Tip 26 : Pintu Dan Kepentingannya Kepada Rekabentuk Banglo Idaman Anda?

Pintu adalah pelengkap sebuah rumah kediaman dan  mengambarkan keseluruhan rekabentuk rumah banglo idaman.  Rekabentuk sesebuah pintu berfungsi sebagai laluan utama masuk dan keluar ke rumah banglo atau kediaman. Kesempurnaan sesebuah binaan pintu adalah apabila ia dapat memberikan penghuninya keselesaan, perasaan selamat dan kebolehannya menghubungkan semua ruangan dalam rumah banglo. Pintu yang baik mempunyai 6 faktor berikut:

1.    Bukaan dan laluan penghubung ruang – kedudukan dan binaan pintu yang luas memudahkan pergerakan serta menghubungkan setiap ruang rumah lebih efektif.  Binaan pintu yang kecil dapat membataskan pergerakan dan beri kesan privasi kepada penghuninya kerana mudah untuk dibuka dan ditutup.

2.    Faktor keselamatan – binaan pintu yang kukuh dan kuat mampu mengurangkan risiko pemilik menghadapi ancaman luar dan memberikan perasaan lebih selamat. Binaan ‘peephole’ atau lubang mengintai memudahkan penghuni rumah mengetahui siapa yang datang ke rumah tanpa membuka pintu.

3.    Elemen pencahayaan semulajadi – adalah digalakkan membina pintu pada kedudukan arah yang menerima pencahayaan penuh, elakkan membina pintu pada kedudukan kurang menerima cahaya atau terlindung dari sinaran matahari (memerlukan lampu pada siang hari dan akan ada kos tambahan).

4.    Memberikan kuantiti cahaya pada ruang dalaman – bukaan pintu yang mampu memberikan jumlah cahaya yang mencukupi dapat meningkatkan tahap kesihatan minda dan tubuh penghuni rumah banglo. Elakkan kilauan cahaya berlebihan ia akan mempengaruhi suasana kurang selesa.

5.    Pemandangan luar yang menarik – kedudukan binaan pintu perlu dirancang untuk mendapatkan pemandangan luar yang menarik dan ada kesinambungan dalaman dan luaran rumah banglo atau kediaman.

6.    Elemen dekoratif – untuk mendapatkan pintu yang menarik dan mampu mengamit kunjungan tetamu, tambahkan elemen dekoratif pada pintu utama seperti ornament gantung, ukiran, lonceng atau pengetuk pintu, tombol pintu dan set kunci.

contohideapintu

Pemilihan pintu yang tepat penting bagi mendapatkan imej fasad rumah yang cantik dan keselesaan kepada penghuni rumah banglo.

Ukuran minima untuk mendapatkan saiz pintu rumah yang sesuai untuk banglo anda :
1.     Pintu utama – pintu paling penting diberi keutamaan dari segi rekaan, bahan dan saiz. Ketinggian minimum bagi pintu utama ialah 7 kaki (2.1m).
a)    Pintu 1 daun  - 4’ (1.2m) lebar x 8’ (2.4m) tinggi.
b)    Pintu 1 1/2 daun – 5’ (1.5m) lebar x 7’ (2.1m) tinggi 
c)    Pintu 2 daun – 6’ (1.8m) lebar x 7’ (2.1m) tinggi
2.    Pintu bilik – 3’ (0.9m) lebar x 7’ (2.1m) tinggi
3.    Pintu bilik air – 2 1/2’ (0.75m) x 7’ (2.1m). Pintu bilik air pastikan menggunakan bahan jenis tanah air.

contohpintu1daun contohpintukayu2daun

Pintu kayu menjadi pilihan kebanyakan pemilik rumah selain mudah diselengara,
binaan lebih kukuh, ruang terbuka lebih luas dan boleh ditambah unsur dekoratif.

Bagi menjimatkan ruang pintu sorong (Sliding) digunakan .  Ia banyak digunakan dibahagian menghadap teres atau verandah serta tempat letak kereta. Pintu sliding yang biasa digunakan bersaiz 7’ lebar x 7’ panjang, 8’ lebar  x 7’ panjang,   9’ lebar x 7’ panjang atau lebih. Pintu sorong bergelas menjadi pilihan untuk pencahayaan ruang secara semulajadi di waktu siang. Ia juga dapat beri impak ruang kelihatan lebih luas.

contohsliding_door slidingdoor-membahagi2ruang

Penggunaan pintu sorong (sliding door) sesuai ditempatkan dibahagian luar dan dalam rumah bagi mendapat ruang terbuka dan pandangan lebih luas seperti di ruang tamu, juga sebagai pemisah antara 2 ruang.

PREVtips

NEXTtips

X

Right Click

No right click