Cari Plan Rumah 2 Bilik Kos Rendah Idaman Anda ?

       Anda sedang mencari idea plan rumah 2 bilik kos rendah? Hari ini PelanBanglo.com ingin berkongsi satu pelan rumah 2 bilik yang sesuai untuk dijadikan sebagai rumah rehat dan homestay anda di kampung. Ruang apa yang anda perlukan dalam pelan rumah 2 bilik ini ? Ruang asas yang anda perlukan adalah 2 bilik air, 1 tandas, ruang tamu dan makan sekali, dapur kering serta car porch terbuka atau berbumbung. Semua bergantung kepada bajet anda.

Foto 1 : Pelan Banglo LD50 menujukkan susunatur ruang berkonsepkan homestay.

    Pelan banglo LD50 merupakan contoh plan rumah 2 bilik kos rendah untuk anda bina di kampung sebagai rumah rehat atau home stay idaman sekeluarga. Bolehlah sekali-kali balik di kampung boleh guna dan boleh disewa juga sebagai home stay bagi menambah pendapatan keluarga anda.

Read more ...

Pelan Rumah ? Kenapa Anda Perlukan Sebelum Bina Rumah ?

    Pelan Rumah amat jarang diberikan keutamaan sebelum proses membina rumah banglo idaman. Ramai yang ingin membina rumah atas tanah sendiri sekarang kerana harga rumah terlalu mahal sekarang. Tetapi sebelum mula bina rumah mereka TIDAK memiliki terlebih dahulu pelan rumah sendiri yang telah direkabentuk oleh arkitek atau designer.

    Bina rumah mengikut lakaran kasar sendiri lebih kurang yang anda lukis sendiri di atas kertas kosong. Tidak dilengkapi dengan ukuran, pelan lantai, pelan bumbung, 4 tampak, keratan rentas dan pandangan 3D. Anda tidak jelas design rumah yang akan diperolehi selepas siap dibina. Kesan tidak menggunakan pelan rumah semasa bina rumah menyebabkan proses pembinaan tergendala dan bajet lari daripada kos asal.

Kami kongsikan 5 kelebihan anda memiliki pelan rumah berukuran yang lengkap sebelum bina rumah atas tanah sendiri :

Read more ...

Tip 30 : Bilik Air Dan Ketahui Keperluan Ukuran Yang Sesuai Bagi Bilik Air Anda?

Bilik air ruang paling peribadi yang asas kegunaannya untuk membersihkan diri, juga ruang yang boleh dikatakan paling kecil dalam rumah tetapi mempunyai fungsi besar kepada penghuni memulakan hari mereka.

Saiz bilik air yang agak terhad ada kala menimbulkan kesulitan kepada penghuni, namun ada beberapa idea boleh membantu menjadikan ruang itu kelihatan luas. Bilik mandi utama biasanya bergabung dengan ruang tidur utama, dibina dan direkabentuk lebih luas dengan kelengkapan dan kemudahan secukupnya. Ruang basah disediakan untuk mandi secara pancuran dan diasing daripada tab mandi. Tab mandi juga ada kala dipelbagai dengan mandi pancuran. Bagi mereka yang mahu keselesaan dan dimanjakan ketika mandi, peralatan mandi secara jakuzi adalah menyeronokkan.

contohbilikair

Contoh bilik air yang luas lengkap dengan tup mandi

Read more ...

Tip 29 : Berapakah Ukuran Dan Saiz Minima Bagi Sesebuah Bilik?

Semoga tip kali ini dapat membantu anda dalam memiliki saiz bilik-bilik rumah banglo idaman yang praktikal, selesa dan mengikut kehendak UKBS 1984 serta senang memperolehi kelulusan pelan bangunan oleh PBT/ Majlis  berkaitan. Ukuran dan saiz minima bilik-bilik, ini bagi memastikan setiap bilik boleh memuatkan perabut dan selesa digunakan.

ukuranminimumbagibilik-bilik

Maklumat asas bagi menyediakan dan memastikan setiap bilik-bilik yang disediakan di dalam rumah banglo yang telah direkabentuk mematuhi kehendak UKBS 1984 (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984).

1.    Bilik kediaman ertinya sesuatu bilik yang luasnya tidak kurang daripada 6.5m/p atau 67kp tetapi tidak termasuk bilik mandi, tandas pam, beranda terbuka, laman atau garaj.

2.    Pastikan setiap bilik rumah banglo anda, mempunyai keluasan tidak kurang daripada luas berikut (UKBS 42(1) :
a)    Bilik utama = 11.0mp / 119kp.
b)    Bilik 2 = 9.3mp / 100kp.
c)    Bilik 3 = 6.5mp / 67kp.

3.    Jika kurang daripada 6.5mp/ 67kp ia tidak dikira sebagai bilik kediaman. Ia dikira sebagai setor atau ruang utiliti.

4.    Ukuran lebar dan tinggi bilik tidak boleh kurang daripada 2m / 7' (lebar) dan 2.5m / 8' (tinggi) mengikut UKBS klausa 42(2) dan 43(1-a).

Read more ...

Tip 28 : Jom Ketahui Jenis-Jenis Tangga Yang Sesuai Dengan Kediaman Anda.

Tangga adalah merupakan bahagian yang penting dalam pembinaan rumah atau bangunan lebih daripada 1 tingkat. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun-naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselari dengan pelantar.

Jenis-jenis tangga yang sesuai dengan rumah idaman anda ialah :

a. Tangga Larian Lurus b. Tangga Suku Pusingan
c. Tangga Separuh Pusingan
d. Tangga Geometri

Pemilihan jenis –jenis tangga ini sangat bergantung kepada dimana ianya akan dibina, ukuran saiz bukaan tangga,, ukuran naik dan curam tangga yang dikehendaki. Faktor kos pembinaanya juga menjadi perkiraan.

a. Tangga Larian Lurus

Tangga larian lurus merupakan satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki

Read more ...

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click