pada Pelan Banglo LD5.

Read more ...

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click