Tip 21 : Bagaimana Mendapatkan Susunatur Dapur Idaman Yang Praktikal Di Kediaman Anda?

Semua orang mengimpikan memiliki dapur yang cantik dan mempunyai gaya istimewa. Oleh itu anda perlu ambil perhatian terhadap beberapa faktor yang penting untuk menyempurnakan dan menyerikan dapur anda. Kali ini kami kongsikan tip mudah mendapatkan dapur idaman yang praktikal.

Pernahkan anda mendengar tentang Segitiga Dapur. Segitiga dapur yang maksudkan adalah kedudukkan sinki, dapur dan juga peti ais. Kalau kita susun ketiga-tiga barang ini di tiga bucu masing-masing, anda  akan nampak satu bentuk segitiga dalam dapur anda. Dengan adanya segitiga ini, barulah anda dapat optimumkan pergerakkan anda di dalam dapur.

 

Contoh bentuk Segitiga Dapur yang terdapat di kebanyakan dapur rumah hasil daripada susunan kedudukan 3 peralatan dapur yang penting iaitu dapur, sinki dan peti ais.

Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), ketuhar (oven) dan peti ais (fridge) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur. Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.

1. SINKI :  adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada anda namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah.  Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.

2. Kedudukan DAPUR pula, ia lebih sesuai diletakkan berhampiran dengan sinki. Ini bukan sahaja dapat memudahkan anda, tetapi melancarkan penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih berkesan (semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda).  Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang melakukan kerja di depan sinki dan dapur masing-masing.

3. KETUHAR adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur.  Maka menyediakan jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat kepada anda.  Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi. Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya anda boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik.  Di samping itu, jika anda letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka anda boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan anda semasa menggunakan ketuhar..

4. PETI AIS merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan visual ruang dapur lebih luas.  Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet tinggi di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais. Ini merupakan cara yang baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet bagi mendapatkan dapur yang lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih sempurna.

Walau bagaimanapun, di Malaysia kebanyakan dapur kabinet adalah disusun secara L-shape dan U-shape. Jadi terpaksalah kita susun dapur sama baris dengan peti ais. Gambar berikut menunjukkan beberapa cara biasa kedudukan dapur, sinki dan juga peti ais.

Contoh : Susunan dapur berbentuk ‘L shape’ di mana kedudukan peti ais sebaris dengan dapur atau ketuhar dan  sinki berada di berhampiran dengan tingkap untuk pencahayaan dan pengudaraan.

3

Contoh : Susunan dapur berbentuk ‘U shape’ di mana kedudukan peti ais sebaris dengan kabinet penyimpanan barang dapur, bersententangan dengan dapur dan ketuhar.  Manakala  sinki berada di berhampiran dengan tingkap untuk pencahayaan dan pengudaraan.

Semoga tips kali ini dapat membantu anda mendapatkan susunatur dapur yang terbaik dan praktikal.

PREVtips

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click