Tip 27 : Binaan Tingkap Dan Kepentingannya Kepada Rekabentuk Banglo Anda?

Binaan tingkap adalah sangat penting dan perlu diberi perhatian.  Tingkap berfungsi sebagai laluan keluar masuk udara dan cahaya ke dalam rumah, juga bertindak sebagai penahan air dan cuaca buruk. Pemilihan jenis tingkap boleh mempengaruhi rekabentuk fasad dan fizikal banglo. Tingkap perlu disusun dan dibina mengikut keperluan ruang. Jom kita ketahui fungsi dan kepentingan tingkap kepada rekabentuk banglo anda.

1.    Perancangan kedudukan tingkap
Pemilihan jenis tingkap perlu disesuaikan dengan fungsi dan jenis kegiatan yang dijalankan di ruang berkenaan. Kedudukan tingkap pula seeloknya bertentangan arah angin kerana pengaliran udara dapat berlaku tanpa halangan. Susunan tingkap perlu mengikut jenis dan kedudukan bermula dibahagian hadapan rumah, di sisi dan akhir sekali di belakang rumah. Untuk dapatkan sedikit privasi pada pemilik rumah, tingkap boleh dibina pada kedudukan tinggi.  Semua ini penting untuk menghasilkan rekabentuk sekata dan mengambarkan keseluruhan rumah banglo.

2.    Ukuran saiz tingkap
Rekabentuk dan ukuran dalaman tingkap dihasilkan bersama bingkai atau kerangka yang sesuai dengan jenis bahan digunakan. Ukuran paras ketinggian tingkap biasanya mengikut ketinggian orang dewasa iaitu 2.2 sentimeter dan sehingga paras pinggang iaitu 0.9 sentimeter kaki.  Binaan tingkap besar atau bukaan tingkap lebih luas akan membenarkan lebih banyak angin dan cahaya masuk secara semulajadi.

3.    Faktor keselamatan
Setiap tingkap perlu kuat, kukuh dan selamat. Binaan tingkap seeloknya menggunakan bahan yang kukuh untuk kegunaan lama, tahan kesan perubahan cuaca dan udara. Bagi mengurangkan risiko pemilik untuk menghadapi ancaman dari luar penggunaan jeriji, alat pengera atau peralatan sekuriti rumah yang lebih bijak dapat meningkatkan tahap keselamatan rumah.

jenis-jenistingkap

Gambarajah jenis-jenis tingkap yang menjadi pilihan pemilik rumah banglo.

4.    Elemen pencahayaan semulajadi
Kedudukan tingkap perlu berada pada arah selatan agar menerima pencahayaan yang sepenuhnya, berbanding kedudukan tingkap pada arah utara yang kurang menerima cahaya.  Penerimaan jumlah cahaya yang secukupnya dapat membantu kesihatan minda dan tubuh badan.  Namun kilauan cahaya yang keterlaluan akan menganggu kesihatan disamping mempengaruhi suasana kurang selesa dalam rekabentuk dalaman rumah banglo.

5.    Tingkap dapat menyerlahkan konsep rumah banglo
Bagi menyerlahkan ciri rekabentuk rumah banglo mewah tingkap boleh digayakan dengan rekabentuk mewah atau tambah hasil seni pada permukaan tingkap. Bagi mendapatkan rumah banglo moden gunakan elemen dan rekabentuk tingkap yang ringkas, tanpa ukiran dan bergaya.

6.    Faktor persekitaran dan pemandangan yang menenangkan
Binaan tingkap perlukan perancangan yang rapi untuk mendapatkan pemandangan luar yang menarik. Ini kerana pemandangan mempengaruhi ruang rumah banglo dan tampilkan kesinambungan dalaman dan luaran sesebuah kediaman.

contohtingkap

Antara contoh tingkap yang menjadi pilihan pemilik rumah banglo ialah tingkap ram kaca , casement, fix glass, slide window dan top hung.

PREVtips

NEXTtips

X

Right Click

No right click