Tip 28 : Jom Ketahui Jenis-Jenis Tangga Yang Sesuai Dengan Kediaman Anda.

Tangga adalah merupakan bahagian yang penting dalam pembinaan rumah atau bangunan lebih daripada 1 tingkat. Ia membolehkan perhubungan atau laluan turun-naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselari dengan pelantar.

Jenis-jenis tangga yang sesuai dengan rumah idaman anda ialah :

a. Tangga Larian Lurus b. Tangga Suku Pusingan
c. Tangga Separuh Pusingan
d. Tangga Geometri

Pemilihan jenis –jenis tangga ini sangat bergantung kepada dimana ianya akan dibina, ukuran saiz bukaan tangga,, ukuran naik dan curam tangga yang dikehendaki. Faktor kos pembinaanya juga menjadi perkiraan.

a. Tangga Larian Lurus

Tangga larian lurus merupakan satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Tangga larian lurus yang terlalu panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya mendapatkan deretan anak tangga yang lebih senang dan selesa didaki

bentuktanggalarianlurus

Imej diatas adalah lakaran tangga larian lurus yang biasa dibina. Ia boleh juga dibina bersama pelantar untuk keselesaan pengguna semasa mendaki dan menuruni tangga.  Manakala gambar dibawah adalah imej tangga dikediaman sebenar yang diperbuat daripada kayu dan konkrit dengan kemasan kayu, tiles atau besi.  Tangga yang paling banyak diguna kerana kos membinanya murah dan mudah dibina

tanggalarianlurus

b. Tangga Suku Pusingan

Tangga suku pusingan meliputi dua deretan anak tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90 ̊ (suku pusingan) di pertengahannya. Penggunaan tangga suku pusingan amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang terhad di mana tangga larian lurus tidak dapat digunakan.

tanggasukupusingan

c. Tangga Separuh Pusingan

Tangga separuh pusingan meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai atas dengan pelantar yang memusing melalui 180̊ (separuh pusingan) di pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di lantai atas biasa berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini. Penggunaan tangga separuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam, terutamanya sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

tanggasukupusingan

d. Tangga Geometri (Elips)

Tangga geometri atau elips mempunyai rekabentuk yang menarik, ia biasa digunakan sebagai tangga masuk utama bagi bangunan mewah. Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling memerlukan kawasan lantai kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan kesempitan anak tangga ini.

tanggageometri-spiral

Gambar diatas adalah diantara rekaan tangga geometri. Biasanya di bina untuk memberi kelainan atau imej rumah mewah atau di bangunan hotel.

PREVtips

NEXTtips

X

Right Click

No right click