Tip 29 : Berapakah Ukuran Dan Saiz Minima Bagi Sesebuah Bilik?

Semoga tip kali ini dapat membantu anda dalam memiliki saiz bilik-bilik rumah banglo idaman yang praktikal, selesa dan mengikut kehendak UKBS 1984 serta senang memperolehi kelulusan pelan bangunan oleh PBT/ Majlis  berkaitan. Ukuran dan saiz minima bilik-bilik, ini bagi memastikan setiap bilik boleh memuatkan perabut dan selesa digunakan.

ukuranminimumbagibilik-bilik

Maklumat asas bagi menyediakan dan memastikan setiap bilik-bilik yang disediakan di dalam rumah banglo yang telah direkabentuk mematuhi kehendak UKBS 1984 (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984).

1.    Bilik kediaman ertinya sesuatu bilik yang luasnya tidak kurang daripada 6.5m/p atau 67kp tetapi tidak termasuk bilik mandi, tandas pam, beranda terbuka, laman atau garaj.

2.    Pastikan setiap bilik rumah banglo anda, mempunyai keluasan tidak kurang daripada luas berikut (UKBS 42(1) :
a)    Bilik utama = 11.0mp / 119kp.
b)    Bilik 2 = 9.3mp / 100kp.
c)    Bilik 3 = 6.5mp / 67kp.

3.    Jika kurang daripada 6.5mp/ 67kp ia tidak dikira sebagai bilik kediaman. Ia dikira sebagai setor atau ruang utiliti.

4.    Ukuran lebar dan tinggi bilik tidak boleh kurang daripada 2m / 7' (lebar) dan 2.5m / 8' (tinggi) mengikut UKBS klausa 42(2) dan 43(1-a).

contohbilikbersaizkecil

Contoh bentuk susunatur di bilik bersaiz kecil dapat menempatkan 1 katil bujang

contohsusunandibilikkedua

Contoh bilik bersaiz sederhana dapat memuatkan katil bersaiz ‘Queen’ atau 2 katil kecil

contohsusunanperabotdibilikutama

Contoh saiz bilik utama yang dapat memuatkan katil bersaiz besar, meja dan juga ruang menyimpan pakaian

PREVtips

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click